Skim Bantuan Persekolahan Maipk Borang Permohonan Semakan Bantuan Sesi 2021
SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN SESI 2021
Untuk makluman,Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak mempelawa mereka yang kurang bernasib baik untuk memohon Bantuan Persekolahan MAIPk 2021.
APA ITU BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk?
Bantuan Persekolahan MAIPk untuk golongan sasaran iaitu anak kepada ketua isi rumah atau penjaga yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin untuk menerima Skim Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi 2021.
TUJUAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk
Membantu anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna. Mereka tidak boleh tergolong dalam kumpulan keciciran pendidikan.
Membantu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk
Berikut adalah syarat permohonan Dana zakat daripada Bantuan Persekolahan MAIPk:
Pemohon / Penerima beragama Islam.
Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
Pemohon / Penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk
Bantuan ini akan diberikan melalui kaedah berikut:
Bayaran terus kepada sekolah.
Bagi permohonan bantuan kali pertama/bertukar sekolah hendaklah melalui borang yang disediakan dan dibuat oleh ketua keluarga / penjaga atas nama pelajar.
Permohonan yang lengkap hendaklah mendapat pengesahan dan sokongan daripada pihak sekolah (guru besar / pengetua).
Kepada rakyat negeri Perak yang layak, boleh mohon INSENTIF PERAK PRIHATIN
BORANG SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk
Borang boleh didapati melalui :
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Waktu Berurusan
Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg | 2.00 ptg – 5.00 ptg
Jumaat : 8.00 pg – 12.15 tgh | 2.45 ptg – 5.00 ptg
Telefon :05 208 4000
BORANG PENGAGIHAN ZAKAT
Selain Skim Bantuan Persekolahan MAIPk, terdapat banyak lagi Skim Bantuan Zakat Perak yang telah dibangunkan untuk pembangunan dan pemerkasaan asnaf khususnya.
Berikut kami kongsikan jenis skim bantuan lain beserta borang permohonan online yang didapati melalui laman web rasmi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIAM) iaitu https://www.maiamp.gov.my/.
JENIS SKIM BANTUAN ZAKAT PERAK
i) Program Pembangunan Sosial
Skim Bantuan Kecemasan / Segera
Skim Bantuan Perubatan
Skim Bantuan Hemodialisis
Skim Bantuan Bina Rumah
Skim Bantuan Baik Pulih Rumah
Skim Bantuan Kewangan Bulanan
Skim Bantuan Penyelesaian Hutang
Skim Bantuan Bencana
Skim Bantuan Tambang Perjalanan Domestik
Skim Bantuan Hari Raya
ii) Program Pembangunan Pendidikan
Skim Bantuan Am Pelajaran
Skim Bantuan Dermasiswa Dalam / Luar Negara
Skim Bantuan Tambang Perjalanan Pergi Sehala / Balik Sehala
Skim Bantuan Dermasiswa Pelajar Tajaan / Bantuan Am (Mesir Dan Jordan)
Skim Bantuan Persekolahan
Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal
iii) Program Pemerkasaan Ekonomi
Skim Bantuan Modal
Skim Latihan Dan Kursus Program Pembangunan Usahawan Dan Asnaf
iv) Program Pemerkasaan Insan
Skim Latihan Kemahiran Asnaf
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk Facebook Zakat Perak MAIPk dan layari laman web www.maiamp.gov.my
The post SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN SESI 2021 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/skim-bantuan-persekolahan-maipk.html