Skill Menjual Bukan Semulajadi


 
“Untuk mulakan bisnes, soalan pertama kita tanya, bukan nak jual apa? kita kena tanya, macam mana nak jual?”.

 

Skill menjual bukanlah datang secara semulajadi. Ia sesuatu yang perlu dipelajari sama ada melalui pembacaan, seminar, latihan atau kelas formal. Daripada ilmu itu baharulah ianya dapat dilaksanakan.  50% kejayaan menjual bermula daripada keyakinan yang anda boleh menjual. Jika anda tak yakin, tolong jangan buat bisnes.

 

Formula ringkas bisnes :  Tiada Jualan = Tiada Pendapatan = Tiada Bisnes.

 

Pernyataan ini jelas di antara jualan dan bisnes adalah saling berkait, bisnes tidak akan berjaya jika tidak disokong usaha jualan berterusan. Sekarang ni sekadar ilmu FB Ads dan Ilmu Google adwords saja pun belum cukup untuk dapatkan jualan yang berterusan.

 

Belum cukup, dalam erti kata, kalau kita pandai dan sekadar tahu nak setup iklan, itu tidak cukup untuk membuat jualan yang MENGUNTUNGKAN. Ilmu Marketing Teknikal, mesti dipadankan dengan ilmu jualan dan promosi. Maka satu PLAN perlu dirangka untuk anda jalankan strategi jualan & promosi yang betul-betul terbukti.

 

Jualan adalah pemasaran evergreen untuk DAILY SALES bagi menjana aliran tunai harian yang berterusan dan sentiasa ada. Anda wajib dan kena check setiap hari.

 

Promosi pula adalah untuk meletupkan jualan secara tiba-tiba, tetapi terhad. Tujuannya untuk "Sudden Flow Of Customers" yang membawa pelanggan berurusan dengan kita dengan  harapan secara berpanjangan dan konsisten membeli.

 

Jika kita perasan, mutakhir ni banyak seminar dan kelas-kelas  marketing & bisnes dianjurkan. Ada yang murah dan ada yang mahal. Ada juga yang dipakejkan dengan kelas motivasi untuk memperkuatkan jati diri seorang peniaga.

 

Walaupun anda telah hadir pelbagai kelas sales dan marketing tapi bisnes anda masih lagi tidak grow dan tidak menghasilkan jualan. Jadi anda kena selidik kat mana silap dan apakah yang perlu dibaiki, ditambah atau apa yang kurang dalam kelas yang anda hadiri?

 

Kebanyakkan kelas bisnes yang dianjurkan oleh coach-coach bisnes di Malaysia bagus, masalah utama adalah CONTINUOS MONITORING. Tiada yang pantau! Semangat membara hanya semasa dalam kelas. Masuk hari ke 3, buku workbook entah ke mana.  Tanpa pemantauan berterusan daripada mentor yang muktabar menyebabkan bisnes anda tidak boleh nak grow.

 

Ini kerana, ramai peniaga tidak sanggup untuk ambil pakej personal continuos monitoring/inner circle disebabkan harganya yang mahal dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Pada pandangan saya kelas-kelas banyak OUTSIDE IN tetapi tidak INSIDE OUT. Kalau pun ada ia tidak mampu membuatkan seseorang bertindak secara berterusan.

 

Banyak seminar, banyak teknik dan banyak ilmu yang dapat. Tapi hakikatnya ramai Gagal. Kerana ACTION.  Di mana tak ramai yang mampu buat secara konsisten.

 

Tiada Big Why, kesungguhan, lari fokus, cepat penat, tersalah faham, nak result cepat, tiada database, networking yang tak membantu, team yang lemah atau berada dalam circle yang salah  menyebabkan ramai masih bergelut untuk membuat jualan  konsisten.

 

Makanan untuk anda sentiasa konsisten dalam bidang ini hanya satu iaitu MINDSET & MOTIVASI dan orang yang mengharapkan motivasi daripada orang lain baharu terhegeh-hegeh nak bertindak, tidak layak buat bisnes. Bak kata  Elon Musk : If you need inspiring words, don’t do it.

 

Jika anda masih bekerja dan buat bisnes part time, anda perlu  kenalpasti aktiviti penting yang membawa masuk jualan dan aktiviti yang sia-sia. Maka anda perlu fokus kepada 3 Perkara utama.

·         Marketing (cara tarik orang datang)

Marketing adalah nak tarik orang, tarik bakal pelanggan, buat orang nampak kita, dan buat orang tanya siapa kita. Senang cakap Marketing ni buat orang nampak. Buat apa-apa pun yang penting orang nampak BISNES dan BRAND kita.

·         Sales (cara buat orang yang datang membeli)

Ilmu ini anda perlu belajar sebab anda perlu faham macam mana nak jadikan pelanggan anda percaya dengan anda dan beli produk anda. Bukan satu kerja mudah untuk pengaruh pelanggan. Jadi, apa kata belajar macam mana nak close sales .

·         Penambahbaikan /Penambahan produk.

Ilmu ini anda perlu belajar Validasi produk, perbaiki harga agent, combo produk, Packaging, Positioning Produk, Unic Selling Proposition (USP) dan lain-lain.

Jangan habiskan masa membaca benda yang tiada kaitan dengan 3 benda ni. terutama mencari peluang baru yang bisnes kerana anda akan kehilangan fokus. Jika bisnes yang sedang dijalankan sekarang sedang menjana keuntungan walaupun sedikit, teruskan dengan mengembangkan lagi bisnes berkenaan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.risiyusoff.com/2022/08/skill-menjual-bukan-semulajadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cantik Ideal Dengan Ramuan Semulajadi Dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez

Cantik Ideal Dengan Ramuan Semulajadi Dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 225 hits
Assalamualaikum korang aduh macam biasa i selalu lambat update entry bukan apa busy lately dengan new project So bila dah busy ingatkan makan akan berkurang tapi tidak makan punya lah selera pantang nampak makanan nak nak yang viral mula la...
Follow Me Deluxe Gold Antibacterial Body Wash Diperkaya Dengan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi Lebih Wangi Lebih Segar

Follow Me Deluxe Gold Antibacterial Body Wash Diperkaya Dengan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi Lebih Wangi Lebih Segar

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum Tak sabar nak share dengan korang body wash baru yang kita dah try Siapa tak kenal brand Follow Me Dari zaman kanak kanak kita dah tengok iklan bedak Follow Me Brand nie dah bertapak kat Malaysia sejak tahun 1964 Punyalah la...
Kolam Semulajadi Yang Memukau Mata Memandang

Kolam Semulajadi Yang Memukau Mata Memandang

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 128 hits
Kolam Hamilton Preserve adalah kolam semulajadi yang tercipta apabila kubah sungai bawah tanah runtuh disebabkan beribu ribu hakisan besar besaran Kolam renang dikelilingi oleh Bongkah besar batu kapur yang di tepi air stalaktit besar berke...
Asas Berniaga Adalah Menjual

Asas Berniaga Adalah Menjual

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 508 hits
Salam Asas berniaga adalah menjual tak pandai menjual anda tak boleh berniaga Asas menjual adalah MARKETING tak pandai marketing anda tak pandai menjual sebenarnya Untuk lariskan produk anda perlu memasar dan menjual Berniaga besar mana pun...
Terbaru Pakej Menjual Doa Oleh Penunggang Agama

Terbaru Pakej Menjual Doa Oleh Penunggang Agama

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 315 hits
DAH BERTAHUN BERDOA TP HAJAT BLM MAKBUL JUGA VALET DOA BANTU ANDA BERDOA DEPAN KAABAH CONFIRM MAKBUL CEPAT BERMULA MAC 2017 TERBARU VALET DOA Servis Utk Doakan Hajat2 Anda Trs Di Masjidil Haram Mekah 1st in the world KHAS UTK ANDA YG ADA HA...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat