Skandal Lcs Benarkah Tiada Pendakwaan


Sebenarnya bukan tiada dakwaan langsung tetapi telah ada satu dakwaan iaitu tiga pertuduhan pecah amanah projek Kapal Tempur Pesisir (LCS), membabitkan dana syarikat bernilai lebih RM21 juta terhadap bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2022.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu sebagai Pengarah Urusan BNS melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta iaitu dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dengan curang meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd iaitu dengan curangnya meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 ke akaun Syarikat JSD Corporation Pte Ltd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.
Pertuduhan ketiga, beliau didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, iaitu dengan curangnya meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.
Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Menara Boustead, Jalan Raja Chulan pada 26 Julai 2010, 28 Oktober 2010, 25 Mac 2011, 19 April 2011, 4 Mei 2011 dan 22 November 2011.
Tertuduh, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Noor, 78, yang juga Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Bagaimanapun Kerajaan perlu menjelaskan masalah yang dihadapi membabitkan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) berikutan terdapat beberapa persoalan tadbir urus dan ketelusan yang masih tidak terjawab

Laporan berkaitan..


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mendesak kerajaan menjelaskan masalah yang dihadapi membabitkan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) berikutan terdapat beberapa persoalan tadbir urus dan ketelusan yang masih tidak terjawab

Mereka turut mempersoalkan kenapa sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil bagi menangani pelbagai persoalan dibangkitkan, termasuk mengheret dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan dalam satu kenyataan semalam berkata, kerajaan perlu telus dalam menjelaskan permasalahan projek LCS selepas menyahklasifikasikan Laporan Perolehan dan Siasatan Kewangan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
"Malah beliau (Ambrin) menyatakan bahawa kerajaan tidak sepatutnya bersembunyi di belakang Akta Rahsia Rasmi atau menggunakan alasan 'keselamatan negara' sekiranya penyalahgunaan kuasa atau rasuah dikesan," katanya.
Isu LCS menarik semula perhatian apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan Jumaat lalu bahawa Kementerian Kewangan telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek LCS iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), sebagai anak syarikat kepada Kementerian Kewangan (MOF).
Bagaimanapun, Mohamad berkata, pelaksanaan projek LCS tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mempunyai pilihan, selain mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek LCS iaitu BNS supaya projek dapat diselesaikan.
Perdana Menteri berkata, ia berikutan kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek LCS.
"Ada projek yang on-going yang mesti kita (kerajaan) selesaikan termasuk LCS. Kita tiada pilihan, dah belanja RM6 bilion. Kita tidak boleh tutup, kita kena ambil alih untuk menyelesaikan projek," katanya.
Muhammad juga berkata, Anwar berkali-kali menyatakan komitmen tegas beliau untuk memerangi rasuah dan menambah baik amalan tadbir urus dan integriti dalam sektor awam.
"(Justeru) memastikan projek LCS tidak terbengkalai adalah penting. Memastikan mereka yang bertanggungjawab untuk projek bermasalah ini dan mengenakan tindakan ke atas mereka juga adalah penting," katanya.
TI-M TERIMA KEPUTUSAN
Tambahnya, TI-M menerima pakai rasional keputusan yang dibuat kerajaan untuk menubuhkan SPV yang akan mengambil alih tanggungjawab BNS, syarikat yang diberi kontrak pada 2011 untuk membina dan membekalkan enam LCS bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Katanya, ia kerana RM6.083 bilion wang pembayar cukai sudah pun dibayar. Namun, Muhammad mendakwa melalui semakan yang dibuat berkaitan status projek berkenaan mendapati terdapat beberapa hasil keputusan yang tidak memuaskan


"Antara persoalan yang timbul adalah kapal pertama antaranya dijadualkan untuk dihantar pada April 2019, selepas empat tahun, namun tiada satu kapal pun yang diterima

"Projek yang menelan belanja RM9 bilion sudah meningkat kepada RM11.2 bilion dan kini TLDM hanya akan menerima lima kapal LCS berbanding rundingan awal enam," katanya.
Sebelum ini, pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 7 Ogos 2022 mendedahkan, tiada seunit pun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS.
Pengerusi PAC ketika itu, Wong Kah Woh berkata, terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek itu dan PAC mendapati BNS tidak menggunakan sepenuhnya bayaran daripada kerajaan untuk projek berkenaan.
Laporan PAC turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek LCS, antara perolehan terbesar negara yang digariskan di bawah Pelan Transformasi Armada 15 hingga 5 TLDM.
Pembongkaran skandal LCS turut memaksa kerajaan ketika itu mendedahkan laporan audit dan laporan forensik berkaitan projek berkenaan, sekali gus kemungkinan wujud penyelewengan dana kerajaan sepanjang projek berkenaan berjalan.
Dalam nada sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Pushpan Murugiah, berkata kerajaan perlu memastikan tindakan tegas diambil ke atas individu yang terbabit dalam skandal berkenaan.
"Tindakan mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam skandal ini penting dalam usaha membanteras gejala rasuah yang sedang berleluasa.
"Pendakwaan itu akan memastikan Perdana Menteri benar-benar serius dalam membanteras rasuah dan bukan sekadar retorik," katanya.
Murugiah berkata, usaha memperkasa keselamatan dan aset pertahanan negara adalah keutamaan penting, tambahan pula TLDM menunggu sekian lama untuk memperoleh kapal berkenaan - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/skandal-lcs-benarkah-tiada-pendakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pac Proposes New Proceedings On Lcs Construction

Pac Proposes New Proceedings On Lcs Construction

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 166 hits
The Public Accounts Committee plans to hold new proceedings regarding the construction of the littoral combat ships belonging to the Royal Malaysian Navy PAC chairperson Mas Ermieyati Samsudin said the proposed proceedings will begin as soo...
Finance Ministry Spv To Take Over Lcs Contractor

Finance Ministry Spv To Take Over Lcs Contractor

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 377 hits
The Finance Ministry has established a special purpose vehicle to take over the company responsible for the littoral combat ship construction project with Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd as a subsidiary Defence Minister Mohamad Hasan said t...
Lcs Project Downsized Cost Increased To Rm11 2b

Lcs Project Downsized Cost Increased To Rm11 2b

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 285 hits
Putrajaya has inked a new deal with Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd that will resume the long stalled littoral combat ship project According to parent company Boustead Holding s filing to Bursa Malaysia today the sixth supplemental contract...
Projek Lcs Isunya Siapa Yang Didakwa Diheret Ke Mahkamah

Projek Lcs Isunya Siapa Yang Didakwa Diheret Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 168 hits
Masa PRU15 satu malaysia dicanang isu LCS dan berjanji akan menangkap menahan dan mendakwa mereka yang terlibat dalam projek LCS Isu kerajaan terpaksa SPV demi kelangsungan projek kapal tersebut itu hal no 2 Yang utama adalah kenapa tiada p...
Benarkah Kafein Menyebabkan Ketagihan

Benarkah Kafein Menyebabkan Ketagihan

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 164 hits
BENARKAH KAFEIN MENYEBABKAN KETAGIHAN Kebanyakan kita minum kopi untuk kekal cergas sepanjang hari dan mengelakkan rasa mengantuk Ini kerana kopi mengandungi kafein iaitu sejenis bahan perangsang Kafein juga terdapat pada teh serta buah kok...
Safar Wanita Tanpa Mahram Dibolehkan Dengan Ketentuan Dan Syarat Benarkah

Safar Wanita Tanpa Mahram Dibolehkan Dengan Ketentuan Dan Syarat Benarkah

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 183 hits
Bagaimana hukum safar wanita tanpa mahram Apakah benar safar tersebut dibolehkan dengan syarat tertentu yang ketat
Pendakwaan Sejak Kerajaan Terdahulu

Pendakwaan Sejak Kerajaan Terdahulu

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 144 hits
PM7 9 menampakan anti rasuah bukan sahaja words but action Kerajaan sekarang masih bermain kata kata diharap segera benar kes rasuah tulin bukan konspirasi Dan bukan cakap sahaja tanpa bukti Menuduh kena bagi bukti bukan kena tuduh perlu me...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Sang Saka Penipu

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Akaun Emas Gap Bukan Emas Digital


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Exclusive Scr2u Casino Features You Should Know About Before Signing Up

Lubnan Mengesahkan Sayyed Hassan Nasrallah Terbunuh

Bn Sapu Mahkota Rampas Undi Pn Tapi Sokongan Cina Merosot

Server Kecil Hpe Berbasis Amd Eypc 64 Core Tiga Gpu Enam Ssd Tapi Jangan Harap Main Black Myth Wukong Dengan Lancar

Saiz Fail Dlc Shattered Space Untuk Starfield Ditemui

Vivo Tunjuk X200 Series Dengan Lebih Jelas