Sjkc Too Joon Hing Di Kinrara Jadi Kontroversi


PETALING JAYA: Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing kontroversi baru-baru ini atas tapak yang asalnya untuk sekolah kebangsaan di Kinrara, Puchong.

Pembinaan tersebut akan menjadikan ia sekolah ketujuh SJKC dalam radius lima kilometer di kawasan tersebut selepas SJKC Kheng Chee, SJKC Yak Chee, SJKC Bukit Serdang, SJKC Shin Cheng (Harcroft), Tzu Chi International Chinese School dan SJKC Lai Meng.

Taburan SJKC tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati penduduk termasuklah Azizi Hashim.

Menurut Azizi, SJKC Too Joon Hing pada asalnya akan dibina di Taman Putra Prima, Puchong, namun terkejut apabila sekolah itu berpindah ke tapak yang diwartakan untuk sekolah kebangsaan tanpa pengetahuan persatuan penduduk dan penduduk setempat.

Sedangkan, kata beliau, ketika ini tiga buah sekolah kebangsaan sedia ada iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 1, SK Seksyen 2 dan SK Bukit Kuchai sudah terlalu padat.

“Satu darjah merangkumi sembilan hingga 10 kelas dengan kepadatan lebih 40 murid buat satu kelas.

“Ada antara anak penduduk terpaksa bersekolah di Petaling Jaya dan Bukit Jalil disebabkan ketiadaan tempat di sekitar Kinrara,” kata beliau dalam akaun Facebook miliknya.

SJKC Too Joon Hing adalah antara 10 SJKC diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas permohonan MCA pada 2017.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr. Mah Hang Soon mempertahankan pembinaan SJKC Too Joon Hing di tapak tersebut sambil mendakwa lokasi sekolah itu ditukar ke Bandar Kinrara Seksyen 5 ketika zaman pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Oleh kerana prosedur pertukaran selesai, kementerian mengeluarkan permit kelulusannya dan diserahkan kepada jawatankuasa pembinaan sekolah ini pada bulan Mei tahun lepas,” katanya.

Malah, katanya, pembinaan SJKC baharu itu seharusnya diterima semua pihak kerana ia bukanlah sekolah berasaskan kaum Cina semata-mata.

“Pengiktirafan masyarakat bukan Cina kepada SJKC disambut positif oleh pengelola SJKC dan masyarakat Cina. SJKC ialah sekolah untuk rakyat, bukannya sekolah hanya untuk orang Cina.

“Jadi, jangan ada mana-mana pihak yang berusaha menggunakan isu pembinaan sekolah untuk membangkitkan sensitiviti kaum,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, proses penubuhan SJKC Too Joon Hing adalah berdasarkan prosedur dan persetujuan Kementerian Pendidikan serta kebenaran pembangunan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Beliau juga menganggap pembinaan SJKC baharu itu akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana penduduk tempatan sering mengadu perkara tersebut.

“Saya percaya selepas pembukaan sekolah ini, ia dapat mengurangkan kesesakan di tempat-tempat ini,” katanya.

SJKC Too Joon Hing dijangka siap pada 2021 dan bakal menerima 1,000 pendaftaran murid. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/sjkc-too-joon-hing-di-kinrara-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gabungan Ngo Cina Lapor Polis Isu Bantahan Bina Sjkc Too Joon Hing

Gabungan Ngo Cina Lapor Polis Isu Bantahan Bina Sjkc Too Joon Hing

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 244 hits
BANGI 13 Ramadan 1442H Ahad Gabungan Badan Bertindak Seni Khat dan Majlis Bahasa Cina Malaysia membuat laporan polis berhubung himpunan bantahan di tapak pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di bandar Kinrara baru baru
Timbalan Menteri Pendidikan Ii Pertahan Pembinaan Sjkc Baru Di Kinrara

Timbalan Menteri Pendidikan Ii Pertahan Pembinaan Sjkc Baru Di Kinrara

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 292 hits
ismaweb netDakwa sudah diluluskan kerajaan BN pada 2017 atas permohonan MCABANGI 7 Ramadan 1442H Isnin Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Dr Mah Hang Soon membidas pihak yang mempertikaikan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon...
Lebih 18 000 Tandatangan Bantah Pembinaan Sjkc Di Kinrara

Lebih 18 000 Tandatangan Bantah Pembinaan Sjkc Di Kinrara

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 239 hits
BANGI 21 Ramadan 1442H Isnin Lebih 18 000 telah menurunkan tandatangan menyokong petisyen dalam talian bertajuk Bantahan Cadangan Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di Bandar Kinrara Puchong Selangor Setakat jam 9 30 mala...
Seminggu Diam Lepas Hadapi 4 Kontroversi Ini Karier Seo Yeji Dijangka Sukar Hidup Semula

Seminggu Diam Lepas Hadapi 4 Kontroversi Ini Karier Seo Yeji Dijangka Sukar Hidup Semula

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 220 hits
Sepanjang minggu lepas memang kecoh mengenai kisah perangai Seo Ye ji yang digembar gemburkan oleh media selepas pendedahan wanita itu mengawal Kim Jung hyun mengenai interaksinya bersama pelakon dan staf wanita lain semasa menjadi teman wa...
Meski Diselubungi Kontroversi Filem Thriller Misteri Lakonan Seo Yeji Recalled No 1 Di Carta Box Office

Meski Diselubungi Kontroversi Filem Thriller Misteri Lakonan Seo Yeji Recalled No 1 Di Carta Box Office

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 221 hits
Selepas terpali dengan pelbagai kontroversi ramai yang menduga bagaimana filem terbaru Recalled Seo Ye ji akan diterima oleh penonton Sama ada positif ataupun negatif Pada 21 April Persatuan Filem Korea mendedahkan bahawa tempahan tiket unt...
Video Kontroversi Suara Mirip Hamzah Zainuddin

Video Kontroversi Suara Mirip Hamzah Zainuddin

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 203 hits
Sejak malam tadi viral audio rakaman mirip suara Hamzah Zainuddin Menteri KDN Ia berkaitan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam PDRM Kalau Menteri KDN pun kena rakam maka apakah Malaysia negara selamat Ia bukan soal siapa yang raka...
Berbuka Puasa Dengan Teguk Arak Babak Siri Netflix Ini Jadi Kontroversi

Berbuka Puasa Dengan Teguk Arak Babak Siri Netflix Ini Jadi Kontroversi

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 235 hits
Netflix sekali lagi berhadapan dengan kontroversi apabila salah satu babak dari siri Netflix Originalnya memaparkan babak dimana memperlihatkan seorang watak wanita Muslim berbuka puasa dengan minuman keras Klip video tersebut dimuat naik o...
Terpalit Pelbagai Kontroversi Banyak Jenama Besar Padam Iklan Bersama Seo Yeji

Terpalit Pelbagai Kontroversi Banyak Jenama Besar Padam Iklan Bersama Seo Yeji

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 302 hits
Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah ayat yang boleh menggambarkan situasi dialami Seo Ye ji kini Selepas kontroversi pelakon wanita itu yang dikatakan memanipulasi Kim Jung hyun sehingga menimbulkan kesukaran buat rakan pelakon dan staf dr...
Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku

Perlis Tak Ada Airport Tapi Ada Flight

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Sahabat Ksdd Yang Tercinta