Sjkc Diterima Arus Perdana Hebat Kamu Ultra Kiasu Sindir Ridhuan Tee


fazleensafinaBerapa ramai pelajar Cina dapat cemerlang dalam BM? 18 PERATUS (ada kata 16 peratus) bukan Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dijadikan hujah utama bermakna sekolah ini sudah menjadi sekolah arus perdana, diterima semua kaum? Kamu belajar daripada mana?
Kolej Universiti New Era (Koleh New Era) di Kajang, hampir seratus peratus Cina, begitu juga dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), bermakna tidak arus perdana? Kenapa kamu tidak jadikan hujah bahawa institusi pendidikan ini tidak berada dalam arus perdana? Kiasu betul.
Kalau pun tidak ada seorang bukan Cina di SJKC, kamu tetap akan pertahankan SJKC bukan? Kerana itulah wajah ultra kiasu yang sebenar
Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya perkatakan. Mereka akan cari seribu macam alasan bagi menjustifikasikan kewujudan SJKC ini
Kita bercakap pembinaan negara bangsa, dia bercakap soal angka.
Kita bercakap soal perpaduan, dia akan bercakap bahawa perkauman wujud disebabkan oleh orang politik yang memainkan sentimen perkauman.
Dalam kata lain, SJKC tidak ada sedikit pun cacat celanya. SJKC memang sesuai dan menjadi pilihan ramai.
Kerajaan cuba campur tangan untuk memperbaiki SJKC, seperti menambahkan masa subjek Bahasa Melayu, agar murid boleh menguasai BM dan mudah untuk bergaul, tetapi ditentang hebat ultra kiasu.
Malah, dikenakan syarat lagi kepada kerajaan, supaya ikut kehendak mereka, seperti guru BM, BI dalam kalangan bukan Cina di SJKC mesti mendapat kredit dalam bahasa Cina ketika SPM. Subjek Sejarah di SJKC, asalnya dalam BM, tetapi ditentang hebat ultra kiasu, akhirnya subjek sejarah diajarkan dalam bahasa Cina.
Bayangkan subjek Sejarah diajarkan dalam bahasa Cina. Bagaimana agaknya bila guru Cina mengajar subjek itu dan menceritakan Sejarah komunis negara ini.
Ultra kiasu ini juga yang mengiktiraf Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dengan membina tugu peringatan,yang dipuja-puja dan disembah di Taman Peringatan Nilai.
Cuba jawab soalan saya ini.
Berapa ramai pelajar Cina yang mendapat cemerlang dalam BM?
Berapa ramai pula yang gagal BM?
Berapa ramai yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam BM?
Berapa ramai pula yang tidak boleh langsung bertutur dalam BM?
Cuba adakan pertandingan pengucapan awam (public speaking) seperti syarahan, debat, forum dan sebagainya antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJKC. Berapa ramai yang boleh berucap dengan baik atau setakat ‘bulung-bulung telebang di angkaser,’
Cuba ambil pelajar Cina SJKC dan pelajar Cina di SK, biarkan mereka berinteraksi dengan orang Melayu, kita tengok siapa lebih mesra dan mudah masuk dalam persekitaran tersebut.
Tahu atau tidak kenapa SJKC ramai Melayu, sebab sebahagian daripadanya ber’bin’kan atau ber’binti’kan Abdullah, anak luar nikah. Mereka malu hantar ke SK. Jadi SJKC jadi pilihan. Cuba buat kajian tengok
Satu lagi setelah diingatkan, kenapa 5 Sekolah Wawasan yang dibina zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menempatkan semua aliran SK dan SJKC (T) di bawah satu bumbung gagal? Jawapannya, kerana kamu tentang sebab bila bercampur dengan Melayu akan hilang kecinaannya. Kamu mahu persekitaran cina sepenuhnya
Timbul persoalan SJKC baharu yang akan dibina di bandar Kinrara, kawasan majoriti Melayu. Sekolah Kebangsaan pun tak cukup, tiba-tiba SJKC mahu didirikan di sana. Penduduk sekitar bantah, timbalan menteri ultra kiasu mempertahankannya.
Cuba dengar baik-baik timbalan menteri ultra kiasu ini berbahasa Melayu. Boleh diterima atau tidak? Layak atau tidak, dia dilantik menjawat jawatan tersebut?
Facebook dia sendiri mengutamakan bahasa Cina. Parti dia sendiri mengutamakan bahasa Cina. Dalam AGM dan apa juga maklumat parti, semuanya bahasa Cina diutamakan. Bahasa Melayu entah ke mana. Adakah semua ini diterima arus perdana?
Sebab itu saya katakan parti ini lebih bahaya daripada DAP itu sendiri.
Justeru, jika parti ultra kiasu ini bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pastikan ia tersungkur. Jangan benarkan ultra kiasu ini berada dalam Kabinet.
Satu lagi, cuba tengok Cina bertemu Cina, pernahkah mereka menggunakan BM? Tidak bukan? Kalau ada tanda kiamat? Kerana apa? Kerana SJKC diterima arus perdana? Hebat kamu ultra kiasu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/sjkc-diterima-arus-perdana-hebat-kamu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Ada Undang Undang Apa Lagi Yang Ultra Kiasu Mahukan

Negara Ada Undang Undang Apa Lagi Yang Ultra Kiasu Mahukan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 266 hits
Nisbah kuil dengan masjid surau sangat jauh bezanyaTERUJA saya dengan ucapan dasar pemimpin MIC dalam Perhimpunan Agung Tahunan ke 74 dua hari lepas Antara lain beliau berkata kuil kuil baru perlu dibina di tapak yang telah diluluskan bagi ...
Hebat Bertarannum Video Zizi Kirana Mengaji Dapat Perhatian Ramai

Hebat Bertarannum Video Zizi Kirana Mengaji Dapat Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 176 hits
Nama Zizi Kirana rasanya bukanlah asing lagi dalam dunia seni suara Cerita tentang kerjaya serta peribadinya dilihat berjalan seiring dan kerap kali mendapat perhatian peminat Paling mencuri tumpuan sudah pasti perubahan Zizi dari segi berp...
Menlu Retno Akan Bacakan Puisi Di Anugerah Perempuan Hebat Indonesia

Menlu Retno Akan Bacakan Puisi Di Anugerah Perempuan Hebat Indonesia

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 408 hits
Kemasan yang disajikan Rabu 21 April 2021 mulai pukul 11 00 12 30 WIB menghadirkan Bu Retno sapaan khasnya membacakan puisi tentang perempuan
Dibarisi Ramai Pelakon Hebat Filem Romantik Happy New Year Sudah Mulakan Pengambaran

Dibarisi Ramai Pelakon Hebat Filem Romantik Happy New Year Sudah Mulakan Pengambaran

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 293 hits
Meremang bulu roma tengok line up hebat untuk filem bertajuk Happy New Year ini Filem ini berlatarbelakangkan mengenai individu yang datang ke Hotel Emrose dengan kisah tersendiri dan perhubungan baru yang dibina di sana Pelakon hebat yang ...
Potret Nagita Slavina Perdana Bertemu Baby Ukkasya Tak Henti Menangis Bahagia

Potret Nagita Slavina Perdana Bertemu Baby Ukkasya Tak Henti Menangis Bahagia

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 222 hits
Untuk pertama kalinya Nagita Slavina bertemu dengan Baby Ukkasya anak Zaskia Sungkar dan Irwansyah Baru saja bertemu wanita yang akrab disapa Gigi itu langsung menitikan air matanya Ia menangis bahagia karena akhirnya Zaskia dan Irwansyah d...
Kasut Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Kasut Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 267 hits
Semalam Kak Wan menghadiri majlis sempena Ramadhan di kawasan Parlimen beliau Ia perkara biasa tapi yg luar biasanya lihatlah kasut Bata dan handbag beliau Dia tak mampu gajinya dulu dekat RM 100 ribu sebulan Gaji Parlimen dan elaunnya juga...
Momen 10 Pasangan Artis Perdana Jalani Ramadan Bersama Bahagianya Pasti Beda

Momen 10 Pasangan Artis Perdana Jalani Ramadan Bersama Bahagianya Pasti Beda

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 285 hits
Ada yang kesiangan ada pula yang habiskan waktu sahur di lokasi syuting Puasa hari pertama tetap penuh berkah
Bekas Perdana Menteri Difailkan Notis Bangkrap Oleh Lhdn

Bekas Perdana Menteri Difailkan Notis Bangkrap Oleh Lhdn

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 198 hits
820 total views 561 views today Nampaknya kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih banyak dan kini LHDN dikatakan akan memfailkan notis kebankrapan terhadap beliau Pihak Mahkamah Tinggi sebelum ini turut telah m...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian