Siti Sarah Layak Beroleh Syahid Akhirat


Oleh Farihad Shalla Mahmud Dr Mohd Fadzilah yang mengenali Allahyarham Siti Sarah sejak penyanyi itu belum mendirikan rumah tangga melihat banyak perubahan arwah terutama sikap suka menolong orang lain. Foto IG Dr Mohd Fadzilah Kamsah. KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf menyifatkan pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, akibat COVID-19 sebagai syahid akhirat.
Asyraf menjelaskan, selain virus COVID-19, faktor Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan anak, membolehkan pemergian penyanyi kesayangan ramai itu tergolong dalam syahid ketiga, iaitu syahid akhirat.

Asyraf mengajak umat Islam sama-sama berdoa agar Allahyarham Siti Sarah beroleh syahid akhirat. Foto IG Imam Muda Asyraf "Syahid terbahagi kepada tiga peringkat iaitu syahid dunia dan akhirat, syahid dunia serta syahid akhirat. Syahid kategori pertama ini hanya untuk mereka yang terkorban dalam medan peperangan fisabilillah.
"Syahid kedua iaitu syahid dunia adalah untuk mereka yang pada zahirnya terbunuh dalam peperangan, tetapi sebaliknya, diselubungi nawaitu yang tidak jujur atau dipaksa.
"Syahid ketiga iaitu akhirat apabila kematian disebabkan melahirkan anak, terbakar, wabak seperti taun serta COVID-19, lemas dan sebagainya.
"Dalam kes Siti Sarah, Allahyarhamah meninggal dunia disebabkan virus COVID-19 dan baru melahirkan anak. Maka, kita boleh kata Allahyarhamah tergolong dalam syahid akhirat," katanya kepada BH Online.
Asyraf yang juga juara musim pertama Imam Muda berkata, individu yang tergolong dalam syahid akhirat akan diberi ganjaran dan kemuliaan Allah SWT di akhirat.
"Jenazah mereka diuruskan seperti biasa. Cuma diberikan kemuliaan khusus di akhirat nanti.
"Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allahyarham tergolong dalam syahid akhirat," katanya.
Sementara itu, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang juga kenalan rapat Allahyarham Siti Sarah mengagumi keperibadian penyanyi itu.
"Saya mengenalinya sudah lama, iaitu sejak arwah bujang lagi. Banyak perubahan dan hijrah yang dilakukannya bersama suami.
"Arwah sangat baik dan pada penghujung hidup, suka mendahulukan orang lain dalam segala segi. Seperti kata suaminya, arwah memang suka tolong orang," katanya.

Memahami emosi mereka yang kehilangan insan tersayang, Dr Mohd Fadzilah berharap suami penyanyi itu, Shuib Sepahtu dan ahli keluarga tabah serta sentiasa berdoa agar diberi kekuatan menghadapi dugaan itu.
"Saya faham ramai yang akan terkesan terutama suami, anak-anak dan ahli keluarga lain. Pesan saya, bacalah doa berkaitan ketika diri ditimpa musibah dan kena reda dengan apa yang berlaku.
"Kita tahu, arwah sangat disayangi bukan sahaja dalam kalangan keluarga, malah orang di sekelilingnya.
"Namun, kita harus ingat, Allah juga amat menyayanginya. Maka, Allah ambil arwah ketika sedang sakit sekali gus dosanya terampun," katanya.
Malam tadi, Dr Mohd Fadzilah turut menyampaikan tazkirah pada majlis bacaan Yassin dan doa selamat secara virtual untuk Allahyarham Siti Sarah.
Selepas lebih 48 jam bertarung nyawa, Siti Sarah, 36 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi tadi.
Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan Shuibu di Instagram (IG).
Sebelum ini, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar pada jam 5 petang, Jumaat lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/siti-sarah-layak-beroleh-syahid-akhirat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inikah Tanda Syahid Siti Sarah Tanah Perkuburan Menjadi Saksi

Inikah Tanda Syahid Siti Sarah Tanah Perkuburan Menjadi Saksi

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 516 hits
Berita mengenai figura terkenal Siti Sarah Raissuddin ternyata telah memberi kesan yang begitu mendalam kepada rakyat Malaysia
Syahid Akhirat Untuk Sarah Insyallah Ganjaran Kemuliaan Allah Swt Di Akhirat Kelak Imam Muda Asyraf

Syahid Akhirat Untuk Sarah Insyallah Ganjaran Kemuliaan Allah Swt Di Akhirat Kelak Imam Muda Asyraf

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 360 hits
Perjuangannya bukan sedikit Berjuang melawan jangkitan virus Covid 19 malah berjuang pula melahirkan bayi yang dikandungnya Kehilangan yang turut dirasai oleh semua Pendakwah bebas Imam Muda Asyraf menyifatkan pemergian penyanyi Allahyarham...
Siti Sarah Banyak Kali Tawar Membantu Ebit

Siti Sarah Banyak Kali Tawar Membantu Ebit

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 204 hits
Siti Sarah banyak kali tawar membantu Ebit Siti Sarah banyak kali tanya ingin bayar sewa rumah orang miskin Ebit Lew Pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin bertemu Pencipta pagi tadi turut mendapat reaksi daripada pendakwah bebas...
Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 356 hits
Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak anak Malam tadi adalah detik terakhir saya dan anak anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor Itu kata Shuib mengenai panggilan video dia ber...
Tular Video Post Terakhir Di Instagram Siti Sarah Peluk Dan Cium Anak Anak Buat Kali Terakhir

Tular Video Post Terakhir Di Instagram Siti Sarah Peluk Dan Cium Anak Anak Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 393 hits
Rakyat Malaysia menerima berita duka dengan pemergian penyanyi tanah air Siti Sarah Rassuddin pagi tadi Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada jam 5 13 pagi setelah hampir seminggu bertarung nyawa me...
Secara Langsung Jenazah Allahyarhamah Siti Sarah Sedang Diuruskan Sebelum Pengebumian Di Gombak

Secara Langsung Jenazah Allahyarhamah Siti Sarah Sedang Diuruskan Sebelum Pengebumian Di Gombak

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 233 hits
Malaysia Gazette membawakan secara langsung kepada kita semua situasi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia yang sedang menantikan jenazah Allahyarhamah Siti Sarah diuruskan sebelum dibawa ke tanah perkuburan di Gombak Hari ini negara ...
Hiburan Hajat Tak Kesampaian Uqasha Senrose Dedah Siti Sarah Nak Menyanyi Percuma Di Majlis Resepsi Kahwin Nanti

Hiburan Hajat Tak Kesampaian Uqasha Senrose Dedah Siti Sarah Nak Menyanyi Percuma Di Majlis Resepsi Kahwin Nanti

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 334 hits
Bakal mendirikan mahligai bahagia tidak lama lagi bersama jejaka pilihan pelakon Uqasha Senrose ada meluahkan rasa terkilan apabila hajat Allahyarhamah Siti Sarah untuk membuat persembahan nyanyian di majlis resepsinya nanti tidak kesampaia...
Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya Shuib Maklum Siti Sarah Sudah Tiada

Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya Shuib Maklum Siti Sarah Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 324 hits
Pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa isterinya Siti Sarah Raissuddin telah pergi buat selamanya pada Isnin jam 5 13 minit pagi Shuib mengumumkan berita sedih itu menerusi entri yang dimuat naik di Instagram rasminya...
Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan

Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 191 hits
Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan Jenazah Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan selepas waktu Zohor kira kira pukul 1 38 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu Gombak dekat sini sebentar tadi Suamin...
The Future Of Green Energy

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

Tolak Petronas Sarawak Berisiko Dikawal Pihak Asing Zaid Beri Amaran

Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Panduankini Akta Pembaharuan Semula Bandar Apa Kita Tahu Setakat Ini

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Feeling Slapped Across The Face By Trump Canadians Say They Ll Skip U S Trips

Pelajar Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin 16 Meninggal Dunia Selepas Tamat Rentas Desa 6km


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Ramadan Di Taste Of Johor Taman Tropika Utm Skudai

Perabadan Bandar Bawah Tanah Paling Misteri Yang Pernah Di Temui

Asas Persiapan Membolosi Sbp Dan Mrsm Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Collaborate And Innovate For Economic Resilience

From 5 Sen To Rm5 In A Space Of 60 Years

Muslims In Indonesia To Begin Fasting Tomorrow