Siti Nurhaliza Berkongsi Rezeki Syawal






Tiada apa yang lebih meruntun jiwa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila melihat anak-anak kecil meraikan Syawal tanpa kehadiran ibu bapa.

Menurut Siti, beliau menjadi lebih sensitif tentang anak-anak kecil sejak bergelar ibu kepada Siti Aafiyah yang kini berusia setahun dua bulan.

Justeru, demi menceriakan kehadiran Syawal yang akan disambut seluruh umat Islam di Malaysia esok, Siti membuat kemunculan istimewa menemui 27 orang penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah di Ampang Jaya, Selangor. Kebanyakan penghuni di situ berusia antara tujuh sehingga 17 tahun.

Lebih istimewa, momen tersebut dirakamkan dan bakal disiarkan menerusi slot istimewa dalam program MeleTOP Raya pada pukul 8.30 malam ini menerusi Astro Ria dan Ria HD.

“Sebelum ini, hati saya memang cepat tersentuh apabila melihat kanak-kanak yang serba kekurangan, tetapi perasaan sensitif bertambah kuat sejak bergelar ibu.

“Setelah memiliki anak, baru saya tahu betapa dalamnya kasih seorang ibu. Namun, segelintir anak-anak di Rumah Kasih Nurul Hasanah yang merupakan anak yatim tidak akan merasai nikmat Syawal bersama ibu atau bapa,” Siti memulakan bicara.

Memikirkan situasi tersebut, penyanyi yang baru muncul dengan lagu terbaharu berjudul Ikhlas itu cuba meringankan beban mereka dengan menghulur bantuan dalam bentuk pemberian barangan dan meluangkan sedikit waktu menghiburkan hati mereka.

“Ketika saya masih kanak-kanak, biarpun tidak hidup mewah, tetapi setiap kali raya kami sekeluarga pasti akan berkumpul. Saya sentiasa gembira menantikan hari raya.

“Bagaimanapun, sambutan Syawal anak-anak yatim dan golongan asnaf tidak sama kanak-kanak lain. Kehadiran saya diharapkan sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka,” kata Siti.

Tradisi

Tambah Siti, beliau dan suami menjadikan amalan bersedekah kepada anak-anak yatim sebagai tradisi tahunan sekeluarga setiap kali tibanya Ramadan.

Sama seperti orang lain, Siti turut mengejar pahala berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah buat hamba yang beramal dan bersedekah pada bulan penuh kemuliaan itu.

“Berdasarkan pengalaman saya menunaikan umrah pada bulan Ramadan, orang di sana berebut-rebut sehingga bergaduh semata-mata mahu memberi sedekah.

“Hal ini kerana, mereka tahu amalan bersedekah pada bulan Ramadan akan memperoleh pahala berganda. Suasana tersebut membuatkan saya sebak dan cuba menjadi insan yang lebih baik,” tutur Siti.

Luah Siti lagi, besar harapannya tradisi bersedekah akan diteruskan oleh Aafiyah apabila dewasa kelak.

“Sememangnya, setiap tahun saya dan suami bersedekah kepada anak-anak yatim. Namun, saya berharap Aafiyah akan meneruskan tradisi ini sampai bila-bila sebaik dia mula faham bahawa memberi lebih baik daripada menerima.

“Sebagai ibu, saya mahu Aafiyah membesar sebagai insan mempunyai belas kasihan kepada orang lain. Jadi, bagi mencapai perkara tersebut, saya terlebih dahulu harus memberi contoh yang baik kepadanya. Insya-Allah selepas ini saya akan membawanya melawat rumah anak-anak yatim,” ungkap Siti penuh pengharapan.

Teruja

Berkongsi sedikit tentang sambutan Syawal, Siti yang baru pulang daripada menunaikan umrah bersama keluarga akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Kebiasaannya, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tidak membuat perancangan khusus untuk pulang beraya, sebaliknya bergantung pada keadaan semasa.

“Suami pasti mahu beraya dengan anak-anaknya di Kuala Lumpur terlebih dahulu. Selepas itu, barulah kami merancang, sama ada mahu pulang ke Kedah atau Kuala Lipis, Pahang,” kongsi Siti.

Meskipun begitu, sambutan Syawal tahun ini tambah bermakna buat Siti sekeluarga apabila dapat meraikan bersama permata hati sulungnya buat kali kedua. Seperti kebiasaannya, Siti akan memakai busana sedondon bersama anak dan suami.

“Jika tahun sebelum ini Aafiyah masih terlalu kecil, namun sekarang Aafiyah sudah mula belajar berjalan. Memang agak penat untuk mengejarnya, tetapi rasanya raya tahun ini lebih seronok untuk melihat keletah Aafiyah,” ujar Siti tersenyum lebar.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/06/siti-nurhaliza-berkongsi-rezeki-syawal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Iras Siti Nurhaliza Dan Elfira Loy

Muka Iras Siti Nurhaliza Dan Elfira Loy

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 1381 hits
Dari haritu sebenarnya saya perasan seorang wanita ni Nak tahu siapa dia Macam mana boleh terjumpa si dia Alkisah Macam biasa lah mood instagram walking datang saya scroll scroll lah timeline Instagram And then terkaku saya kat satu sponsor...
Siti Nurhaliza Nissa Sabyan Taufik Batisah Ikhlas Chord

Siti Nurhaliza Nissa Sabyan Taufik Batisah Ikhlas Chord

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 354 hits
G Bm Em CG B Em CG C GSedingin saljuC GSelembut bayuC BmMenenangkan hatikuCG C GCahaya malamC GTerangi alamC GMemuji kebesaranCAmSaat gembiraBmHari bahagiaGNikmat disyukuri bersamaAmTabah berdoaBmMohon afwahNyaG DMoga dirahmati semuaG Bm Pe...
Koleksi 2019 Creacion By Siti Nurhaliza

Koleksi 2019 Creacion By Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 1548 hits
Hello pembaca kesayangan Penyanyi tersohor tanahair Dato Siti Nurhaliza telah melancarkan koleksi Creacion 2019 by Siti Nurhaliza Misz ella bersama my best friend Puan Sri Nisa Kak Putri Mashita dan Dato Siti Nurhaliza yang cantik serba mer...
Ikhlas Projek Baru Gandingan Dato Sri Siti Nurhaliza Nissa Sabyan Dan Taufik Batisah

Ikhlas Projek Baru Gandingan Dato Sri Siti Nurhaliza Nissa Sabyan Dan Taufik Batisah

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 701 hits
Jarang kita dapat lihat artis dari 3 buah negara bregabung dalam stu lagu Kalau ada pun mungkin kadang kadang jer Tapi kali ini Dato Sri Siti Nurhaliza dari Malaysia Nissa Sabyan dari Indonesia dan Taufik Batisah dari Singapura muncul denga...
Kami Terpaksa Menyambut 1 Syawal Berasingan Fizo Omar

Kami Terpaksa Menyambut 1 Syawal Berasingan Fizo Omar

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 441 hits
Pelakon dan usahawan Fizo Omar menafikan rumah tangganya sedang dilanda badai apabila dia dan isterinya meraikan sambutan 1 Syawal di lokasi berasingan Beliau berkata dia dan isterinya Mawar Abdul Karim sepatutnya meraikan Aidilfitri bersam...
Berertinya Syawal Berbeza Beza

Berertinya Syawal Berbeza Beza

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 320 hits
Assalammualaikum wbtBERERTINYA SYAWAL BERBEZA BEZA Semua orang berhak dan ada hak memberi pendapat Menyimpulkan apa yang berada difikiran dan terpendam dalam hati Bebas bersuara tapi bukan bebas berlisan mengikut rasa dan suka Masih perlu j...
Bolehkah Menggabungkan Niat Puasa Qadha Ramadhan Dengan Puasa Syawal

Bolehkah Menggabungkan Niat Puasa Qadha Ramadhan Dengan Puasa Syawal

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 419 hits
Lebaran telah usai Suka cita suasana mudik dan arus balik dirasakan jutaan umat muslim di tanah air Memasuki bulan Syawal Rasulullah menganjurkan untuk berpuasa selama enam hari selain pada saat hari raya Idul Fitri yang dilarang berpuasa L...
Hiburan Sharnaaz Ahmad Sambut Syawal Bersama Isteri Dan Anak

Hiburan Sharnaaz Ahmad Sambut Syawal Bersama Isteri Dan Anak

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 736 hits
Setelah sekian lama rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila dikatakan bergolak akhirnya ketibaan Syawal membawa sinar baru buat mereka Pasangan ini kelihatan begitu bahagia meyambut hari raya bersama anak mereka Jebat Jayden Mal...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga