Siti Hasmah Jelaskan Kenapa Beliau Terima Vaksin Bukan Atas Kapasiti Isteri Mp Langkawi




PETALING JAYA: Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Ahli Parlimen Langkawi menjelaskan bahawa dirinya menerima suntikan vaksin Covid-19 bukan atas kapasitinya sebagai isteri wakil rakyat, sebaliknya sebagai warga emas yang mampu merangsang warga emas lain untuk turut menerima vaksin.
Siti Hasmah berkata, keputusan membenarkan dirinya disuntik vaksin Covid-19 itu dibuat disebabkan percaya masih ramai warga emas di seluruh negara, termasuk di Parlimen Langkawi yang mempunyai keraguan terhadap vaksin berkenaan.
“Saya datang ke Langkawi temani suami, kerana dia Ahli Parlimen di sini, dia lagi berhak menerima vaksin. Saya ini sebagai warga emas, saya bukan datang sini untuk dapatkan vaksin sebab saya ini isteri kepada Dr Mahathir Mohamad, tidak. Saya sebagai warga emas, yang ada perangsang sikit untuk rakyat Langkawi khasnya untuk menerima vaksin.
“Saya percaya ada antara kita was-was dengan suntikan vaksin sebab mereka tidak faham dan tidak tahu. Saya benarkan diri dicucuk vaksin Covid-19 ini kerana mahu galakkan orang lain dan masyarakat berbuat demikian. Saya tahu ada antara kita was-was, curiga, risau mengenai kesan sampingan,” katanya dalam rakaman video sempena hari wanita.
Siti Hasmah, yang kini mencecah usia 95 tahun adalah antara individu tertua di negara ketika ini, dan beliau serta suaminya Mahathir menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Langkawi pada Ahad.
Siti Hasmah turut menggalakkan masyarakat untuk segera mendaftarkan diri terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang keputusan untuk menerima atau menolak vaksin berkenaan.
“Mana tahu, selepas tengok saya menerima suntikan vaksin ini, masih sihat dan bertukar fikiran untuk terima suntikan, jadinya nama kita sudah ada di situ, senang. Khasnya, untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU), yang menjadi keutamaan dahulu. Tolong daftarkan nama untuk terima vaksin ini,” katanya.
Bercerita mengenai pengalamannya menerima suntikan vaksin, Siti Hasmah membayangkan ia adalah sama seperti gigitan semut, yang menurutnya tidak sakit dan tidak memberi kesan untuk tempoh yang lama. Bahkan, beliau juga boleh meneruskan aktiviti bermain violin selepas beberapa jam menerima vaksin itu.
“Senang sahaja mereka cucuk, rasa jarum dimasukkan ke dalam tubuh dan bila dipamkan vaksin itu, sikit sahaja, macam kena gigit semut. Selepas itu, langsung tidak ada rasa apa-apa. Syukur Alhamdulillah, bila balik boleh pula main violin, saya fikirkan tidak boleh. Jadi, sama-sama kita jaga diri kita, negara kita daripada Covid-19,” katanya

Sumber: FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/03/siti-hasmah-jelaskan-kenapa-beliau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 362 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19
Pahang Terima 11 700 Vaksin Tambahan

Pahang Terima 11 700 Vaksin Tambahan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 314 hits
Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB NOROL AZALI SULAIMANKUANTAN Kerajaan Pahang menerima kira kira 11 700 dos tambahan vaksin Covid 19 keluaran Pfizer BioNTech dan menempatkannya di lima pusat penyimpanan vaksin di seluruh negeri Pengerusi Jawatanku...
Polis Terima Laporan Berhubung Dakwaan Potong Barisan Terima Suntikan Vaksin

Polis Terima Laporan Berhubung Dakwaan Potong Barisan Terima Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 224 hits
Polis terima laporan berhubung dakwaan potong barisan terima suntikan vaksin Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pa
465 081 Sudah Daftar Terima Vaksin

465 081 Sudah Daftar Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 271 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR dan MAISARAH SHEIKH RAHIM KHAIRY JAMALUDDINPUTRAJAYA Seramai 465 081 orang sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Ja...
Amah Dan Pemandu Vip Didakwa Potong Queue Terima Vaksin

Amah Dan Pemandu Vip Didakwa Potong Queue Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 407 hits
Individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat tidak boleh menjadi penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Individu yang me...
Hajiji Terawal Terima Vaksin Di Sabah

Hajiji Terawal Terima Vaksin Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 308 hits
Hajiji menerima vaksin Covid 19 sempena majlis pelancaran Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Serbaguna Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah Kota Kinabalu pagi tadi KOTA KINABALU Ketua Menteri Haji...
Khairy Akan Terima Suntikan Vaksin Sinovac

Khairy Akan Terima Suntikan Vaksin Sinovac

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 314 hits
Oleh NOR AINNA HAMZAH KHAIRY Jamaluddin bergambar bersama petugas Klinik Kesihatan Rembau selepas mengadakan lawatan ke klinik tersebut yang Pusat Pemberian Vaksin UTUSAN MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE REMBAU Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Kh...
Hiburan Terima Ugutan Bunuh Pengarah Aku Yang Kau Gelar Isteri Minta Penonton Jangan Terlalu Taksub

Hiburan Terima Ugutan Bunuh Pengarah Aku Yang Kau Gelar Isteri Minta Penonton Jangan Terlalu Taksub

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 335 hits
Pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Suhaimi Lua mendedahkan bahawa dirinya ada menerima ugutan bunuh daripada seorang netizen di laman sosial miliknya Sumber Instagram Suhaimi Lua Menurut Suhaimi individu berkenaan telah mendesak dia a...
Lebih 290 000 Orang Sudah Terima Vaksin Covid 19

Lebih 290 000 Orang Sudah Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 392 hits
Memasuki hari ke 19 pelaksanaan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan yang bermula sejak 23 Feb lepas seramai 292 104 individu menerima suntikan dos pertama vaksin di seluruh negara setakat semalam Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumka...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemergian Tok Ngah Awal Pagi Tadi

Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Lelaki Maut Tunang Parah Selepas Kereta Dinaiki Bertembung Dengan Lori Di Simpang Melati Muadzam Shah

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing