465 081 Sudah Daftar Terima Vaksin


Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR dan MAISARAH SHEIKH RAHIM KHAIRY JAMALUDDINPUTRAJAYA: Seramai 465,081 orang sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran terbabit diterima melalui aplikasi MySejahtera setakat jam 2.45 petang tadi di mana kepada yang belum lagi memuat turun aplikasi atau update MySejahtera, anda bolehlah berbuat sedemikan selepas ini.
Katanya, setelah berjaya mengemaskini aplikasi MySejahtera, logo Vaksinasi Covid-19 akan terpapar dan seterusnya ikut sahaja arahan yang dinyatakan.
“Secara ringkasnya, anda perlu mengesahkan maklumat anda, kemudiannya menjawap beberapa soalan yang berkaitan dengan kesihatan anda dan seterusnya, tekan butang hantar.
“Maklumat yang anda hantar ini akan dipadankan dengan maklumat yang terkumpul di MySejahtera seperti rekod kesihatan daripada pusat kesihatan kerajaan mahu pun swasta,” katanya pada sidang akhbar sempena kejayaan pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa Pertama di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Muhyiddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berjaya disuntik vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas Low Dead Volume (LDV) oleh Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya, Lina ibrahim yang dibantu Jururawat Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar, jam 2.42 petang.
Khairy berkata, sama ada anda telah mendaftar pada hari semalam atau hari ini, ataupun akan mendaftar selepas ini, tarikh serta masa untuk anda menerima vaksin masih lagi tertakluk kepada fasa yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu:
Katanya, fasa dua, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu berisiko tinggi; fasa tiga, penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
“Jangan khuatir atau bimbang sekiranya anda masih belum menerima apa-apa maklumat temu janji dalam masa terdekat ini.
“Temu janji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa vaksinasi yang telah dikenal pasti untuk seseorang individu itu,” katanya.
Tambahnya, semua maklumat yang diterima menerusi pendaftaran akan diproses bagi membolehkan penyediaan senarai penduduk di Malaysia mendapatkan vaksinasi mengikut keutamaan.
Contohnya, katanya, sekiranya anda layak berada dalam fasa kedua, anda akan diberi temu janji lebih awal jika dibandingkan dengan mereka yang lain.
“Manakala bagi mereka yang lain pula, keutamaan pemberian vaksin pada fasa 3 adalah berpandukan zon lokasi tempat tinggal anda sama ada merah, kuning atau hijau sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Buku Panduan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19.
“Sekiranya dalam tempoh terdekat ini, kita mampu mengembalikan semua lokaliti kepada zon hijau, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan membuat penilaian risiko yang mengambil kira kepadatan penduduk sesuatu tempat serta kebarangkalian berlakunya penularan dalam sesuatu lokaliti,” katanya.
Mengulas lagi, Khairy berkata, ia sangat penting bagi membolehkan Badan Bertindak merancang faktor logistik terutamanya bekalan stok vaksin serta kerahan sumber manusia termasuklah untuk menyediakan pusat vaksinasi berskala besar.
“Walaupun CITF telahpun membuat mapped-out kepadatan penduduk bagi sesuatu kawasan, kita juga sedar masih terdapat kumpulan yang masih ragu-ragu dengan vaksin ini. Justeru, penting untuk kita mendapat maklumat yang lengkap bagi memastikan soal logistik dan sumber manusia dapat dioptimumkan,” katanya.UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/465081-sudah-daftar-terima-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Akan Terima 62 000 Dos Vaksin Dalam Tempoh Terdekat

Pulau Pinang Akan Terima 62 000 Dos Vaksin Dalam Tempoh Terdekat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 248 hits
Pulau Pinang akan menerima 62 000 dos vaksin dalam masa terdekat selepas menerima 16 000 dos vaksin Pfizer BioNTech pada Ahad lepas Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata lima kotak penghantaran yang akan diterima kelak adalah tam...
Terima Vaksin Sinovac Sabtu Ini

Terima Vaksin Sinovac Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 420 hits
TERIMA VAKSIN SINOVAC SABTU INI KUALA LUMPUR Malaysia dijadual menerima vaksin Sinovac dari China pada Sabtu ini Ia adalah jenama kedua bagi vaksin COVID 19 dalam tempoh seminggu selepas Pfizer BioNTech sekali gus memperkukuh laluan pemulih...
Vaksin Covid 19 Sultan Selangor Berkenan Terima Giliran Selepas Petugas Barisan Hadapan

Vaksin Covid 19 Sultan Selangor Berkenan Terima Giliran Selepas Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 263 hits
BernamaSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima giliran suntikan vaksin COVID 19 hanya selepas semua petugas barisan hadapan termasuk guru mendapat suntikan itu Gambar fail SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin...
Wanita Hamil Mungkin Dibenar Terima Vaksin Tertakluk Nasihat Doktor

Wanita Hamil Mungkin Dibenar Terima Vaksin Tertakluk Nasihat Doktor

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 217 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menjelaskan wanita hamil akan dibenarkan mengambil vaksin Covid 19 namun tertakluk kepada penilaian risiko yang dilakukan oleh perunding penjagaan kesihatan masing masing Pemberian vaksin Covid 19 boleh diper...
1 018 Polis Johor Dikecualikan Terima Vaksin

1 018 Polis Johor Dikecualikan Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 215 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI AYOB Khan Mydin Pitchay menerima suntikan vaksin Covid 19 di Dewan Muafakat Johor Taman Adda Johor Bahru Johor JOHOR BAHRU Kesemua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor akan menerima suntikan vaksin...
Pahang Terima 11 700 Vaksin Tambahan

Pahang Terima 11 700 Vaksin Tambahan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 286 hits
Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB NOROL AZALI SULAIMANKUANTAN Kerajaan Pahang menerima kira kira 11 700 dos tambahan vaksin Covid 19 keluaran Pfizer BioNTech dan menempatkannya di lima pusat penyimpanan vaksin di seluruh negeri Pengerusi Jawatanku...
Polis Terima Laporan Berhubung Dakwaan Potong Barisan Terima Suntikan Vaksin

Polis Terima Laporan Berhubung Dakwaan Potong Barisan Terima Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 200 hits
Polis terima laporan berhubung dakwaan potong barisan terima suntikan vaksin Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pa
Amah Dan Pemandu Vip Didakwa Potong Queue Terima Vaksin

Amah Dan Pemandu Vip Didakwa Potong Queue Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 390 hits
Individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat tidak boleh menjadi penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Individu yang me...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini