Siti Bainun Jalani Pembedahan Kes Ditangguh


 
Peguam mewakili Siti Bainun Ahd Razali mengemukakan surat pakar bedah menyatakan tertuduh perlu menjalani pembedahan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, untuk menggantung prosiding perbicaraan bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian, selepas peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon penggantungan sementara prosiding tersebut, berikutan pihaknya memfailkan notis usul semakan jenayah terhadap keputusan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi pada 25 Nov lalu.
Izralizam dalam penghakimannya berkata permohonan itu satu penyalahgunaan proses mahkamah, dan tiada keadaan khas atau istimewa untuk menggantung prosiding perbicaraan itu, malah kedua-dua pertuduhan juga tidak cacat.
“Dakwaan peguam mengatakan saya tidak mempertimbangkan pertuduhan tersebut adalah tidak berasas, kerana fokus utama saya ketika membaca keputusan di akhir pendakwaan adalah sama ada kes prima facie dapat dibuktikan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
“Bagi menentukan kes prima facie dapat dibuktikan bagi setiap pertuduhan, saya perlu meneliti dan membuat dapatan sama ada kedua-dua pertuduhan itu mempunyai elemen yang memenuhi kehendak undang-undang, selaras dengan seksyen yang dipertuduhkan terhadap tertuduh. Oleh itu, permohonan tertuduh untuk menggantung prosiding ditolak,” kata Izralizam menurut laporan Bernama.
Pada 24 Nov lepas, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan itu, selepas mendapati kes prima facie berjaya dibuktikan pendakwaan.
Sementara itu, Izralizam membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan prosiding bela diri Siti Bainun, yang sepatutnya bermula hari ini.
“Berdasarkan surat untuk penangguhan perbicaraan kes itu, tertuduh dimasukkan ke wad kerana pneumonia (radang paru-paru) dan dikatakan turut menjalani pembedahan hempedu seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.
“Mahkamah tiada pilihan lain apabila doktor mengesahkan Siti Bainun perlu menjalani rawatan abdomen dan ujian darah, sebelum menetapkan tarikh pembedahan. Namun, ini kes penting, kalau tidak berpuas hati, saya boleh memanggil doktor yang menurunkan tandatangan dan menjelaskan kewajaran memberi cuti sakit (MC). Tarikh bela diri sudah lama ditetapkan oleh mahkamah,” kata Izralizam.
Terdahulu, Nur’Aminahtul memaklumkan bahawa, anak guamnya dimasukkan ke hospital pada 28 Nov lepas dan satu surat dikeluarkan oleh doktor pakar bedah semalam bahawa Siti Bainun perlu menjalani rawatan kesihatan (abdomen dan ujian darah) esok, serta tarikh pembedahan hanya boleh ditetapkan selepas rawatan berkenaan.
Mahkamah kemudian menetapkan Rabu ini untuk sebutan kes.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/12/siti-bainun-jalani-pembedahan-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Bella Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri

Kes Bella Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali untuk menggantung prosiding perbicaraan bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down...
Kes Aniaya Bella Pendakwaan Berjaya Siti Bainun Diarah Bela Diri Disember Depan

Kes Aniaya Bella Pendakwaan Berjaya Siti Bainun Diarah Bela Diri Disember Depan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 173 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella Keputusan itu dibacakan Hakim Iz...
Wujud Unsur Penderaan Terhadap Bella Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Diperintah Bela Diri

Wujud Unsur Penderaan Terhadap Bella Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Diperintah Bela Diri

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 213 hits
Susulan kes melibatkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali telah diminta untuk membela diri setelah didakwa melakukan pengabaian dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella Perkara tersebut diput...
Rayuan Azeez Kes Saman Fitnah Guan Eng Didengar 19 Mei Tahun Depan

Rayuan Azeez Kes Saman Fitnah Guan Eng Didengar 19 Mei Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 242 hits
Bernama November disember 1 2022 Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Dis 2020 yang menolak saman Abdul Azeez Rahim ke atas Lim Guan Eng yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang berhubung pembinaan projek terowong dasar laut di negeri ber...
Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 246 hits
agendaily com30 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik keras seorang pemimpin Pemuda UMNO kerana sanggup menjual maruah orang Melayu hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah dihadapinya Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan ...
4 Tahun Kes Rosmah Belum Dibicarakan Hakim Tegur Peguam Rosmah

4 Tahun Kes Rosmah Belum Dibicarakan Hakim Tegur Peguam Rosmah

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 177 hits
Hakim Mahkamah Tinggi mengingatkan peguam Datin Seri Rosmah Mansor supaya memberi keutamaan kepada kes pengubahan wang haram dan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dihadapi isteri bekas perdana mente...
Awani Ringkas Kes 1mdb Firma Guaman Tarik Diri Wakili Ibu Jho Low

Awani Ringkas Kes 1mdb Firma Guaman Tarik Diri Wakili Ibu Jho Low

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 187 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Amanah Pelantikan Zahid Tak Jejas Perjalanan Kes Mahkamah

Amanah Pelantikan Zahid Tak Jejas Perjalanan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 296 hits
MalaysiakiniAmanah berpendapat pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebahagian daripada anggota kabinet tidak akan menjejaskan perjalanan kes mahkamah yang membabitkan presiden Umno dan pengerusi BN terbabit Naib Presiden Amanah Mujahid Yu...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi