Siswazah Jual Sayur Bantu Petani Masyarakat


BH ONLINE
Muhammad Zaid membungkus timun untuk dijual kepada pelanggan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Projek Fertigasi Inderapura, Kuantan. - Foto BERNAMA KUANTAN: Membantu pekebun memasarkan hasil pertanian sekali gus membolehkan masyarakat mendapatkan sayur segar pada harga murah, menjadi pegangan tiga siswazah universiti ini ketika mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian pada awal tahun lepas.
Untuk itu, Muhammad Naqib Azam, 31, bersama dua rakan sebayanya Mohd Syamim Aizat Zaki, dan Muhammad Zaid Zuhri, bersetuju supaya keuntungan purata sayur-sayuran jualan mereka ditetapkan di bawah 50 sen sekilogram.
Sebagai contoh, Muhammad Naqib, berkata timun yang dibeli daripada pekebun pada harga RM2.70 sekilogram dijual pada harga RM3 sekilogram iaitu lebih murah berbanding RM3.50 yang ditetapkan pada skim kawalan harga.
"Kami berani menjual pada harga begitu kerana tidak perlu melalui pelbagai lapisan memandangkan semuanya dilakukan sendiri daripada mencari pekebun, membawa hasil ke pusat pengumpulan untuk dibungkus sehinggalah menghantar kepada pembeli.
"Hubungan baik dengan pekebun juga membolehkan kami mendapatkan harga sedikit murah selain niat mahu membantu mereka supaya semua hasil kebun dapat dipasarkan tanpa banyak kerenah," kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Ternakan, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Projek Fertigasi Inderapura, di sini, yang menjadi 'pejabat' mereka.
Anak jati Raub itu berkata, bagi memastikan harga jualan dapat dikekalkan pada harga murah, mereka juga sepakat tidak mengambil kos pengangkutan secara berlebihan, malah pernah menyerap kos itu apabila harga sayur sedikit meningkat.
Selain timun, Muhammad Naqib, berkata sayuran lain yang dijual seperti lada, bendi dan kacang panjang, bergantung hasil yang boleh diperoleh dari kebun di sekitar Kuantan dan Pekan pada hari berkenaan.
Mengimbas pembabitan mereka dalam industri pertanian, Mohd Syamim, berkata ia bermula ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila melihat ada pekebun tidak dapat memasarkan produk mereka disebabkan banyak kedai makan ditutup.

Mohd Syamim menunjukkan timun batang sebelum dijual kepada pelanggan. - Foto BERNAMA
"Untuk membantu petani, kami menawarkan diri menjualkan hasil kebun mereka pada harga murah supaya sekurang-kurangnya mereka boleh dapat pulangan modal. Disebabkan tiada platform khusus, kami bermula dengan menjual kepada ahli keluarga, jiran dan penduduk taman perumahan.
"Iklan menerusi mulut ke mulut membantu orang ramai mengenali kami selain turut dipromosikan di media sosial termasuk di akaun Facebook 'Dari Kebun' supaya lebih mudah orang ramai menghubungi kami.
"Tanpa diduga kami semakin berminat dalam perniagaan sayur ini, lalu menubuhkan syarikat SZ Sayur Trading bagi melancarkan lagi operasi kerana sudah mempunyai pelanggan tetap memandangkan harga kami tawarkan lebih murah berbanding kebanyakan tempat," katanya.
Sejak bergelar 'saudagar sayur' Mohd Syamim, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri Universiti Malaysia Pahang (UMP), berkata rutin harian mereka bermula seawal 9 pagi dengan mengambil sayur di kebun dan dibawa ke pejabat untuk penggredan serta pembungkusan.
Penghantaran sayur bermula pada 12 tengah hari sebelum mereka bertiga kembali semula ke pejabat pada jam 3 petang untuk menyambung operasi pembungkusan bagi slot penghantaran sebelah malam yang bermula selepas maghrib dengan tumpuan di pasar raya dan kedai.
Untuk melancarkan operasi, Muhammad Syamim, berkata pembeli diwajibkan membuat tempahan sekurang-kurangnya sehari sebelum, supaya sayur yang diambil dalam kuantiti antara 500 kilogram dan satu tan sehari, dapat dihabiskan.
Sementara itu, Muhammad Zaid, yang juga lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian UPM, berkata mereka berani terbabit dalam bidang pertanian dan perniagaan selepas mendapat nasihat Pejabat Pertanian Daerah Kuantan.
"Kami juga merancang untuk menanam beberapa jenis sayur di sini, bagi membolehkan kami terus menawarkan harga murah kepada masyarakat. Ini juga boleh sebahagian daripada cabang sedekah yang boleh dilakukan untuk membantu orang ramai," katanya sambil memaklumkan ketiga-tiga mereka bekerja dalam bidang berbeza sebelum PKP. - BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/siswazah-jual-sayur-bantu-petani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masyarakat Sumbar Siapkan 7 Ton Rendang Bantu Korban Erupsi Gunung Semeru

Masyarakat Sumbar Siapkan 7 Ton Rendang Bantu Korban Erupsi Gunung Semeru

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 178 hits
Mantan Wali Kota Padang Fauzi Bahar melakukan penggalangan bantuan dengan menggandeng lembaga penyalur bantuan Lanud Sutan Syahrir Gebu Minang Sumbar PPM Sumbar bersama wanita Koperasi IKA Boga Kota Padang dengan target 5 ton rendang
Cipta Dron Tempatan Bantu Petani B40

Cipta Dron Tempatan Bantu Petani B40

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 173 hits
Oleh NOR HAZWANI NOH KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Jerai Sabri Azit mencadangkan kerajaan membantu syarikat tempatan menghasilkan dron mampu milik yang boleh digunakan oleh petani B40 Menurutnya bantuan boleh diberikan dalam bentuk geran atau ...
Pemuda Pas Giat Bantu Mangsa Banjir Di Ampang

Pemuda Pas Giat Bantu Mangsa Banjir Di Ampang

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 232 hits
YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI PAGI semalam saya bersama sama Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Ustaz Hanafi Zulkafli dan Ketua Pemuda PAS Selangor Ustaz Syukri Omar membuat tinjauan gerak kerja Jab...
Safi Youth Gold Bantu Kurangkan Dagu Berlapis Dalam Masa 15 Minit

Safi Youth Gold Bantu Kurangkan Dagu Berlapis Dalam Masa 15 Minit

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 238 hits
SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM Assalamualaikum semua Selamat Berhujung Minggu Apa aktiviti hangpa hari ni Aku minggu ni banyak urusan luar Tapi walaupun agak busy aku tetap excited nak share sesuatu yang best dengan hangpa Siapa...
Medac Jangan Buang Masa Bantu Usahawan Segera Noh

Medac Jangan Buang Masa Bantu Usahawan Segera Noh

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 186 hits
MEDAC jangan buang masa bantu usahawan segera Noh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memastikan bantuan kepada golongan usahawan yang terjejas disalurkan secepat mungkin Saya mahu semua warga MEDAC dan agensi memastikan pros...
Takut Menangis Bila Ada Orang Nak Dekat Tanda Anak Sihat Normal Pakar Kongsi Tip Bantu Anak Hadapi Stranger Anxiety

Takut Menangis Bila Ada Orang Nak Dekat Tanda Anak Sihat Normal Pakar Kongsi Tip Bantu Anak Hadapi Stranger Anxiety

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 273 hits
Pernah tak anda mengalami situasi di mana anak mula menangis apabila ada orang lain cuba mengambil mereka atau takut takut apabila ada yang mendekati Menurut Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi ianya adalah perkembangan yang NORMAL bagi setia...
Maut Dicekik Kerana Pembesar Suara Tiga Bersaudara Direman Seminggu Bantu Siasatan Kes Bunuh

Maut Dicekik Kerana Pembesar Suara Tiga Bersaudara Direman Seminggu Bantu Siasatan Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 276 hits
IPOH 26 Nov Tiga bersaudara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang maut dipercayai akibat dicekik dalam pergaduhan di hadapan sebuah warung di Pasar Pagi Flat Ashby Sungai Senam di si...
Hiburan Jika Ingin Membantu Bantu Dari Segi Perbuatan Bukan Comment Dan Complain Elyana

Hiburan Jika Ingin Membantu Bantu Dari Segi Perbuatan Bukan Comment Dan Complain Elyana

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 276 hits
Pelakon dan penyanyi meluahkan perasaan susulan ujian yang dihadapinya ketika ini Menurut Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal dia hanya meminta sokongan ramai bukan mengkritik kerana ia hanya merosakkan jiwanya Advertisement...
Perkenal Harga Lantai Elak Petani Rugi Lambakan Tanaman

Perkenal Harga Lantai Elak Petani Rugi Lambakan Tanaman

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh Zuhayati Yazid Jika produk lain kerajaan bol h pula laksana skim kawalan harga BANGI Harga lantai perlu diperkenalkan bagi melindungi hasil tanaman golongan petani termasuk mengelakkan lambakan hasil yang diusahakankan Malah tindakan i...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan