Sistem Yang Ada Di Tbs Cukup Baik Dr Mahathir




KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu terminal bas lain di negara ini mencontohi sistem Jualan Tiket Berpusat (CTS) yang diguna pakai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sejak ia mula beroperasi pada 2011.Perdana Menteri, yang turut memuji keberkesanan sistem itu berkata, pada masa sama, ia dapat meningkatkan mutu industri pengangkutan awam di negara ini terutamanya perkhidmatan bas.
Loading...
“Saya dapati ramai pengguna di sini selesa. Perkhidmatan yang ada di sini bagus. Tapi saya fikir stesen bas seperti ini perlu ada di tempat lain juga.“Model (sistem) stesen ini boleh juga digunakan di seluruh Malaysia. Mungkin stesen lain kecil tetapi sistem yang ada di sini (TBS) cukup baik,” katanya selepas mengadakan lawatan mengejut ke TBS bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, di sini, hari ini.Dr Mahathir, yang berada hampir sejam di terminal bersepadu itu untuk meninjau operasi, turut meluangkan masa bertemu orang ramai yang menggunakan perkhidmatan di terminal itu serta mengunjungi kedai nasi kandar di Aras 4 TBS.CTS yang diguna pakai TBS sejak lapan tahun lalu adalah sistem terkini di mana penjualan tiket secara individu oleh pengendali bas ekspres disepadukan dalam satu sistem jualan tiket yang inovatif dan terancang.Pengguna bukan sahaja boleh membeli tiket bas di kaunter tetapi juga di kiosk tiket layan diri di 12 lokasi di terminal itu. CTS dapat mengelak pengguna daripada ditipu ulat tiket kerana setiap pembelian tiket memerlukan maklumat peribadi selain destinasi yang ingin ditujui.Ketika melahirkan kepuasan terhadap perkhidmatan yang disediakan TBS, Dr Mahathir mahu pengguna memanfaatkan kemudahan sedia ada selain menjaga kebersihan ketika berada di terminal itu.“Kalau nak kira jumlah pengguna memang ramai, jadi kita kena pastikan tempat ini bersih termasuk di tandas,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata idea pembinaan terminal itu dicetuskan Dr Mahathir sekitar tahun 2000.“Beliau mahu saya menjalankan ‘study’ kerana terdapat rungutan orang ramai mengenai masalah kesesakan dan ulat tiket di stesen Pudu ketika itu. Saya ambil masa kira-kira tiga tahun untuk buat kaji selidik itu,” katanya.Menurut Abu Sahid, terminal yang mula beroperasi pada 1 Jan 2011 itu dikendalikan Maju Terminal Management and Services Sdn. Bhd. (Maju TMAS), sebuah syarikat subsidiari milik penuh Maju Holdings Sdn. Bhd.Dibina di kawasan berkeluasan 1.026 juta kaki persegi, terminal enam tingkat itu dilengkapi kemudahan termasuk kaunter pembelian tiket, kiosk tiket layan diri, restoran, surau dan tandas.TBS juga mempunyai jaringan dengan pengangkutan awam bandar raya dan kemudahan jambatan pejalan kali untuk pertukaran kepada khidmat KTM Komuter, Express Rail Link (ERL) untuk ke KLIA dan Rapid KL bagi rel bersepadu serta rangkaian bas.

Dari segi keselamatan, Pengarah Urusan Maju TMAS Sdn Bhd Roslan Datuk Shariff berkata TBS dilengkapi lebih 600 kamera litar tertutup (CCTV) dan balai polis yang diuruskan Unit Polis Bantuan Maju Holdings serta disokong Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela.“Di TBS sekarang ada 680 CCTV berbanding 542 unit sebelum ini. Kita juga sediakan 2,500 ruang parkir kereta untuk kemudahan pengguna,” katanya, dan menambah, purata pengguna terminal mencecah sehingga 40,000 pada hari biasa manakala pada musim perayaan pula meningkat kepada 70,000. - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/sistem-yang-ada-di-tbs-cukup-baik-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Puji Sistem Jualan Tiket Tbs

Dr Mahathir Puji Sistem Jualan Tiket Tbs

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 231 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu terminal bas lain di negara ini mencontohi sistem Jualan Tiket Berpusat yang diguna pakai di Terminal Bersepadu Selatan sejak ia mula beroperasi pada 2011 Perdana Menteri yang turut memuji keberkesanan sistem it
Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 406 hits
JELAI 21 Jan Kerjasama antara Barisan Nasional UMNO serta Pas di dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands berada di dalam tahap yang tinggi ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid Katanya kesepakatan dan
Duta Palestin Sedih Hanya Dr Mahathir Sendirian Tentang Israel

Duta Palestin Sedih Hanya Dr Mahathir Sendirian Tentang Israel

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 694 hits
Duta Palestin ke Malaysia H E Walid Abu Ali berucap ketika Majlis Pelancaran Kempen WeAreAllMary Gerakan Solidariti untuk Pembebasan Wanita Al Quds semalam Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata suara ...
Terkini Lihat Ketibaan Tun Dr Mahathir Di Ibu Pejabat Ppbm Untuk Mempengerusi Menyuarat

Terkini Lihat Ketibaan Tun Dr Mahathir Di Ibu Pejabat Ppbm Untuk Mempengerusi Menyuarat

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 505 hits
Terkini Lihat Ketibaan Tun Dr Mahathir Di Ibu Pejabat Ppbm Untuk Mempengerusi Menyuarat
Mengejutkan Tun Mahathir Dedah Ada Masalah Dalam Kerajaan Ada Sedikit Perselisihan Pandangan

Mengejutkan Tun Mahathir Dedah Ada Masalah Dalam Kerajaan Ada Sedikit Perselisihan Pandangan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 446 hits
Mengejutkan Tun Mahathir Dedah Ada Masalah Dalam Kerajaan Ada Sedikit Perselisihan Pandangan
Stop The Hypocrisy Of Banning Israeli Athletes Mahathir Told

Stop The Hypocrisy Of Banning Israeli Athletes Mahathir Told

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 278 hits
Gerakan has questioned the hypocrisy of the Malaysian government to ban Israel athletes from competing on Malaysian soil a move the party said was shortsighted as sports should be free from politics Gerakan vice president Baljit Singh said ...
Terkini Lge Azmin Tak Sependapat Ini Jawapan Tun Mahathir Keduanya Betul Tapi Masa Salah

Terkini Lge Azmin Tak Sependapat Ini Jawapan Tun Mahathir Keduanya Betul Tapi Masa Salah

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 397 hits
Terkini Lge Azmin Tak Sependapat Ini Jawapan Tun Mahathir Keduanya Betul Tapi Masa Salah
Lantang Boikot Israel Dr Mahathir Paling Popular Di Al Jazeera

Lantang Boikot Israel Dr Mahathir Paling Popular Di Al Jazeera

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 501 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir menjuarai carta Sibaq Al Akhbar bagi kategori Tokoh Minggu Ini kelolaan saluran berita Arab terkenal Al Jazeera apabila memperoleh undian tertinggi penonton saluran televisyen berkenaan ...
Ulama Dedah Kenapa Mahathir Ditakuti Israel Dan Barat

Ulama Dedah Kenapa Mahathir Ditakuti Israel Dan Barat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 1018 hits
Dr Mahathir bin Mohamad seorang tokoh yang tidak asing dalam dunia politik sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa Pernah menjawat jawatan Perdana Menteri terlama Malaysia sejak 1981 hingga 2003 dan kini selagi lagi terpilih sebaga...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Masak Nasi Lemak Simple

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Esok My Befday Ke 33

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Ideas Beef Jerky Recipe On Pellet Smoker

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee