Sistem Telaga Tiub Dapatkan Sumber Air Dalam Tanah



 Sistem telaga tiub (tube well) merupakan satu cara atau sistem yang digunakan untuk mendapatkan air dari dalam tanah dengan menggunakan paip PVC yang ditanam ke dalam tanah. Ia menjadi pilihan lain, selain menggunakan telaga tradisi, air sungai dan air tasik.  
 

Telaga tiub merupakan sumber air alternatif yang diambil airnya dari ke dalaman tanah lebih 20 meter atau beratus meter di bawah permukaan bumi.
 

Ada telaga tiub yang sangat berjaya dan ada yang kurang berjaya bergantung kepada sumber air di dalam tanah. Ada telaga tiub yang digerudi menghasilkan air yang berkekalan dan kualiti air yang bersih.
 

Sebaliknya, ada yang mengeluarkan air hanya dalam kuantiti yang sedikit. Terdapat juga telaga tiub yang mempunyai banyak air, tetapi airnya berbau atau keruh yang tidak sesuai untuk digunakan, khususnya untuk kegunaan di rumah atau domestik.
 

Kedalaman telaga yang diperlukan bergantung pada kedalaman lapisan simpanan atau laluan air dalam tanah. Biasanya tiub atau selongsong telaga tiub ini boleh menggunakan besi atau PVC yang tahan lama.
 

Air yang masuk ke dalam tiub ini akan sentiasa merembes dari sekelilingnya di mana dalam beberapa kes tertentu ia juga mengandungi zarah pasir atau kelodak yang mana ia boleh menyebabkan cepat pam cepat rosak (akibat haus bergeser dengan pasir pada injapnya). Penting juga dipasang penapis sesuai untuk menghalang pasir dan kelodak.
 

Jumlah air yang boleh dipam naik bergantung kepada “takungan” air di dalam tanah. Terdapat takungan air atau laluan air bawah tanah yang kadangkala cetek berdekatan dengan permukaan tanah dan ada yang berada jauh kedalam tanah.
 

Telaga tiub juga dipanggil sebagai 'air boring' atau “telaga borint”. Boring itu berasal dari perkataan 'menggali' atau 'bore' tanah sehingga menjumpai air bawah tanah yang dicari.
 

Bukan semua kawasan adalah sesuai untuk digali kerana di sesetengah tempat, airnya akan berbau busuk dan berwarna merah disebabkan mengandungi toksik logam atau air asidik yang tidak sesuai bagi digunakan sebagai air minuman atau pun air untuk tanaman. 
 

Selain itu juga sebaiknya kawasan yang berhampiran dengan sistem kumbahan seperti tangki kumbahan adalah tidak sesuai digali kerana air kumbahan mungkin akan diserap masuk ke dalam air bawah tanah itu dan tercemar air bawah tanah kawasan tersebut.
 

Tambahan pula, kawasan yang terdapat air paya, sawah padi, kawasan tanah gambut dan berhampiran laut juga tidak sesuai untuk digali telaga tiub.
 

Tempat yang sesuai adalah di kawasan tanah liat dan di bawahnya terdapat lapisan pasir yang bertindak sebagai penapis semula jadi sebelum air tersebut disedut ke permukaan bumi. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2023/07/ffg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semarang Gandeng Korsel Bangun Sistem Suplai Air Bersih Target Jadi Terbaik Di Ri

Semarang Gandeng Korsel Bangun Sistem Suplai Air Bersih Target Jadi Terbaik Di Ri

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 220 hits
Diharapkan Smart Water Cities Pilot Evaluation Project ini nantinya bisa mencapai kesepakatan MoA hingga membuahkan hasil yang diperkirakan bisa rampung pada bulan Desember 2023
Komitmen Ulang Tahun 50 Kao Malaysia Beroperasi Di Tanah Air

Komitmen Ulang Tahun 50 Kao Malaysia Beroperasi Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 220 hits
Komitmen Ulang Tahun 50 Kao Malaysia Beroperasi di Tanah Air Keselesaan Keprihatinan Kecantikan Ternyata Kao Corporation telah kian lama menawar kesemua kebaikan ini dan banyak lagi sejak penubuhannya di Malaysia dengan rangkaian luas produ...
Apa Itu Fenomena Kepala Air Dan Tanda Tanda Bilakah Ia Berlaku

Apa Itu Fenomena Kepala Air Dan Tanda Tanda Bilakah Ia Berlaku

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 488 hits
Apa Itu Kepala Air Dan Tanda Tanda Bilakah Ia Berlaku Kebelakangan ini banyak kes kemalangan jiwa berlaku kerana fenomena kepala air Apa itu kepala air Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yan...
Cara Kesan Kehadiran Kepala Air

Cara Kesan Kehadiran Kepala Air

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 370 hits
Assalamualaikum Beberapa hari selepas umat Islam menyambut Hari Raya Qurban negara di kejutkan dengan tragedi sekeluarga yang hilang dihanyutkan oleh kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih Berita yang begitu menggemparkan rakyat Mala...
Senarai Sungai Yang Paling Kerap Berlaku Kepala Air Yang Perlu Dielakkan Oleh Pengunjung

Senarai Sungai Yang Paling Kerap Berlaku Kepala Air Yang Perlu Dielakkan Oleh Pengunjung

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 177 hits
Untuk menghindari bahaya kepala air anda perlu mengetahui tanda tanda awal kejadian kepala air dan bersedia untuk pulang sekiranya tanda tanda ini mula kelihatan Antaranya disertai dengan bunyi guruh yang kuat Ini menunjukkan bahawa hujan l...
Huawei The Matepad Series Huawei Matepad Air And Huawei Matepad 11 5 Inch

Huawei The Matepad Series Huawei Matepad Air And Huawei Matepad 11 5 Inch

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 226 hits
haiHUAWEI Launches A New Collection Of Super Devices The Matepad Series Huawei today launched a new collection of Super Device in Malaysia featuring flagship tablets including the all new flagship HUAWEI MatePad Air for pro level experience...
Brownies Teluk Air Tawar Penang

Brownies Teluk Air Tawar Penang

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 257 hits
Tempahan Brownies16 pcsSize 5inci Sesuai untuk buah tangan ke rumah kengkawan Hadiah birthday untuk yang tersayang Menu hitea bersama jiran tetangga Jamuan sekolah anak anak Brownies Brownies Kepala Batas Brownies Bertam Perdana Brownies Be...
Pelepasan Air Terawat Loji Nuklear China Larang Import Produk Laut Dari Jepun

Pelepasan Air Terawat Loji Nuklear China Larang Import Produk Laut Dari Jepun

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 230 hits
CHINA pada Jumaat menguatkuasa larangan mengimport produk makanan dari Jepun terutamanya berasaskan makanan laut ketika Tokyo meneruskan rancangan untuk mengalirkan air terawat daripada loji nuklear Fukushima ke laut lapor akhbar Global Tim...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2