Sistem Perubatan Dalam Keadaan Genting Kerajaan Perlu Bertindak Segera


Surat terbuka Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) kepada semua Ahli Parlimen dan kerajaan Malaysia menjelaskan kegusaran mendalam mereka terhadap sistem kesihatan negara, yang berisiko tumbang dan gagal jika tiada tindakan penambahbaikan diambil segera.

Antara perkara yang disuarakan adalah ketidakcukupan sumber manusia dan ruang pembangunan bagi sektor perkhidmatan awam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketidakcukupan ini sebenarnya telah lama wujud dan kini diburukkan lagi dengan kedatangan pandemik global COVID-19 yang menuntut hospital mengerahkan segenap tenaga yang mereka ada pada tahap maksimum.

“Sistem pengambilan doktor secara kontrak nyata tidak membantu. Era pandemik seperti sekarang sangat memerlukan lebih ramai doktor dan kakitangan perubatan.

“Sangat membimbangkan jika kerajaan tidak mampu menjamin perjawatan tetap kepada doktor-doktor kita, apatah lagi membantu perkembangan kerjaya perubatan mereka pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan untuk tidak berdolak-dalik sebaliknya menerima hakikat bahawa sistem perubatan sedang dalam keadaan genting dan menuntut tindakan segera.

“Kerajaan tidak boleh menunggu sehingga keadaan sudah kritikal dan terlambat. Sekarang ini banyak hospital telah terpaksa mengubah susun atur dan kemudahan unit rawatan rapi (ICU) secara drastik. Para kakitangan pula sedang bekerja hampir tanpa rehat.

“Perkara ini menunjukkan yang kita perlu membina kemudahan yang lebih banyak di seluruh negara. Ini adalah isu kritikal dan tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi dipolitikkan. Lihat sahaja negara China yang membina hospital besar hanya dalam beberapa hari.

“Kerajaan mesti mula melihat sumber yang kita ada untuk disalurkan secara strategik dan segara kepada sektor perubatan. Kita mesti bersedia bukan hanya kerana pandemik COVID-19. Tetapi kerana tuntutan keperluan perubatan sepanjang masa,” katanya.

Selain itu, beliau menggesa pengambilan lebih banyak kakitangan yang mencukupi disegerakan memandangkan sistem kesihatan bukan sekadar memerlukan lebih banyak katil dan peralatan, tetapi sumber manusia yang mampu mengendalikan semua itu dengan baik.

“Pada masa yang sama, imbuhan kepada sumber manusia kita mesti disemak. Mereka sedang kelesuan akibat terpaksa bekerja dalam tekanan. Perkara ini mesti disedari oleh kerajaan.

“Bukannya asyik bercakap untuk mengurangkan lagi elaun mereka. Yang demikian adalah sangat tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin.

“Inilah masanya kerajaan memberikan imbuhan yang setimpal kepada kakitangan perubatan jika kita benar-benar menganggap mereka sebagai hero negara, dan bukannya pekerja kelas kedua,” katanya.

Dalam pada itu, Khaled berkata, beliau tidak pelik dengan tuntutan pihak MMA agar Pelan Pemulihan Negara menyandarkan strateginya pada data dan dapatan saintifik, kerana jika diperhalusi, pelan pemulihan tersebut tidak lebih dari sekadar menyenaraikan fasa dan tempoh masa.

“Tanpa memasukkan secara jelas apakah strategi dan pelan intervensi yang akan dilakukan. Malah tidak ada persediaan untuk berhadapan dengan sebarang situasi luar jangka.

“Justeru, kerajaan mesti mendengar pandangan MMA dan sektor perubatan. Menteri Kesihatan mesti memainkan peranan dan bersikap tegas. Keadaan yang berlaku di ICU Sungai Buloh tidak sama dengan realiti ICU di Batu Pahat. Jika pandangan dan saranan sektor perubatan tidak diendahkan, tidak mustahil pelan ini akan gagal.

“Sesungguhnya segala tuntutan dan penambahbaikan ini adalah kritikal dalam memastikan kemandirian serta kelangsungan negara kita. Kerajaan tidak boleh berdegil serta berkeras untuk melakukan semua perkara hanya mengikut kehendak dan pengetahuan terhad mereka,” katanya. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/sistem-perubatan-dalam-keadaan-genting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Segera Parlimen Dan Kerajaan Yang Stabil

Buka Segera Parlimen Dan Kerajaan Yang Stabil

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 292 hits
NORMAN RADUANBerdasarkan kenyataan media saya cuba memahami ke Bawah Duli Tuanku dan Raja2 Melayu mahukan Parlimen dibuka semula dgn kadar segera Seri Paduka Baginda juga mahukan kerajaan yg lebih stabil Kerajaan yg stabil bagi pandangan sa...
Golongan M40 Setengah Juta Jadi B40 Kerajaan Perlu Bantu Segera

Golongan M40 Setengah Juta Jadi B40 Kerajaan Perlu Bantu Segera

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 342 hits
Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang berkuatkuasa hampir sebulan telah menyebabkan kesempitan hidup yang semakin parah dalam kalangan rakyat Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Muhammad Faisal Abdul Aziz kemerosotan kualiti hidup...
Segera Tu Bulan 9 Atau 10 Gitu Patut La Lembab Kerajaan Nih

Segera Tu Bulan 9 Atau 10 Gitu Patut La Lembab Kerajaan Nih

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 237 hits
SAYA dah kata dah Takde tarikh bukan Lebai akan kata apa TAICHI Ikut Fasa September Oktober Kah kah diaorang lah selagi boleh sebelum mampoih Oh ye SEGERA bermaksud 2 atau 3 bulan lagi baru kini ku tahu Wallahualam Zus Din 16 June 2021
Agong Mahu Kerajaan Permudah Birokrasi Segera Capai Imuniti Kelompok

Agong Mahu Kerajaan Permudah Birokrasi Segera Capai Imuniti Kelompok

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 246 hits
kUALA LUMPUR 5 Zulkaedah 1442H Rabu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepat proses vaksinasi kepa...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 228 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Kerajaan Diminta Selesai Segera Isu Serap Doktor Kontrak

Kerajaan Diminta Selesai Segera Isu Serap Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 267 hits
Sekumpulan pegawai perubatan mahu lancar mogok pada 26 Julai ini BANGI Kerajaan mesti mengemukakan penyelesaian tuntas terhadap isu membabitkan pegawai perubatan kontrak yang mahu melancarkan protes bermula 1 Julai ini tegas Timbalan Presid...
Kerajaan Pn Jangan Dolak Dalik Buka Parlimen Segera

Kerajaan Pn Jangan Dolak Dalik Buka Parlimen Segera

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 510 hits
Gabungan Reformis Malaysia terdiri daripada 10 NGO memperjuangkan Reformasi menggesa agar Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional segera membuka Parlimen sebagaimana titah Yang di Pertuan Agong dan Majlis Ra...
Sidang Dun Segera Kerajaan Negeri Ph Mengorak Langkah

Sidang Dun Segera Kerajaan Negeri Ph Mengorak Langkah

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 247 hits
Pada 18 Jun 2021oleh PENTADBIROleh Roketkini Selaras titah Raja Raja Melayu kerajaan kerajaan negeri Pakatan Harapan terus mengorak langkah dalam usaha mengadakan segera sidang Dewan Undangan Negeri di negeri masing masing Di Pulau Pinang K...
Inilah Sebabnya Kerajaan Tidak Mesra Rakyat Ini Mesti Segera Ditumbangkan

Inilah Sebabnya Kerajaan Tidak Mesra Rakyat Ini Mesti Segera Ditumbangkan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 266 hits
Ini antara kisah berkait permohonan moratorium automatik bersasar PKP 3 0 yang dikongsikan kepada saya 1 Dia punya temuduga untuk dapatkan moratorium ibarat mahu mohon jawatan Pengarah Tidak semudah seperti dikhabarkan Baki gaji berapa Bera...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Lima Hari Tak Jumpa Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak

Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback 2024 Join Competition Sempena Deepavali Celebration Kat Tempat Kerja

Lima Grill Cafe Taiping

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan