Sistem Latihan Dual Nasional
SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (Permohonan Semakan Kursus Induksi SLDN)
SLDN menyasarkan 100% lepasan menceburi bidang pekerjaan atau keusahawanan di dalam bidang yang diceburi setelah tamat. Pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi juga boleh berbuat demikian. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU SLDN
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘ Dual ‘ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama. Syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.
OBJEKTIF SLDN
Objektif utamanya adalah untuk melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:
Teknikal
Sosial & Kemanusiaan
Metadologi & Pembelajaran
KRITERIA KELAYAKAN SLDN
Pekerja sedia ada dan pencari kerja yang berminat untuk mengikuti program peningkatan kemahiran atau latihan semula yang memenuhi kriteria berikut:
Warganegara Malaysia.
Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun semasa pendaftaran sebagai perantis ke JPK (kiraan umur berdasarkan Kepada tahun lahir).
Sekurang-kurangnya boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Perantis yang didaftarkan bukan individu dari kalangan personel SLDN atau Penyelaras PL atau SI yang terlibat secara langsung bagi program tersebut; dan
Perantis hendaklah mengikuti latihan secara sepenuh masa.
CIRI-CIRI SLDN
Berikut adalah merupakan ciri-ciri program ini iaitu:
PERKARA
KETERANGAN
Jangka Masa
Berdasaran kepada tahap kemahiran yang telah ditetapkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Nisbah Amali- Teori
70% hingga 80% latihan amali di industry dan 20% hingga 30% latihan teori di pusat latihan.
Konsep
Pendekatan pembelajaran Kendiri (Self-reliant Learning)
Kaedah Penyampaian
Day Release System
Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam syarikat dan diikuti oleh satu hari kelas teori yang berkaitan di pusat latihan.
Block Release System ( jika perlu )
Contohnya 3-4 bulan latihan praktikal diikuti dengan 1-4 minggu kelas teori berkaitan.
Pelatih
Lepasan SPM, belia menganggur dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan
Elaun Latihan
(Sekiranya latihan dijalankan dalam masa 2 tahun)
Semester 1 – RM 350.00 Sebulan
Semester 2 – RM 400.00 Sebulan
Semester 3 – RM 450.00 Sebulan
Semester 4 – RM 500.00 Sebulan
Penganugerahan Kelayakan
Sijil Kemahiran Malaysia (1,2,3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
CARA PERMOHONAN SLDN
Bagi menyertai program SLDN, calon hendaklah menghubungi mana-mana Pusat Latihan yang menawarkan program SLDN berinsentif tahun 2023. Senarai Pusat Latihan terlibat akan dipaparkan di portal myspike.my
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SLDN
JPK akan memaklumkan keputusan permohonan secara dalam talian melalui myspike.my. Pemohon pertu menyemak pemakluman di portal dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sistem Latihan Dual Nasional, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran
ARTIKEL BERKAITAN
SPA9 LOGIN 2023(Permohonan Kerja Kerajaan & Semakan Jawatan Kosong)
REGISTER LOGIN MYFUTUREJOBS: Portal Cari Pekerjaan
The post SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (Permohonan Semakan Kursus Induksi SLDN) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/sldn.html