Sistem Imigresen Digodam Lagi


B Nantha Kumar   
ULASAN | Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 mendedahkan bahawa terdapat manipulasi dan penipuan dalam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang melibatkan seramai 21,378 pekerja asing daripada 32,424 kuota yang diwujudkan secara tidak teratur dalam mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Sebanyak RM24 juta terlibat dalam transaksi ini yang sepatutnya disalurkan kepada Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Bahagian Pengurusan Pekerja Asing (BPPA) Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebaliknya direkodkan di 10 Bahagian atau Jabatan Imigresen negeri yang tidak mempunyai kuasa.

“Pihak audit meneliti maklum balas daripada Jabatan Imigresen dan berdasarkan analisis terhadap data MyIMMs, berlaku manipulasi dan kemungkinan fraud (manipulasi) dalam sistem MyIMMs bagi kelulusan kuota pekerja asing yang memerlukan siasatan segera diambil,” kata laporan itu seperti yang diumum pada 15 Julai 2019.

Secara amnya, kesan daripada manipulasi itu, sebanyak 21,738 pekerja asing yang sah yang berkerja di Malaysia dibatalkan PLKS atau permit kerja. Sebanyak 123 majikan yang membayar levi bagi pihak pekerja asing terjejas susulan perkara ini.

Sementara itu, pada 30 Oktober 2018, Imigresen membuat kenyataan bahawa Bahagian Perisikan,Operasi Khas dan Analisa (Jabatan Imigresen) telah berjaya ditumpaskan dalam manipulasi atau fraud.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Imigresen membuat satu serbuan pada 29 Oktober, 7.30 malam di kawasan Masjid India berdasarkan maklumat dan intipan yang dilakukan selama tiga bulan.

Sindiket ini dipercayai menjalankan aktiviti salah guna sistem Jabatan Imigresen dan juga terlibat dengan aktiviti kuota palsu pekerja asing dan beroperasi hampir lapan tahun.

"Operandi sindiket ini adalah menawarkan khidmat kepada syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja asing dengan memberikan jaminan bahawa setiap permohonan akan diluluskan," kata Jabatan Imigresen.

Majikan nafi tak bayar levi Setiap pekerja yang belum memasuki Malaysia dikenakan bayaran RM7,000. Bagi yang sudah berada di Malaysia bayarannya adalah RM1,500.

Jabatan Imigresen menjelaskan bahawa apabila maklumat pekerja dimasukkan dalam sistem imigresen, maka sindiket ini akan mendapatkan pelekat PLKS melalui MyEG.

Susulan pendedahan Audit Negara, Jabatan Imigresen juga mengesahkan bahawa bakal membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu yang lebih canggih bagi membendung sindiket digodam atau manipulasi.

Dalam satu laporan bertarikh pada 16 Julai 2019 memberitahu bahawa laporan penuh berkaitan sistem Imigresen digodam dihantar kepada ketua pengarahnya Indera Khairul Dzaimee pada 25 April 2019.

Tetapi, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan dakwaan hampir 500 majikan memberitahu bahawa hampir 75,000 pekerja asing dibatalkan PLKS dan Visa Dengan Rujukan (VDR) oleh Imigresen.

Kali ini pekerja asing yang berkerja di Malaysia sejak tahun 2013 dibatalkan PLKS dan VDR selepas Imigresen menerima bayaran levi bagi tahun 2020.

Penulis mendapati bahawa PLKS pekerja-pekerja ini dibatalkan atas alasan majikan tidak membayar levi pada tahun 2013.

Namun, majikan mempunyai bukti bahawa membuat pembayaran sejak tahun 2013.

Jabatan Imigresen atau KDN sehingga kini masih tidak membuat sebarang kenyataan secara umum berhubung pembatalan PLKS 75,000 pekerja asing itu.

Apa status pembayaran RM24 juta

Jadi, persoalannya bagaimana Imigresen memberikan PLKS setiap tahun sehingga 2019, kalau betul kami tidak bayar levi sejak 2013, bagaimana pekerja asing dapat memperbaharui PLKS sehingga 2019?

Kenapa hanya sekarang Imigresen batal PLKS selepas terima bayaran bagi tahun 2020?
Penulis juga mendapati bahawa pembatalan melibatkan 75,000 pekerja asing itu hampir serupa dengan kes melibatkan 21,738 pekerja asing.

Dalam kedua-dua kes majikan mendakwa sudah membayar levi di Imigresen. Tetapi tidak sampai ke KDN.

Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah Imigresen sembunyikan sesuatu?

Dalam pada itu, penulis menerima satu dokumen yang menunjukkan bahawa satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Bahagian Teknologi Maklumat dan Rekod (BTMR).

Salinan laporan polis itu mendapati bahawa laporan dibuat di IPD Putrajaya, terdapat tujuh lagi laporan polis dibuat berkaitan isu ini masing-masing dua di Kuantan, satu di Hi Tech, Kempas, Tg Kupang, Gelang Patah dan Seberang Jaya.
Laporan polis yang dibuat pada 19 Julai 2019 mengatakan bahawa siasatan awal BTMR terhadap data Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) disyaki terdapat ID pemilik disalah gunakan (unauthorised) berkaitan pembayaran levi RM24 juta melibatkan 21,738 pekerja asing

Bagaimanapun, laporan itu tidak menjelaskan apakah pembayaran melibatkan RM24 juta hilang atau berjaya dikesan semula.

Laporan polis yang dibuat oleh BTMR Jabatan Imigresen membangkitkan lebih banyak daripada jawapan.

Bagaimana boleh ID pemilik sistem imigresen boleh disalah guna?

Adakah pegawai-pegawai imigresen turut terlibat
 Mampukah sistem kerajaan boleh digodam begitu sahaja tanpa 'sokongan dalaman'?
Apakah status terkini pembayaran RM24 juta
 Kenapa BTMR lapor polis selepas laporan penuh diberikan kepada ketua pengarah?
Penulis harap Jabatan Imigresen atau KDN akan segera memberi jawapan kepada-kepada soalan-soalan ini kerana berjuta-juta wang dalam kes ini adalah milik rakyat bukan bagi kepentingan beberapa individu yang licik
 *B NANTHA KUMAR merupakan wartawan Malaysiakini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/sistem-imigresen-digodam-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cegah Anggota Dewan Korupsi Akbar Tandjung Usul Pileg Pakai Sistem Tertutup

Cegah Anggota Dewan Korupsi Akbar Tandjung Usul Pileg Pakai Sistem Tertutup

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 134 hits
Cegah Anggota Dewan Korupsi Akbar Tandjung Usul Pileg Pakai Sistem Tertutup Akbar pun mengusulkan cara agar politikus tak tergoda melakukan praktek transaksional Menurutnya sistem pemilu legislatif Indonesia harus dikembalikan pada sistem t...
Projek Sistem Transit Rapid Rts Status Laluan Diumum 31 Oktober

Projek Sistem Transit Rapid Rts Status Laluan Diumum 31 Oktober

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 164 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Cak Imin Menolak Jika Amandemen Uud 1945 Ubah Sistem Pemilihan Presiden

Cak Imin Menolak Jika Amandemen Uud 1945 Ubah Sistem Pemilihan Presiden

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 150 hits
Cak Imin Menolak Jika Amandemen UUD 1945 Ubah Sistem Pemilihan Presiden Cak Imin mengatakan internal PKB belum membahas terkait wacana amandemen terbatas yang tengah digulirkan di MPR Sehingga dia belum mau menyatakan sikapnya
Sistem Elektrikal Loji Rawatan Air Rosak 92 Kawasan Di Hulu Langat Terjejas

Sistem Elektrikal Loji Rawatan Air Rosak 92 Kawasan Di Hulu Langat Terjejas

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 328 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Xc40 Recharge Ialah Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Pertama Volvo Dengan Sistem Infohibur Android

Xc40 Recharge Ialah Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Pertama Volvo Dengan Sistem Infohibur Android

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 215 hits
Volvo XC40 Recharge dilancarkan sebagai kenderaan elektrik sepenuhnya pertama dari Volvo Sebelum ini mereka menghasilkan kenderaan hibrid dan juga kenderaan elektrik sepenuhnya di Dengan pelancaran XC40 Recharge Volvo mengambil langkah pert...
Wapres Jk Kehati Hatian Pengadaan Sistem Core Tax Keterlaluan

Wapres Jk Kehati Hatian Pengadaan Sistem Core Tax Keterlaluan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 121 hits
Wakil Presiden Jusuf Kalla mengungkapkan alasan tersendatnya proses pengadaan sistem inti administrasi perpajakan atau core tax Salah satunya adalah banyaknya pertimbangan yang disampaikan oleh beberapa pihak Menurut Wapres JK implementasin...
Microsoft Mengakui Android Ialah Sistem Operasi Mudah Alih Yang Terbaik

Microsoft Mengakui Android Ialah Sistem Operasi Mudah Alih Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 310 hits
Dua minggu lalu sebuah telefon pintar dengan dwi skrin yang boleh dilipat Pengumuman peranti yang hanya akan dilancarkan pada penghujung 2020 ini mengejutkan ramai kerana Microsoft menggunakan sistem operasi Android yang merupakan pesaing m...
5 Tahun Menteri Nasir Ungkap Upayanya Perbaiki Sistem Birokrasi Di Kemenristekdikti

5 Tahun Menteri Nasir Ungkap Upayanya Perbaiki Sistem Birokrasi Di Kemenristekdikti

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 143 hits
Nasir bersyukur kerja kerasnya tersebut berbuah opini Wajar Tanpa Pengecualian untuk laporan keuangan tahunan mereka Padahal sebelumnya menyandang predikat Wajar Dengan Pengecualian
Kajian Guna Sistem Rel Sepenuhnya

Kajian Guna Sistem Rel Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 246 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense