Sistem Gred Air Mentah Mampu Tingkat Pendapatan Kerajaan Negeri




PUTRAJAYA, 11 Mac — Sistem penggredan air mentah akan diperkenalkan bagi membolehkan kerajaan negeri meningkatkan pendapatan mereka melalui penjualan air mentah mengikut gred kepada operator rawatan air, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (Kasa) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menerusi mekanisme penetapan harga air mentah yang dicadangkan, air mentah akan dibahagikan kepada empat gred iaitu gred satu hingga gred empat, dengan gred satu dijual pada ‘harga mahal’ kerana kos rawatannya akan lebih murah berbanding gred lain, katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri ketika ini menjual air mentah kepada operator rawatan air pada harga yang sama tanpa mengambil kira gred atau kualiti air berkenaan.
“Kita cadangkan mekanisme ini supaya kerajaan negeri mendapat hasil yang banyak, lebih-lebih lagi jika sumber air dijaga dengan baik,” katanya dalam sidang media selepas sambutan ulang tahun pertama Kasa, di sini hari ini.
Tuan Ibrahim berkata cadangan sistem penggredan itu bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri malah mahu memastikan kerajaan negeri menjaga kelestarian alam sekitar kerana air bersih adalah terhasil daripada pemeliharaan hutan.
Menurut Tuan Ibrahim, hasil lawatan beliau dan perbincangan dengan beberapa kerajaan negeri seperti Kedah, Pahang, Johor dan Kelantan mengenai sistem gred air mentah itu mendapat maklum balas positif.
Ketua Setiausaha Kasa Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang yang turut hadir dalam sidang media itu memberi jaminan tarif air tidak akan naik dengan pelaksanaan sistem penggredan sumber air mentah itu.
“Apabila kualiti air mentah lebih baik, syarikat operator air dapat mengurangkan kos operasi lain termasuk pengurangan penggunaan bahan kimia dan tenaga elektrik serta pengoperasian loji yang lebih kecil,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Zaini berkata Kasa akan menubuhkan Jabatan Air Negara yang merupakan gabungan tiga jabatan iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran, Bahagian Bekalan Air dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
“Ini antara usaha Kasa untuk mengintegrasikan sektor air dan alam sekitar negara, yang kini dalam proses akhir,” katanya.
Zaini berkata Kasa akan menubuhkan Suruhanjaya Alam Sekitar pada hujung tahun ini bagi memacu usaha pelestarian alam sekitar melalui kawal selia perundangan dan autonomi dalam penjanaan pendapatan, selain memudahkan penyelarasan antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pihak swasta. — Bernama
MR : TITM kerja kemas, tak banyak cakap...



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/sistem-gred-air-mentah-mampu-tingkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Akan Perkenal Sistem Gred Air Nasional

Kementerian Akan Perkenal Sistem Gred Air Nasional

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 221 hits
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mekanisme penggredan air membolehkan kerajaan negeri yang menjaga alam sekitar mendapat hasil daripada penjualan air bersih KANGAR Kementerian Alam Sekitar dan Air akan memperkenalk...
Reformasi Sistem Mampu Henti Drama Lompat Parti

Reformasi Sistem Mampu Henti Drama Lompat Parti

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 241 hits
SAYA tertarik membaca laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini bertajuk Drama Lompat Parti Berulang Menurut laporan ini sekurang kurangnya sembilan orang wakil rakyat pembangkang berbuat demikian selepas kali terakhir drama lompat parti ...
Terkini Kerajaan Benarkan Rentas Negeri

Terkini Kerajaan Benarkan Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 283 hits
March 9 2021 Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik melibatkan negeri negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula esok Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berpan...
Terkini Menteri Air Suam Beri Bayangan 18 Mac Boleh Rentas Negeri

Terkini Menteri Air Suam Beri Bayangan 18 Mac Boleh Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 220 hits
March 6 2021Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata larangan rentas negeri mungkin dibatalkan seawal 18 Mac jika jumlah kes Covid 19 dapat dikurangkan ke tahap mampu diuruskan Beliau berkata kementeriannya akan membuat cadangan kepada keraj...
Kerajaan Akan Benarkan Rentas Negeri Selepas Rakyat Divaksin Pada Tahap Tertentu

Kerajaan Akan Benarkan Rentas Negeri Selepas Rakyat Divaksin Pada Tahap Tertentu

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 232 hits
Pagi tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan amanat secara langsung di RTM dan menyatakan kebenaran merentas negeri dan pembukaan semula sempadan akan diberikan sebaik sahaja tahap imunisasi berjaya mencapai tahap y...
Kerajaan Tebuk Atap Tg Hj Abdul Hadi Yakin Rakyat Mampu Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

Kerajaan Tebuk Atap Tg Hj Abdul Hadi Yakin Rakyat Mampu Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 274 hits
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui rekod PN sela...
Baguslah Anak Suka Pantai Air Laut Boleh Kuatkan Sistem Imun Atasi Demam Dan Sinus

Baguslah Anak Suka Pantai Air Laut Boleh Kuatkan Sistem Imun Atasi Demam Dan Sinus

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 344 hits
Mesti ada di antara anda yang gemar untuk pergi ke pantai dan mandi laut Selain dapat meningkatkan emosi menjadi lebih tenang dan gembira dengan melihat pantai khasiat air laut dikatakan dapat memberikan beberapa manfaat kesihatan Khasiat a...
Projektambaklaut Kerajaan Negeri Pulau Pinang Lulus Sagu Hati Rm500 Untuk Nelayan

Projektambaklaut Kerajaan Negeri Pulau Pinang Lulus Sagu Hati Rm500 Untuk Nelayan

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 367 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan pembayaran pertama berjumlah RM500 sebagai sagu hati kepada nelayan di bawah pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang Timbalan Ketua Menteri I Dat...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat