Sisi Positif Pentadbiran Trump


Oleh : Anasz*

1. Ramai dikalangan kita yang cukup benci dengan Donald Trump ekoran dasar luarnya yang pro-Israel, anti Imigran selain dikatakan anti Islam. Aku rasa tak perlulah aku panjangkan lagi wacana sedemikian, sebab pastinya sudah banyak buku, laman web serta blog yang membicarakan perihal berkenaan.

2. Untuk kali ini aku nak bawakan sisi lain, yang barangkali kita terlepas pandang yang ada pada Trump yang jarang sekali dilihat dan dinilai.  Maka dari sini, korang akan dapat menilai, mengapa Trump dilihat pemimpin "favourite" Amerika dikalangan pemerintah Timur Tengah. 

3. Walaupun Trump dilihat sebagai seorang yang amat pro-Israel dengan mengeluarkan arahan eksekutif pemindahan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Jerusalem, sekaligus mengakui kedaulatan Israel ke atas Baitulmaqdis, tetapi bagaimana pula dengan Obama yang terus mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat yang berdiri di atas tanah rakyat Palestin? Malah kita mengetahui bahawa, Obama juga terus menganggap Israel sebagai rakan rapat Amerika Syarikat. Jadi amatlah pelik tatkala kita marah dengan Trump gara-gara isu kedutaan Amerika Syrikat berpindah ke Baitulmaqdis, namun dalam masa yang sama berbangga dengan Obama yang terus menerus mengiktiraf Israel.

4. Pentadbiran U.S tatkala era pentadbiran Obama menggunakan pendekatan Liberalisme dalam membentuk dasar luar Amerika Syarikat, yang menyebabkan Obama banyak memberikan dana kepada kumpulan-kumpulan pembangkang di negara-negara tertentu atas jenama gerakan demokrasi dan liberalisme manakala Trump pula lebih kepada Realist. Dimana Trump menghadkan pergerakkan promosi demokrasi selain tidak suka masuk campur dalam hal-hal urusan negara asing (yang tidak membawa kepentingan kepada negaranya). Yang mana ciri tidak masuk campur urusan negara lain ini amat disenangi oleh mana-mana pemerintah di dunia ini.

5. Trump digemari oleh pemimpin Arab ekoran sikap antinya dengan Iran. Negara Arab menghadapi ancaman keselamatan yang serius oleh Iran ekoran sikap pentadbiran sebelum ini (Obama) yang lebih gemar bermain wayang tatkala berhadapan dengan isu Iran. Obama cuba menggunakan jalan diplomasi dan tawar menawar terutama sekali dalam isu pembanggunan nuklear Iran, yang mana ianya ditentang oleh negara-negara Arab, yang melihat kelompangan dalam perjanjian berkenaan. Maka sejurus Trump mengambil alih jawatan Presiden Amerika, Trump telah membuat keputusan bahawa Amerika Syarikat menarik diri dalam perjanjian P5+1. (Rujuk : https://m.jpost.com/Middle-East/Iran-News/WATCH-LIVE-US-President-Trump-announces-decision-on-Iran-deal-554775/amp)

6. Tindakan Trump yang membawa keluar Amerika dari perjanjian berkenaan disambut baik oleh pentadbiran negara Arab terutama sekali yang mempunyai hubungan dingin dengan Iran. Ekoran dasar luar Iran yang dilihat sebagai ancaman kepada kestabilan di rantau berkenaan. (Rujuk : https://www.reuters.com/article/us-iran-nuclear-gulf/saudi-arabia-says-backs-u-s-decision-to-withdraw-from-iran-nuclear-deal-idUSKBN1I92SH)

5. Ini berdasarkan kenyataan Trump ketika mengumumkan lawatan pertamanya keluar negara sejak memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, yang menyatakan bahawa fokus utama Amerika Syarikat pada hari ini bukan lagi bertujuan mengajar bagaimana cara untuk hidup, sekaligus Trump menyelisihi jalan yang diikuti oleh bekas Presiden Obama, yang gemar masuk campur urusan dalaman negara lain atas nama demokrasi. (Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=qHEPxt6Wl3A) 

6. Perlu diingatkan bahawa, era Obama memerintah, berlaku campurtangan yang ketara dalam hal ehwal dalaman negara-negara asing terutama sekali di Timur Tengah atas nama hak asasi manusia dan demokrasi. Malah, Arab Spring yang berlaku di rantau berkenaan juga adalah hasil dari dasar luar Obama yang cuba menyemai benih demokrasi liberal Amerika di rantau berkenaan.

7. Antara contoh yang boleh kita lihat adalah apa yang terjadi di Libya. Libya yang suatu ketika dahulu merupakan negara yang kaya dan aman, menjadi negara pariah tatkala Arab Spring melanda. Walaupun Gaddafi sudah mati dibunuh, namun apakah Libya hari ini kembali aman di era pemerintahan Gaddafi? 

8. Malah, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hilary Clinton tatkala diwawancara oleh wartawan PBS mengakui beliau terlibat dalam menggerakkan tenaga untuk menjatuhkan Gaddafi. (Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=5l9-wxnCnu4)

9. Dalam satu rakaman lain, Hilary dalam nada melawak, tatkala memberikan respon mengenai isu Gaddafi dengan menyatakan : "We came, we saw, he died" (Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=mlz3-OzcExI)

10. Bayangkan sekiranya Obama tidak mengamalkan dasar luar liberal Amerika Syarikat dengan menaja kumpulan pemberontak di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, mungkin kita tidak akan mengenali dan mengetahui terma Arab Spring. Barangkali juga kita tidak akan mendengar sebarang cerita mengenai pelarian Syria ke negara-negara jiran, malah rakyat sunni Syria tidak akan diseksa dengan lebih kuat oleh pemerintahnya. Dan masalah Daesh tidak akan sekritikal yang terjadi pada hari ini.

11. Lalu bagaimana pula dengan pentadbiran Trump? Setakat hari ini yang kita ketahui, Trump tidak membunuh pemimpin negara lain hatta Bashar Al-Assad sekalipun. Adapun tindakan Amerika Syarikat yang membunuh Qasem Soleimani, maka ianya satu tindakan yang wajib dipuji oleh kita ekoran beliau merupakan ketua organisasi pengganas yang banyak membuat onar di serata dunia dan menyebabkan ramai umat Islam terkesan dengan fitnahnya. Untuk bacaan lanjut sila rujuk artikel yang berikut di link yang diberikan : http://www.penaminang.com/2020/01/matinya-seorang-yang-celaka-qassem.html

12. Mengapa aku katakan tindakan Trump membunuh Qasem sebagai tindakan yang patut diberikan kredit, bagi pendapat aku, jika tindakan membunuh seorang pelaku ini dapat menyelamatkan nyawa jutaan manusia yang lain, maka mengapa kita tidak utamakan nyawa jutaan orang yang lain?

13. Ketika pentadbiran Obama, bekas Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat itu dilihat sebagai seorang yang amat menerima imigran asing. Namun pada hakikat sebenar, Obama turut menghalau warga asing ke negara asal mereka. Malah laporan dari WSJ menyatakan bahawa, rekod pentadbiran Obama dalam urusan menghalau imigran keluar dari U.S adalah jauh lebih tinggi daripada pentadbiran Trump. (Baca : https://www.wsj.com/articles/why-trump-has-deported-fewer-immigrants-than-obama-11564824601)

14. Jika ada pihak yang mengkritik Trump tidak membenarkan umat Islam memasuki negaranya. Maka kita seharusnya berfikir dan bertanya kembali kepada umat Islam. Apa keperluan kalian untuk memasuki negara berkenaan? Sudah tidak ada negara Islam lainkah untuk kalian menuntut ilmu, mencari rezeki dan meminta perlindungan? Trump mempunyai hak menghalang umat Islam untuk memasuki negaranya, kerana dia merupakan pemerintah negara berkenaan. Dan umum mengetahui bahawa negara U.S bukanlah sebuah negara Islam.

15. Berbanding dengan Obama yang kelihatan begitu Pro LGBTQ, dimana tatkala era pentadbiran beliau, kelompok ini diberikan perhatian khusus olehnya, era pentadbiran Trump pula sedikit berbeza. Walaupun tidak menyatakan bahawa dirinya seorang yang anti LGBTQ, namun sepanjang Trump memerintah hingga hari ini, dia dilihat sebagai seorang yang seorang yang tidak begitu pro-LGBT. Malah ramai dikalangan pemimpin Ekstrimis Seksual Songsang LGBTQ ini menyatakan kembimbangan mereka terhadap pemerintahan Trump. (Baca : https://www.theguardian.com/world/2019/sep/03/trump-attack-lgbt-rights-supreme-court & https://transequality.org/the-discrimination-administration)

16. Kesimpulan, sekali lagi aku nak tegaskan dalam penulisan aku ini, aku bukannya penyokong Trump. Trump sama sahaja dengan presiden U.S yang lain. Mereka amat Pro-Israel, namun dalam hal tertentu, bila terjadi dua kemudaratan, maka kita melihat kemudaratan yang lebih ringan. Maka dalam hal ini, aku merasakan Trump adalah kemudaratan yang lebih ringan berbanding Obama.

*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang analisis strategi dan keselamatan dari UKM.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaminang.com/2020/01/sisi-positif-pentadbiran-trump.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Ilmuwan Soal Sisi Lain Coworking Space Yang Jadi Tren Ternyata Nggak Selamanya Positif Lo

Kata Ilmuwan Soal Sisi Lain Coworking Space Yang Jadi Tren Ternyata Nggak Selamanya Positif Lo

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 185 hits
Kata ilmuwan dari Tokyo Denki University open office dan coworking space itu berisik dan bikin nggak konsentrasi Nah lho apalagi ya kata ilmuwan
Iran Tawar Rm328 Juta Syarat Bunuh Donald Trump

Iran Tawar Rm328 Juta Syarat Bunuh Donald Trump

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 477 hits
Iran menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang berjaya membawa kepala Presiden Amerika Syarikat Donald Trump susulan insiden serangan yang mengorbankan komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran Leftenan Jeneral Qassem Soleimani pada...
Krisis As Iran Iran Tawar As 80 Juta Untuk Kepala Trump

Krisis As Iran Iran Tawar As 80 Juta Untuk Kepala Trump

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 422 hits
TEHERAN Iran menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang berjaya membawa kepala Presiden Amerika Syarikat Donald Trump susulan insiden serangan yang mengorbankan komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran Leftenan Jeneral Qassem Soleim...
Is Trump Taking Us Into A New Gulf War

Is Trump Taking Us Into A New Gulf War

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 143 hits
The U S President has long said he d pull American troops out of what he called the endless wars in the Middle East But there are fears Donald Trump may have just laid the groundwork for a new conflict He ordered the assassination of Qassem...
Donald Trump Pertahan Arahan Bunuh Komander Tertinggi Tentera Elit Iran Alasan Hentikan Peperangan

Donald Trump Pertahan Arahan Bunuh Komander Tertinggi Tentera Elit Iran Alasan Hentikan Peperangan

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 493 hits
Ramai sudah tahu kematian komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani adalah atas arahan presiden Amerika Syarikat sendiri iaitu Donald Trump Jadi apa alasan Trump lakukan arahan sebegini Sebagai tindak balas Trump telah memberi al...
Kepala Donald Trump Dihargai Usd 80 Juta

Kepala Donald Trump Dihargai Usd 80 Juta

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 413 hits
Dalam pidato eulogi prosesi pemakaman Jenderal Qassim Sulaimani seorang tokoh menyebut kepala Donald Trump dihargai USD 80 juta atau sekitar Rp 1 1 triliun
Diarah Bunuh Oleh Donald Trump Siapa Sebenarnya Qassem Soleimani

Diarah Bunuh Oleh Donald Trump Siapa Sebenarnya Qassem Soleimani

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 562 hits
Tragedi pembunuhan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran iaitu Mejar Jeneral Qassim Suleimani beberapa hari lalu yang diarahkan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mencetuskan ketegangan di antara ...
Trump Beri Amaran Iraq Bakal Berdepan Sekatan Jika Usir Tentera As

Trump Beri Amaran Iraq Bakal Berdepan Sekatan Jika Usir Tentera As

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 254 hits
WASHINGTON 6 Jan Jika kerajaan Iraq memaksa tentera Amerika Syarikat keluar dari negara itu Baghdad bakal berdepan sekatan yang belum pernah mereka saksikan selama ini lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Presiden Donald Trum...
Facebook Exec Says It Helped Put Trump In White House

Facebook Exec Says It Helped Put Trump In White House

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 209 hits
Facebook executive Andrew Bosworth said that since Facebook has the same ad policies in place as it did in 2016 the outcome of the 2020 US election could be the same as it was four years ago AFP Photo LAS VEGAS A senior Facebook executive o...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kumpul Lebih 1 000 Koleksi Nusantara Dan Melayu

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord