Diarah Bunuh Oleh Donald Trump Siapa Sebenarnya Qassem Soleimani


Tragedi pembunuhan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) iaitu Mejar Jeneral Qassim Suleimani beberapa hari lalu yang diarahkan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua negara nuklear itu.
Menurut laporan media tempatan, Jeneral Qassim Suleimani telah terkorban melalui serangan udara Amerika Syarikat (AS) berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat yang lalu. Oleh itu, kematiannya ditangisi oleh ramai orang melalui ribuan orang yang hadir berkumpul ketika jenazah beliau tiba di Iran semalam.

Siapakah Soleimani ? Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei pernah memanggilnya sebagai “revolusi syahid hidup” di atas jasanya yang terdahulu. Beliau juga merupakan Ketua Pasukan Pengawal Revolusi Quds iaitu sebuah unit elit yang mengendalikan operasi luar negara Iran. Pun begitu, pertubuhan ini disalah anggap sebagai satu organisasi pengganas oleh AS.
Soleimani terkenal dengan kewibawaannya setelah memulakan kerjaya sebagai tentera barisan hadapan dalam perang Iran-Iraq pada awal 1980-an. Menurut Jeneral Mark Hertling, Penganalisis Keselamatan, Perisikan dan Keganasan Kebangsaan, kehidupan Soleimani adalah hanya berkisarkan peperangan.
Dia berada dalam pertempuran sepanjang hidupnya, para askar mencintainya, dia seorang yang tenang, berkarisma, seorang yang genius, strategik dan pengendali yang sangat taktikal.

Menurut The Pentagon, Soleimani dan tenteranya adalah bertanggungjawab ke atas kematian ratusan orang Amerika dan ahli-ahli perkhidmatan gabungan dan mencederakan beribu-ribu lagi. Angka yang banyak itu telah membuktikan bahawa kewibawaan Soleimani sangat mengagumkan.
Beliau juga dikenali sebagai ‘komander bayangan’ Iran yang memimpin Pasukan Quds sejak tahun 1998. Pegawai AS juga percaya bahawa unit yang dikendalikan oleh Soleimani telah menyediakan bom khusus yang boleh menembusi perisai, senjata untuk mematikan serangan terhadap Amerika.
Ancaman kepada Soleimani Berita palsu mengenai kematian Soleimani sudah beberapa kali dihebahkan termasuklah ketika nahas pesawat 2006 yang membunuh pegawai tentera lain di Iran. Pada bulan November 2015 pula, khabar angin menyebarkan bahawa Soleimani telah dibunuh dan cedera parah ketika berperang di sekitar Aleppo Syria.

Menurut laporan terdahulu, pembunuhan Soleimani di Baghdad adalah didakwa untuk menghentikan peperangan seperti yang dikatakan oleh Donald Trump. Dakwa Presiden Amerika Syarikat itu, Soleimani merancang “serangan ganas ke atas diplomat dan anggota tentera Amerika,” namun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.
Sumber: CNN / Al Jazeera
The post Diarah Bunuh Oleh Donald Trump, Siapa Sebenarnya Qassem Soleimani? appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/06/diarah-bunuh-oleh-donald-trump-siapa-sebenarnya-qassem-soleimani/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Donald Trump Pertahan Arahan Bunuh Komander Tertinggi Tentera Elit Iran Alasan Hentikan Peperangan

Donald Trump Pertahan Arahan Bunuh Komander Tertinggi Tentera Elit Iran Alasan Hentikan Peperangan

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 633 hits
Ramai sudah tahu kematian komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani adalah atas arahan presiden Amerika Syarikat sendiri iaitu Donald Trump Jadi apa alasan Trump lakukan arahan sebegini Sebagai tindak balas Trump telah memberi al...
Iran Tawar Rm328 Juta Syarat Bunuh Donald Trump

Iran Tawar Rm328 Juta Syarat Bunuh Donald Trump

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 646 hits
Iran menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang berjaya membawa kepala Presiden Amerika Syarikat Donald Trump susulan insiden serangan yang mengorbankan komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran Leftenan Jeneral Qassem Soleimani pada...
Sosok Pemimpin Militer Baru Iran Setelah Kematian Qassem Soleimani

Sosok Pemimpin Militer Baru Iran Setelah Kematian Qassem Soleimani

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 770 hits
Setelah Kematian Qassem Soleimani seminggu yang lalu pempimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei menunjuk Esmail Qaani sebagai pemimpin pasukan elit Quds atau Garda Revolusi Iran Esmail Qaani berusia 63 tahun lahir 8 Agustus 1957 di kot...
Perjalanan Karier Pengganas Qassem Soleimani Pembunuh Ahli Sunnah

Perjalanan Karier Pengganas Qassem Soleimani Pembunuh Ahli Sunnah

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 709 hits
Oleh Anasz 1970an Menyertai pasukan pengawal revolusi Syiah yang baru ditubuhkan pada April 1979 setelah Kerajaan Shah Iran ditumbangkan oleh Khomeini Selepas beliau menyelesaikan latihan asas Beliau diantik menjadi jurulatih bagi rekrut ba...
Matinya Seorang Yang Celaka Qassem Soleimani

Matinya Seorang Yang Celaka Qassem Soleimani

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 842 hits
Oleh Anasz 1 Ramai yang memberikan pandangan dan komentar berkenaan kematian figura utama Tentera Revolusi Iran Syiah Qassem Soleimani Dan kebanyakkan daripada mereka ini nampaknya sedikit jahil dalam mengenali apakah latar belakang organis...
Kepala Donald Trump Dihargai Usd 80 Juta

Kepala Donald Trump Dihargai Usd 80 Juta

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 585 hits
Dalam pidato eulogi prosesi pemakaman Jenderal Qassim Sulaimani seorang tokoh menyebut kepala Donald Trump dihargai USD 80 juta atau sekitar Rp 1 1 triliun
Sepak Terjang Donald Trump Hingga Dimakzulkan Dpr As Di 2019

Sepak Terjang Donald Trump Hingga Dimakzulkan Dpr As Di 2019

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 365 hits
Donald Trump menjadi presiden ketiga Amerika Serikat dalam sejarah yang dimakzulkan DPR pada 19 Desember lalu Pemakzulan ini akan berlanjut ke persidangan di Senat yang akan memutuskan apakah dia akan tetap menjabat atau lengser
Pas Kecam Serangan Ke Atas Jeneral Qassem Soleimani

Pas Kecam Serangan Ke Atas Jeneral Qassem Soleimani

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 493 hits
PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al Marhum Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat di Baghdad pagi ini PAS melahirkan rasa kesal terhadap insiden keganasan antarabangsa...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Media Sosial Yang Paling Penting Di Tahun 2026

Sikap Terbaik Saat Difitnah Antara Sabar Membela Diri Dan Memaafkan

Hang B Lee

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah