Sirul Mengaku Tembak Letupkan Altantuya Kata Polis


Polis berkata, Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, menyimpan jaket dan barang kemas wanita itu di rumahnya. SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi diberitahu lelaki yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu membuat pengakuan kepada seorang anggota polis yang dia menembak wanita itu dan menunjukkan lokasi mayatnya diletupkan kira-kira 15 tahun lalu.
Zulkarnain Samsudin ketika memberi keterangan dalam saman sivil difailkan keluarga Altantuya, berkata Sirul Azhar Umar julung kali mendedahkan lokasi mayat mangsa diletupkan, ketika dia diiringi ke lokasi pembunuhan di Puncak Alam pada 11 Nov 2006.
Katanya, ketika disoal siasat, Sirul juga memberitahu dia akan menunjukkan barang kemas wanita itu yang disimpan di rumahnya di Kota Damansara.
Saksi itu berkata, beberapa hari sebelum itu, Sirul mendedahkan beberapa maklumat mengenai pembunuhan itu di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di depan pegawai Koh Fei Cheow.
“Saya memberi amaran kepadanya sebelum dia menawarkan maklumat itu. Kemudian, saya membuat laporan polis,” katanya dalam pernyataan saksi yang dibacakan di mahkamah hari ini.
Zulkarnain, yang kini bertugas di unit risikan dan operasi di Bukit Aman, berkata beliau menemani Sirul ke lokasi jenayah pada 11 Nov.
Katanya, ada beberapa anggota polis dan seorang lagi suspek, Azilah Hadri di lokasi tersebut.
Zulkarnain memberitahu mahkamah, Sirul menunjukkan tempat berhampiran semak dan berkata: “Itulah tempat wanita itu dibom.”
Saksi itu berkata, ketika berada di rumahnya di Kota Damansara, Sirul membuka sebuah almari dan menunjukkan jaket hitam sebelum mengeluarkan jam tangan, sebentuk cincin emas dan sepasang anting-anting dari pakaian itu.
“Saya menyimpan barang berharga dalam jaket ini,” katanya merujuk barang kepunyaan Altantuya.
Saksi itu, yang memberi keterangan bagi keluarga itu, berkata beliau diminta membantu pasukan penyiasatan membuat tangkapan, merampas bukti dan mengambil keterangan suspek.
Zulkarnain sudah memberi keterangan dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya, tetapi bukti yang diberikan hari ini dibantah peguam bela.
Bapa Altantuya, Setev, isterinya, Altantsetseg Sanjaa serta anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal, menamakan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, kerajaan, Sirul dan Azilah sebagai defendan dalam saman itu.
Keluarga itu, yang mendakwa wujud konspirasi dalam pembunuhan Altantuya, menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk tuntutan tanggungan.
Sirul dan Azilah disabitkan bersalah pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Altantuya, yang digambarkan sebagai jurubahasa.
Mereka berjaya membatalkan sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengembalikan sabitan itu dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.
Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan akhir diumumkan.
Razak, yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu, dibebaskan pada akhir kes pendakwaan. Mahkamah memutuskan tuduhan terhadapnya tidak terbukti dan pihak kerajaan tidak mengemukakan rayuan, tindakan yang mengundang kecaman orang ramai.
Sirul, yang ditahan di sebuah pusat tahanan Australia, atau Azilah, yang sedang menjalani hukuman mati di Penjara Kajang, tidak mencabar saman itu.
Perbicaraan di depan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera bersambung.
The post Sirul mengaku tembak, letupkan Altantuya, kata polis appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/11/sirul-mengaku-tembak-letupkan-altantuya-kata-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Anggota Polis Mengaku Bersalah Terima Suapan Rm3 900 Dari Pemilik Pusat Urut

Bekas Anggota Polis Mengaku Bersalah Terima Suapan Rm3 900 Dari Pemilik Pusat Urut

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 216 hits
Bekas anggota polis Mohd Shahridhuan Zohir diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke Mahkamah Sesyen 3 bagi menghadapi pertuduhan menerima rasuah di Kompleks Mahkamah Shah Alam Selangor Foto HAZROL ZAINAL SHAH ALAM Seorang ...
Nak Bagi Ayam Percuma Pun Gunalah Otak Kata Netizen Polis Kompaun Pemuda Umno Putrajaya

Nak Bagi Ayam Percuma Pun Gunalah Otak Kata Netizen Polis Kompaun Pemuda Umno Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 338 hits
Pihak polis sudah mengeluarkan kompaun kepada penganjur program pengedaran ayam beku percuma secara pandu lalu kerana menganjurkan program itu tanpa kelulusan pihak berkuasa Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali be...
Petugas Bersenjata Ada Saat Tewasnya Laskar Fpi Ini Kata Komnas Ham

Petugas Bersenjata Ada Saat Tewasnya Laskar Fpi Ini Kata Komnas Ham

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 196 hits
Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Republik Indonesia mengungkap adanya sejumlah pria yang membawa senjata laras panjang di sekitar ruas Jalan Tol Jakarta Cikampek Sejumlah orang yang membawa senjata laras panjang tersebut menjadi sorotan da...
Malaysia Negara Anj Ng Sweet Qismina Terkejut Diserang Bertubi Tubi Netizen Negara Jiran Dengan Kata Kata Kesat

Malaysia Negara Anj Ng Sweet Qismina Terkejut Diserang Bertubi Tubi Netizen Negara Jiran Dengan Kata Kata Kesat

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 410 hits
loading Aktres comel Sweet Qismina baru baru ini telah memuat naik satu paparan tangkap layar yang memperlihatkan komen komen negatif dari netizen yang berbentuk hinaan terhadap Malaysia di ruangan komen miliknya
Tiada Bukti Rosmah Minta Terima Rasuah Kata Pembelaan

Tiada Bukti Rosmah Minta Terima Rasuah Kata Pembelaan

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 393 hits
Rosmah Mansor tidak meminta dan menerima rasuah secara peribadi daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin seterusnya wajar dibebaskan kerana pendakwa gagal membuktikan kes terhadap isteri bekas perdana menteri Naj...
Pas Masih Kekal Bersama Muafakat Nasional Kata Dr Asyraf

Pas Masih Kekal Bersama Muafakat Nasional Kata Dr Asyraf

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal dakwaan kononnya Pas telah membatalkan kerjasama dengan UMNO serta Piagam Muafakat Nasional Dalam hantaran di laman Facebook Asyraf berkata dakwaan tersebut a...
Ph Gagal Tunjuk Kesungguhan Banteras Rasuah Kata Anwar

Ph Gagal Tunjuk Kesungguhan Banteras Rasuah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 266 hits
Gabungan besar tidak bermakna selagi pemimpin kerajaan terus mengulangi kerosakan yang lalu kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Katanya kerajaan PH sebelum ini gagal menunjukkan kepada rakyat kesungguhan mereka untuk membanteras ra...
Ot 95 Kah Yang Kata Kepada Indonesia

Ot 95 Kah Yang Kata Kepada Indonesia

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 203 hits
MAN TOBAMahathir diminta kompomkan adakah kata kata hinaan ke atas negara Indonesia ini dia yang cakap or fitnah Gais nih saka karala tua tu ada cakap tak
Umno Patut Terbuka Jalin Kerjasama Dengan Sesiapa Asalkan Perjuangan Tak Tersasar Kata Puad

Umno Patut Terbuka Jalin Kerjasama Dengan Sesiapa Asalkan Perjuangan Tak Tersasar Kata Puad

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 236 hits
freemalaysiatoday com December 30 2020 9 00 AMPuad Zarkashi PETALING JAYA UMNO harus terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa asalkan tidak tersasar daripada perjuangan mempertahankan Perlembagaan Negara dan kontrak sosial kata Ahli Majlis ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord