Siri Samsung Galaxy S20 Rekaan Skrin Yang Baik Untuk Pemain Permua


Kebelakangan ini, permainan mudah alih (permua) sedang mendapat sambutan yang hangat, terutamanya oleh generasi muda. Jika dahulu, para pemain permua memerlukan peranti yang besar untuk bermain, kini hampir kesemuanya bersaiz kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Telefon pintar adalah antara peranti yang mengalami evolusi dari segi rekaannya yang mana ia kini telah menyertakan pelbagai fungsi bagi membolehkan pengguna untuk bermain permua.

Samsung adalah antara syarikat pengeluar peranti pintar yang memasarkan pelbagai model untuk kegunaan permua. Antara telefon pintar terkini adalah siri Samsung Galaxy S20. Telefon pintar ini terkenal dengan fungsi kameranya yang dapat membuat rakaman zum sehingga 100x. Namun, bukan sekadar kameranya sahaja, malah rekaan yang dibawanya adalah sesuai untuk digunakan oleh para pemain permua.
Kita mulakan dahulu dengan rekaan skrinnya yang dilengkapi oleh paparan Infinity-O. Melalui rekaan ini, ia membolehkan anda untuk menikmati paparan yang lebih luas memandangkan tiada takuk diatas seperti rekaan tahun-tahun lalu. Sebaliknya, hanyalah lubang kecil di bahagian tengah atas skrin peranti yang menempatkan kamera hadapan dengan sensor 10MP untuk peranti ini . Bezelnya yang hampir tidak kelihatan juga memberi peluang kepada anda untuk menikmati paparan yang lebih luas.

Selain itu, skrin untuk siri Samsung Galaxy S20 ini juga dibina dengan rekaan Dynamic AMOLED 2X. Dengan binaan skrin ini pada peranti, ia membuatkan skrin anda menjadi lebih sensitif terhadap sentuhan sekaligus mengurangkan kesan kadar pendam (latency) apabila bermain permua. Malah, kadar segar semulanya yang setinggi 120Hz juga dapat memberi anda keselesaan dalam membuat tatalan skrin dan mendapatkan pengalaman peralihan skrin yang lebih lancar. Ini menjadikan respon sentuhan pada skrin menjadi lebih reaktif dan membantu anda untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih baik.
Bagi anda yang sering bermain permua dalam tempoh masa yang lama, ia sedikit sebanyak dapat mengganggu penglihatan anda kerana peratusan Blue Light yang tinggi pada skrin. Namun, ia berbeza bagi siri Galaxy S20 ini kerana peratusan Blue Lightnya dikurangkan sebanyak 18%. Walaupun peratusannya dikurangkan, anda tidak perlu risau kerana kualiti paparannya tidak akan terjejas.

Sekiranya anda menggunakan siri Galaxy S20 ini untuk bermain permua, ia akan menjamin kelancaran sepanjang permainan anda. Melaluinya, anda dapat bermain permua dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan seterusnya memberikan pengalaman permainan yang lebih mendalam sekaligus dapat meningkatkan lagi prestasi permainan.
Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini juga hadir dengan tujuh pilihan kerangka yang terdiri daripada 3 kerangka pintar dan 4 kerangka daripada material yang berbeza. Kita mulakan dengan kerangka pintar pertama, iaitu Smart LED View Cover. Kerangka ini mempunyai rekaan yang melindungi peranti secara menyeluruh, di bahagian hadapan dan juga belakang. Ia membolehkan anda menetapkan ikon tertentu untuk terpapar pada kerangka apabila anda menerima panggilan.

Manakala bagi Smart LED Cover pula, ia mempunyai fungsi yang hampir sama seperti LED View Cover. Apa yang membezakannya adalah kerangka ini hanya melindungi bahagian belakang peranti sahaja. Seterusnya adalah Smart Clear View Cover, yang turut hadir dengan rekaan perlindungan peranti secara menyeluruh. Kerangka ini membolehkan anda untuk menjawab panggilan atau melihat pelbagai notifikasi tanpa perlu membuka pelindung hadapannya.
Empat kerangka seterusnya pula berbeza dari segi material yang digunakan dan fungsinya. Material tersebut adalah polikarbonat, kulit, silikon dan KVADRAT iaitu kerangka dengan material kain yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula. Namun, kerangka dengan material polikarbonat bukan sahaja boleh diposisikan pada sudut 45 dan 60 darjah, malah dalam ujian jatuhan peranti daripada US Military (MIL-STD-810G-516.7), peranti ini dikatakan dapat memberi perlindungan yang cukup tahan lasak. Kesemua kerangka ini dijual pada harga bermula RM99 hingga RM229.
Jadi, sekiranya anda seorang pemain permua atau sedang mencari telefon pintar yang sesuai untuk kegunaan harian, penggambaran yang cantik dan ingin mendapatkan pengalaman permainan permua yang lancar, siri Galaxy S20 adalah jawapannya. Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini sudahpun dipasarkan di Malaysia pada harga bermula RM3,599 dan boleh dapatkannya melalui laman rasmi Samsung atau pengedar-pengedar rasmi mereka.
Beli: Siri Galaxy S20 Melalui Laman Rasmi Samsung
Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/03/siri-samsung-galaxy-s20-rekaan-skrin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siri Samsung Galaxy S20 Sudah Mula Ditawarkan Oleh Pelbagai Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia

Siri Samsung Galaxy S20 Sudah Mula Ditawarkan Oleh Pelbagai Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 394 hits
Selepas pelancaran siri Samsung Galaxy S20 untuk pasaran Malaysia pelbagai syarikat syarikat telekomunikasi juga turut menawarkan siri Galaxy S20 ini melalui pelan mereka Hal ini adalah kerana telefon pintar ini sendiri mempunyai ciri dan f...
Siri Samsung Galaxy S20 Ketahanan Bateri Sepanjang Hari Bersama Sokongan Perkongsian Nirwayar Berbalik

Siri Samsung Galaxy S20 Ketahanan Bateri Sepanjang Hari Bersama Sokongan Perkongsian Nirwayar Berbalik

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 326 hits
Siri Galaxy S20 merupakan salah satu telefon pintar kelas mercu yang baru dilancarkan oleh Samsung Dibawah siri ini mempunyai 3 model kesemuanya iaitu Samsung Galaxy S20 Galaxy S20 dan juga Galaxy S20 Ultra 5G Untuk pasaran Malaysia telefon...
Samsung Galaxy S20 Edisi Iron Man Ditawarkan Di China

Samsung Galaxy S20 Edisi Iron Man Ditawarkan Di China

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 249 hits
Filem trilogi The Avengers berakhir dengan tewasnya pasukan Thanos tetapi dengan barisan adiwira kehilangan Iron Man Walaupun sudah setahun berlalu watak Iron Man masih lagi antara yang paling popular di kalangan peminat Oleh itu tidaklah m...
Perbandingan Huawei P40 Redmi K30 Pro Dan Samsung Galaxy S20

Perbandingan Huawei P40 Redmi K30 Pro Dan Samsung Galaxy S20

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 294 hits
Huawei P40 turut dilancarkan serentak dengan P40 Pro dan P4o Pro Ia adalah model yang lebih mampu milik dan sekadar dilengkapi sistem tri kamera utama tetapi masih dengan cip Kirin 990 5G Mari bandingkan peranti ini Samsung Galaxy S20 dan d...
Samsung Galaxy S20 Kini Boleh Didapati Pada Harga Rm3299

Samsung Galaxy S20 Kini Boleh Didapati Pada Harga Rm3299

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 248 hits
Samsung Galaxy S20 adalah salah satu telefon mercu daripada Samsung untuk tahun ini Ia hadir dengan skrin 6 7 inci Quad HD Dynamic AMOLED 2X bateri sebesar 4500mAh sokongan empat kamera belakang serta kamera swafoto 10 megapixel Untuk versi...
Imej Samsung Galaxy S20 Edisi Olimpik Tokyo 2020 Tertiris

Imej Samsung Galaxy S20 Edisi Olimpik Tokyo 2020 Tertiris

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 227 hits
Samsung Galaxy S20 adalah peranti mercu Galaxy S tahun ini yang berada di tengah tengah antara S20 dan S20 Ultra Ia tidak kecil dan tidak terlalu besar Ia dijana dengan Snapdragon 865 atau Exynos 990 Ia juga mempunyai skrin yang agak besar ...
Samsung Galaxy S20 Dengan Cip Exynos Dilaporkan Mengalami Masalah Reboot Secara Rawak

Samsung Galaxy S20 Dengan Cip Exynos Dilaporkan Mengalami Masalah Reboot Secara Rawak

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 234 hits
Semalam kami telah melaporkan yang beberapa peranti siri Samsung Galaxy S20 mempunyai masalah sokongan GPS Disebabkan ada yang katakan ia berkait dengan 5G ia terhad kepada Galaxy S20 yang dijana Snapdragon 865 sahaja Terkini ada masalah la...
Kemaskini Membaiki Masalah Fokus Samsung Galaxy S20 S20 Dan S20 Ultra Mula Diberikan

Kemaskini Membaiki Masalah Fokus Samsung Galaxy S20 S20 Dan S20 Ultra Mula Diberikan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 275 hits
Ketiga tiga model Galaxy S20 S20 dan S20 Ultra dilancarkan serentak di Malaysia beberapa minggu yang lalu Ia sebuah peranti yang berkuasa tetapi mempunyai satu masalah di mana sistem auto fokus tidak berfungsi dengan baik dalam beberapa sit...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu