Siri Realme 6 Skrin 90hz Memberikan Pengalaman Tatalan Yang Lebih Lancar


Teknologi telefon pintar kini semakin canggih dari hari ke hari. Pelbagai inovasi dan kreativiti telah ditunjukkan oleh syarikat-syarikat pengeluar peranti, dan antara langkah bijak yang akan menarik perhatian para pengguna adalah dari segi kelancaran dan kadar tindak balas yang baik oleh sesebuah telefon pintar. Salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lancar adalah dengan meningkatkan kadar segar semula pada skrin peranti. Jenama realme baharu sahaja melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka, iaitu realme 6 dan realme 6 Pro. Kedua-duanya dilengkapi dengan fungsi kadar segar semula 90Hz.

Namun tahukah anda mengapa anda harus teruja dengan kehadiran kadar segar semula 90Hz  pada siri realme 6 kali ini? Pertama sekali  adalah kerana ia merupakan telefon pintar kelas pertengahan dengan janaan cip pemprosesan MediaTek Helio G90T pertama yang hadir dengan kadar segar semula 90Hz. Cip pemprosesan ini berasaskan teknologi 12nm dimana ia dikatakan dapat menawarkan pengalaman permainan permua yang lebih lancar untuk peranti kelas pertengahan.
Sebelum saya mengulasnya dengan lebih lanjut tentang bagaimana kadar segar semula 90Hz ini memberi manfaat kepada anda, adalah lebih baik saya huraikan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan kadar segar semula dan fungsinya kepada sesebuah telefon pintar. Kadar segar semula (refresh rate) adalah ukuran untuk mengetahui kemampuan paparan skrin untuk berkelip dalam masa satu saat. Seperti contoh, kadar segar semula 60Hz akan berkelip sebanyak 60 kali dalam masa satu saat. Jadi, telefon pintar yang hadir dengan kadar segar semula lebih tinggi akan memberikan kelancaran yang lebih baik disebabkan kurangnya jurang antara setiap bingkai.

Oleh itu, kehadiran kadar segar semula yang lebih tinggi akan membuatkan telefon pintar anda menjadi lebih responsif dan bertindak balas dengan lebih laju dan lancar. Tambahan pula, realme 6 ini dilengkapi dengan antaramuka realme UI berasaskan Android 10. Ini sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan masalah lengah masa apabila menggunakannya.
Pengalaman permainan yang baik juga bergantung kepada kapasiti memori yang ditawarkan oleh sesebuah telefon pintar. Bagi realme 6 sendiri, ia menawarkan memori sehingga 8GB RAM bersama storan sehingga 128GB. Menurut realme, telefon pintar ini juga menyertakan sokongan kad microSD sehingga 256GB. Oleh itu, anda tidak perlu risau permainan anda terganggu kerana skrin 90Hz bersama kapasiti memori yang besar membantu anda untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih baik.
Jadi, jika anda sedang mencari telefon pintar kelas pertengahan, siri realme 6 adalah antara pilihan yang baik untuk anda. Hal ini adalah kerana kehadiran kadar segar semula 90Hz pada peranti ini akan membantu anda untuk mendapatkan pengalaman tatalan yang lebih lancar dan paparan yang lebih memuaskan.

realme 6 dilengkapi dengan rekaan skrin yang bersaiz 6.5 inci FHD+ dengan panel berasaskan IPS LCD. Ia juga menampilkan panel skrin hadapan dengan bezel yang nipis di mana nisbah skrin ke badannya adalah seluas 90.5%. Melaluinya, anda dapat menikmati paparan yang lebih luas. Malah, kadar segar semula 90Hz pada skrinnya dapat memberi kesan tontonan yang lebih mengasyikkan dan tatalan yang lebih lancar apabila anda menonton video.
Kehadiran skrin 90Hz pada realme 6 ini sangat membantu pengguna untuk mendapatkan paparan lebih tajam dan pewarnaan yang hidup bersama darjah pandangan yang baik. Jadi, apabila anda menonton dan merakam video atau gambar, hasilnya adalah lebih cantik kerana skrin 90Hz akan membantu untuk menghasilkan paparan dengan lebih jelas dan jitu kerana kurangnya jurang antara bingkai yang dipaparkan dalam masa satu saat.

Tetapi, adakah kadar segar semula yang tinggi pada siri realme 6 ini akan memberi kesan kepada penggunaan bateri seperti yang dialami oleh peranti-peranti pintar yang lain? Ini adalah berita baik bagi anda, kerana siri realme 6 ini hadir dengan fungsi yang membolehkan anda untuk menetapkan kadar segar semula yang anda inginkan, samaada pada kadar 60Hz atau 90Hz, bergantung kepada kehendak anda. Malah, anda juga boleh menetapkan “Auto Select” yang mana telefon pintar ini akan beroperasi dan menghasilkan kadar segar semula secara automatik bergantung atas aplikasi yang sedang dijalankan.
Ini sekaligus membantu anda untuk mengurangkan penggunaan bateri peranti. Namun, anda tidaklah perlu risau kerana jika anda menetapkannya pada kadar 90Hz sekalipun, ia tidak menjejaskan penggunaan bateri anda. Hal ini adalah kerana siri realme 6 ini hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4300mAh bersama pengecasan pantas 30W. Berdasarkan pengalaman penggunaan kami, telefon pintar ini mampu bertahan lebih daripada satu hari untuk penggunaan biasa termasuklah menggunakan aplikasi media sosial. Menurut realme juga, pengecasan pantas 30W yang disertakan dalam kotak pembelian mampu untuk mengecas penuh sehingga 100% dalam masa lebih kurang 55 minit sahaja.

Jadi, bagi anda yang sedang mencari telefon pintar mampu milik dan inginkan pengalaman penggunaan yang memuaskan, siri realme 6 adalah antara pilihan yang anda patut pertimbangkan untuk dibeli. Kehadiran kadar segar semula 90Hz pada telefon pintar ini ternyata dapat memberi keselesaan kepada penggunaan harian anda dari segi pengalaman tatalan dan paparan yang lebih memuaskan dan jangka hayat bateri yang dapat bertahan dalam tempoh masa penggunaan seharian.
Telefon pintar realme 6 bagi variasi 8+128GB ini sudahpun mula dipasarkan di Malaysia pada harga RM1199. Manakala bagi telefon pintar realme 6 Pro pula, harganya akan diumumkan kelak pada hari pelancarannya secara rasmi di Malaysia iaitu pada 11 Mei ini. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh layari laman rasmi realme untuk maklumat lanjut atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.
Layari: Laman Rasmi REALME Untuk Maklumat Lanjut
Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/05/siri-realme-6-skrin-90hz-memberikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guardian Malaysia Lancar Siri Thermal Eksklusif Tokidoki Yang Unik

Guardian Malaysia Lancar Siri Thermal Eksklusif Tokidoki Yang Unik

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 447 hits
Hi Korang Berikutan kejayaan Siri Kembara hasil kolaborasi dengan tokidoki jenama gaya hidup antarabangsa yang terkenal dan ikonik pada Oktober lalu Guardian Malaysia hari ini melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki Anna...
Realme X50m 5g Kini Rasmi Snapdragon 756g Skrin 120hz Kamera Utama 48 Megapixel

Realme X50m 5g Kini Rasmi Snapdragon 756g Skrin 120hz Kamera Utama 48 Megapixel

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 224 hits
Realme kini memperluaskan lagi siri Realme X dengan memperkenalkan Realme X50m 5G di China Ia merupakan peranti kelas pertengahan yang menyokong rangkaian 5G dan siri ketiga selepas dan Ia juga didatangkan dengan sejumlah ciri yang menarik ...
Samsung Mempatenkan Galaxy Z Flip Dengan Tri Kamera Dan Skrin Hadapan Lebih Besar

Samsung Mempatenkan Galaxy Z Flip Dengan Tri Kamera Dan Skrin Hadapan Lebih Besar

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 229 hits
Satu kekurangan nyata Samsung Galaxy Z Flip ialah ia sekadar dilengkapi dwi kamera utama dan skrin hadapan yang terlalu kecik untuk memaparkan maklumat penuh Samsung nampaknya mendengar kesemua keluhan yang diberikan dan perubahan mungkin a...
Sehingga Kini Lebih 3 Juta Dijangkiti Covid 19 210 000 Terkorban

Sehingga Kini Lebih 3 Juta Dijangkiti Covid 19 210 000 Terkorban

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 209 hits
Kes Covid 19 seluruh dunia sudah menjangkiti lebih 3 juta orang dan membunuh kira kira 210 000 orang menurut Universiti Johns Hopkins Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dalam satu kenyataan memberitahu terdapat beberapa kebimbangan terhadap k...
Pkp Tak Boleh Hapuskan Covid 19 Sepenuhnya Perlu Bersedia Hadapi Virus Ini Dalam Tempoh Lebih Panjang Kp Kesihatan

Pkp Tak Boleh Hapuskan Covid 19 Sepenuhnya Perlu Bersedia Hadapi Virus Ini Dalam Tempoh Lebih Panjang Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 329 hits
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa masyarakat perlu lebih bersedia melawan virus Covid 19 dalam jangka masa yang lebih panjang Perintah Kawalan Pergerakan tidak boleh menghapuskan Covid 19 se...
Kerajaan Bn Hulur Lebih Rm7 Juta Kepada Pelarian Rohingya

Kerajaan Bn Hulur Lebih Rm7 Juta Kepada Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 259 hits
Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Nilai keseluruhan bantuan dihulurkan kerajaan Barisan Nasional kepada pelarian Rohingya lebih RM7 juta termasuk pembinaan hospital medan di Cox Bazaar bernilai RM3 5 juta dan makanan serta peralatan bernilai ...
Kes Harian Paling Rendah Sejak 12 Mac Lebih 4 000 Sembuh

Kes Harian Paling Rendah Sejak 12 Mac Lebih 4 000 Sembuh

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 204 hits
Malaysia mencatatkan 31 lagi kes Covid 19 iaitu angka harian paling rendah sejak 12 Mac Ini menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan di Malaysia ialah sebanyak 5 851 kes Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut...
Lebih Banyak Hotel Akan Ditutup Kerana Pandemik Covid19

Lebih Banyak Hotel Akan Ditutup Kerana Pandemik Covid19

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 202 hits
GEORGE TOWN More hotels in Penang are expected to cease operations soon in the aftermath of the Covid 19 global pandemic After Jazz Hotel announced yesterday that it is shutting its doors NST has learnt that two more major hospitality estab...
Jokowi Minta Rakyat Lebih Disiplin Soal Corona Agar Juli Hidup Normal Lagi

Jokowi Minta Rakyat Lebih Disiplin Soal Corona Agar Juli Hidup Normal Lagi

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 204 hits
Presiden Joko Widodo meminta percepatan tes dan pelacakan kasus virus Corona Jokowi ingin Indonesia segera normal kembali Bapak Presiden menegaskan berulang kali tentang pentingnya upaya kita untuk melakukan tes masif pada bulan April dan b...
Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku

Perlis Tak Ada Airport Tapi Ada Flight

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Sahabat Ksdd Yang Tercinta