Siri Jelajah Bebaskan Najib Kerja Sia Sia




Malam semalam telah berlangsung siri pembukaan jelajah yang dikatakan untuk memperjuangkan “keadilan” buat bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang.


Jelajah kali pertama diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri kira-kira 400 orang.


Tiga anak Najib iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan Nooryana Najwa berkongsi pentas dalam program yang bertema “Demi Najib, We Stand by You”, tetapi tiada seorang pun pemimpin UMNO yang hadir.


Walaupun program itu disebut bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung “ketidakadilan” yang didakwa diterima Najib dalam perbicaraan kes SRC International, tetapi adalah jelas bahawa matlamat sebenar jelajah tersebut ialah untuk membebaskan bekas Perdana Menteri itu.


Ia berikutan penganjur turut meminta para hadirin menandatangani dua petisyen berasingan iaitu pertama, yang ditujukan kepada Yang di Pertuan Agong untuk memohon pengampunan diraja dan kedua, meminta Perdana, Menteri Anwar Ibrahim membuat rombakan terhadap sistem kehakiman negara yang didakwa sebagai tidak adil.


Kedua-dua petisyen tersebut tidak lain adalah bermatlamat agar Najib dibebaskan dalam waktu terdekat ini, terutamanya petisyen pertama.


Meskipun adalah hak keluarga Najib untuk mengadakan siri jelajah tersebut, waima setiap minggu sekali pun hingga ke seluruh negara, tetapi apa yang dilakukan itu hampir merupakan kerja sia-sia dan buang sama saja.


Secara hukum akal, adalah sukar apa yang diingini boleh membuahkan hasil.


Pertama, dakwaan bahawa Najib tidak diberi keadilan agak subjektif sifatnya kerana beliau telah melalui semua proses keadilan dalam mahkamah – Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan – malah juga melalui semakan kehakiman atas keputusan yang telah dijatuhkan kepadanya.


Daripada semua proses yang dilaluinya itu, keputusan hakim secara keseluruhannya ialah 13-1.


Adakah majoriti sebegitu boleh dianggap tidak adil?


Kedua, berikutan didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International, anak syarikat 1MDB, Najib dikenakan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta.


Beliau mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2023.


Bermakna, Najib ketika ini baru setahun lebih saja menjalani hukuman penjara daripada 12 tahun hukuman yang diterimanya.


Jadi, di mana logiknya untuk mendesak pengampunan diraja diberikan kepadanya?


Setidak-tidaknya atau kebiasannya, perlu menjalani satu pertiga hukuman penjara terlebih dahulu sebelum ada kewajaran permohonan pengampunan dikemukakan.


Mudah kata, sabar dululah!


Ketiga, Najib juga masih ada tiga kes lain yang sedang dihadapinya berkaitan 1MDB.


Tiga kes berkenaan ialah berkaitan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB, pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM27 juta.


Dalam hal ini, bagaimana seseorang yang masih ada kes mahkamah yang belum selesai, malah ada kaitan dengan kes yang telah dijatuhi hukuman, tiba-tiba mahu diberi pengampunan?


Tidakkah ia hanya akan memberi gangguan kepada kes yang belum selesai itu?


Cukup dengan tiga alasan di atas saja, sebarang usaha untuk membebaskan Najib buat ketika ini – apa lagi hanya melalui siri jelajah kecil-kecilan – senang cakap – hampir mustahil hasil yang positif mampu diperolehi. – ShahbudinHusin 29/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/29/siri-jelajah-bebaskan-najib-kerja-sia-sia.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/siri-jelajah-bebaskan-najib-kerja-sia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berpakaian Seksi Elisya Sandha Syukur Ibu Mentua Memahami Dia Faham Kerja Saya

Berpakaian Seksi Elisya Sandha Syukur Ibu Mentua Memahami Dia Faham Kerja Saya

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 229 hits
Pelakon Elisya Sandha mengakui dirinya bersyukur memiliki ibu mentua Sheila Rusly yang juga seorang aktres dan penerbit terkenal kerana sangat memahami dirinya Elisya Sandha syukur ibu mentua memahami Ujar Elisya sepanjang bergelar menantu ...
5 Cara Memulakan Bisnes Bakeri Untuk Kerja Dari Rumah Sambil Buat Duit

5 Cara Memulakan Bisnes Bakeri Untuk Kerja Dari Rumah Sambil Buat Duit

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 297 hits
Salam semua dalam keadaan ekonomi sekarang dan kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat Ini membuatkan ramai di antara kita yang ingin mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan seharian Salah satunya adalah bisnes ...
Iklan Peluang Kerja Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Bagi Ambilan Bulan 10

Iklan Peluang Kerja Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Bagi Ambilan Bulan 10

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 198 hits
Peluang kerja jabatan perancangan bandar kini kembali untuk anda cuba mohon bagi permohonan anda untuk tahun ini Ini peluang keemasan untuk bekerja dibawah sektor kerajaan dan mendapat bermacam macam kelebihan Jabatan Perancangan Bandar dan...
Kerja Part Time Dominos Pizza Untuk 3 Jawatan

Kerja Part Time Dominos Pizza Untuk 3 Jawatan

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 163 hits
Peluang kerja part time dominos pizza untuk bulan Oktober 2023 kini dibuka Bagi mereka yang masih mencari peluang pekerjaan anda boleh mempertimbangkan untuk mengisi kekosongan jawatan ini Jawatan pekerja separuh masa di Domino s Pizza ini ...
10 Tahun Kerja Sama Pmi Banyuwangi Dan Jff Bantu Pengobatan Gratis Puluhan Ribu Mata Warga

10 Tahun Kerja Sama Pmi Banyuwangi Dan Jff Bantu Pengobatan Gratis Puluhan Ribu Mata Warga

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 140 hits
Kerja sama pengobatan mata gratis antara PMI Banyuwangi dan organisasi kemanusiaan John Fawcett Foundation telah berlangsung selama 10 tahun
Sharnaaz Mengamuk Produksi Paksa Kerja Sampai 20 Jam

Sharnaaz Mengamuk Produksi Paksa Kerja Sampai 20 Jam

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 143 hits
Aktor Sharnaaz Ahmad berang tindakan produksi yang masih mengamalkan jadual penggambaran tidak menentu Sehingga pelakon dan kru lunyai akibat bekerja lebih masa Menerusi hantaran dibuat dalam Instagram Stories aktor sensasi itu meluahkan ke...
Bukti Ada Kerja Adik Lelaki Shila Amzah Akhirnya Ke China

Bukti Ada Kerja Adik Lelaki Shila Amzah Akhirnya Ke China

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 130 hits
Selepas reda kontroversi membabitkan ahli keluarga adik lelaki kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq akhirnya berlepas ke China atas urusan kerja pada Sabtu lalu Menerusi satu perkongsian di TikTok Syafiq berkata dia sepatutnya berl...
Kerja Siapa Rosakkan 12 Kubur

Kerja Siapa Rosakkan 12 Kubur

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 108 hits
Erika Georgeam hmetro com myKEADAAN kubur yang dirosakkan di Perkuburan Kristian Sungai Bagiau FOTO Ihsan PolisTatau Sekurang kurangnya 12 kubur di kawasan Perkuburan Kristian Sungai Bagiau di sini digali dan dirosakkan pihak tidak bertangg...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord