Siri Jejak Higgs Boson Di Cern Geneva
Julai yang lalu saya berpeluang untuk mengikuti satu latihan guru antarabangsa di CERN, Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah yang terletak di Geneva, Swizterland. Mencatatkan sejarah sebagai guru pertama dari Malaysia yang terpilih untuk ke program ini, saya bersama 45 orang guru daripada 38 buah negara, kami diperkenalkan dengan bidang Fizik Zarah yang agak asing.
Jejak Higgs Boson di CERN, Geneva
Apatah lagi kemudahan di CERN ini merupakan kemudahan fizik zarah paling canggih di dunia, dengan lebih separuh daripada saintis yang berkaitan dengan fizik zarah bekerja di sini, maka peluang ini merupakan suatu peluang yang sangat saya nantikan.
Maka berikut adalah jurnal harian saya sepanjang 2 minggu berada di sana. Semoga juga jika ada guru Malaysia yang berpeluang ke program ini lagi pada masa akan datang dapat jadikan catatan saya ini sebagai rujukan mereka. Jemput baca!
Terpilih ke High School Teacher 2019 di CERN, Geneva
CERN: Makmal Hebat Penuh Kontroversi
5 Kontroversi Yang Berkait Dengan CERN
Persediaan Sebelum ke Program Guru Antarabangsa di CERN, GenevaBanyak persiapan awal kena buat, especially yang berkaitan dengan kebenaran rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain tu, urusan perjalanan dan penginapan juga diuruskan sendiri pada kali ini. Jom kita tengok apa lagi yang abam sediakan sebelum ke Geneva
Excited plak budak-budak nih cikgu dia dapat pergi Geneva
Hari 01/14 : PerjalananYang nih memang adventure betul travel sorang-sorang dari Paris ke Geneva pakai tren. Masalah bahasa, sangatlah mengganggu. Mujor sampai jugak ke Geneva. Hahahaha.
Hari 02/14 : Guru Pertama Malaysia
Hari 03/14 : Bowling dan PizzaAktiviti sosial kedua bagi merapatkan lagi hubungan antara teammates. So main boling sambil makan pizza. Hehehhe.. Omputih sangat tau feeling dia. Jom tengok teammates saya dari negara mana
Hari 04/14 : Scool Lab
Hari 05/14 : Bina Cloud Chamber
Hari 06/14 : Experiment Compact Muon Solenoid (CMS)
Hari 07/14 : ASEAN Family Day dengan komuniti Malaysia di GenevaRezeki bertemu dengan warga Malaysia yang sangat sangat baik. Walaupun tak kenal saya, tapi diorang layan saya nih macam part of them. Siap ajak saya join diorang bersukan untuk ASEAN Family Day, lawan tarik tali. Hahahaha. Cer teka team Malaysia dapat nombor berapa
Wakil Malaysia untuk acara tarik tali ok! Tak alang-alang. Main kat Geneva ok! Hahaha
Hari 07/14 : Cheese Fondue
Hari 08/14 : Indahnya Annecy, Venice of the AlpsRupanya geng-geng Europe nih hari ahad dia memang cuti sungguh-sungguh cuti. So saya ambik peluang untuk berkunjung ke Annecy yang terletak di Perancis, tapi dekat je dengan Geneva nih. Tapi serius, memang pemandangan dia lawaaaaa sangat
Hari 09/14 : Control Centre
Hari 10/14 : Perimeter Institute
Hari 11/14 : Antimatter Factory
Hari 12/14 : Masa Depan CERN
Hari 13/14 : Majlis PerpisahanHari nih kami last kat CERN. Walaupun hanya dua minggu bersama, tapi terasa ikatan persahabatan, terutamanya dengan beberapa orang guru yang saya baik. Macam Adrian dan Marina daripada Sepanyol, Preeti daripada Sweden, Seljuk daripada Turki, Sang daripada Thailand dan Sara daripada Mesir. INshaAllah ada peluang pasti akan berjumpa lagi! ;(
Bersama teammates daripada Greece, Slovakia, Kuwait dan Australia
Hari 14/14 : Selamat Tinggal Geneva
Pihak sekolah saya, SMK Jerlun juga tidak ketinggalan memberi ruang kepada saya untuk berkongsi pengalaman dan kisah perjalanan saya dari Jerlun ke Geneva bersama guru dan anak murid.
Sebaik saja saya pulang ke Malaysia, saya juga dijemput bagi satu sesi perkongsian pengalaman bersama Astro Awani bagi slot Agenda Awani. Pengalaman yang sangat berharga buat saya.
Agenda Awani : Perkongsian CERN bersama Cikgu Hailmi
Pada penghujung Ogos, kehadiran saya ke UKM juga memberi ruang kepada saya untuk membuat perkongsian bersama adik-adik di Maahad Hamidiah Kajang dengan tajuk "Dari Jerlun ke Geneva" sebagai perkongsian kisah motivasi dan ilmu STEM untuk adik-adik Tingkatan 3 dan 4.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikguhailmi.com/2019/10/siri-jejak-higgs-boson-di-cern-geneva.html