Sirah Sejarah Ringkas Sebelum Kebangkitan
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Rasulullah SAW Contoh Terbaik :Rasulullah SAW contoh pemikiran unggul yang jitu, pandangan yang waras, kecerdikan & kebijaksanaan tersendiri serta ketepatan mencari jalan & sasaran.Tersusun padanya seluruh keistimewaan & kebaikan yang terdapat pada manusia.Sentiasa berpihakkan kebenaran.Baginda menolak segala bentuk khurafat & menghindar diri darinya.Jika ada kebaikan, pasti akan menyertainya. Jika tiada, baginda akan menyusur suasana uzlah.Tidak pernah menjamah khamar & memakan sembelihan berhala.Tidak pernah menyertai perayaan² berhala & eksponya.Sejak awal lagi, benci kepada penyembahan berhala yang karut ini.Takdir Allah SWT memagari Rasulullah SAW dengan inayah jagaanNya.
Kisah Rasulullah SAW ditidurkan :Mengikut riwayat Ibn al-Athir, Sabda Baginda SAW: Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yang dilakukan oleh orang jahiliyyah selain dua kali sahaja. Namun kesemuanya Allah SWT menghalang daku dari meneruskannya. Selepas itu tidak pernah aku idam-idamkan lagi, hinggalah Allah mengurniakan daku dengan risalahNya.Di suatu malam ku telah berkata kepada budak suruhan yang mengembala ternakan bersama ku di pinggir Makkah: "Boleh tak kalau kamu tolong menjaga kambing-kambingku ini, supaya dapat ku masuk ke kota Makkah dan berjaga malam seperti pemuda-pemuda lain." Jawab budak itu, "Ya! kau boleh pergi." Daku pun keluar sehingga apabila aku sampai ke rumah pertama Mekkah, aku pun mendengar alunan alat permainan, ku bertanya orang di situ: “Apa keramaian semua itu?" Jawab mereka, "Itulah keramaian majlis perkahwinan Si Fulan dengan Fulanah." Daku pun duduk mendengarnya, tetapi Allah telah menulikan telingaku dan daku pun terlena. Kepanasan matahari telah mengejutkan ku dari tidur tadi. Bila ku pulang menemui teman ku, dia bertanya apa ceritanya. Aku pun mençerita segala-galanya. Hal yang sama ku cuba di suatu malam yang lain, namun setelah ku sampai ke Kota Makkah hal yang sama terjadi pada ku selepas itu daku tidak pernah mencuba lagi.
Ditidurkan Apabila Aurat Hampir Terdedah :Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah dengan katanya: Ketika pembinaan semula Kaabah, Rasulullah SAW telah turut serta bersama al-Abbas, Kerja mereka jalah mengangkut batu-batu. Al-Abbas berkata kepada Rasulullah SAW: "Sangkutkan kain mu itu ke tengkok supaya dapat menghindar dari terkena batu-batu". Bila Baginda berbuat demikian, Baginda terus pengsan dan jatuh ke tanah. Dua matanya terjengil ke langit. Setelah sedar terus Baginda melaung, “Kain ku! Kain ku!”. Lalu dipakaikan kainnya ke badannya. Dalam satu riwayat lain mengatakan, selepas kejadian itu tidak lagi dilihat aurat Baginda SAW.
Mendapat Gelaran Al-Amin :Diberi gelaran al-Amin kerana mempunyai pekerti & sifat yang disenangi. “Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan, memberi makan kepada tetamu & menolong menegak kebenaran.” – Khadijah menerangkan sifat Baginda SAW.
Sumber : Raheeq Makhtumاللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mohdnoorshawal.com/2020/04/sirah-sejarah-ringkas-sebelum.html