Sinopsis Penuh Siri Wandavision


Assalamualaikum dan salam sejahtera

WandaVision (2021) merupakan sebuah siri TV yang dihasilkan oleh Jac Shaeffer untuk Disney+ iaitu sebuah laman streaming. Siri WandaVision ini adalah berdasarkan watak di dalam Marvel Comics iaitu Wanda Maximoff/ Scarlet Witch dan Vision. 
Siri ini merupakan sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) dan berkongsi plot dan jalan ceritanya dengan filem di dalam franchise tersebut. Siri WandaVision ini jalan ceritanya bermula selepas filem Avengers : Endgame (2019). WandaVision diterbitkan oleh Marvel Studios manakala Schaeffer sebagai ketua penulis dan pengarahnya adalah Matt Shakman. 
WandaVision telah ditayangkan bermula pada 15 Januari 2021 dengan dua episod pertama, dan berakhir dengan episod 9 pada 5 Mac 2021 dan ini merupakan siri pertama untuk Fasa Ke Empat Marvel Cinematic Universe (MCU)

SENARAI PELAKON
Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff / Scarlet WitchPaul Bettany sebagai VisionDebra Jo Rupp sebagai Sharon Davis / Mrs. HartFred Melamed sebagai Todd Davis / Arthur HartKathryn Hahn sebagai Agatha HarknessTeyonah Parris sebagai Monica RambeauRandall Park sebagai Jimmy WooKat Dennings sebagai Darcy LewisEvan Peters sebagai Ralph BohnerJosh Stamberg sebagai Tyler Hayward
BACA JUGA : REVIEW FILEM : AVENGERS ENDGAME , FILEM TERBAIK SEPANJANG MASA?
SINOPSIS SETIAP EPISOD
Episod 1 : Filmed Before a Live Studio Audience Tarikh Tayangan : 15 Januari 2021

Pasangan baru berkahwin, Wanda dan Vision berpindah ke bandar Westview dengan berlatarbelakang zaman 1950-an. Walaupun Vision merupakan android dan Wanda mempunyai kuasa telekinesis dan kuasa mengubah realiti, mereka mencuba untuk sesuaikan diri. Suatu hari, mereka perasan ada tanda berbentuk hati pada kalendar tetapi kedua mereka tidak ingat tanda itu untuk apa. Ketika Vision pergi kerja di Computational Services Inc., Wanda pula memutuskan bahawa tanda tersebut adalah bersempena hari ulang tahun mereka. Kemudian, jiran mereka Agnes datang ke rumah dan memperkenalkan dirinya kepada Wanda dan membantu Wanda dalam persiapan untuk malam tersebut.  
Vision pula di tempat kerja membuatkan rakan kerja terpegun dengan kelajuan kerjanya tetapi tidak pasti tentang apakah sebenarnya kerja yang dilakukan di syarikat tersebut. Kemudian barulah dia diberitahu bahawa tanda hati (heart) itu adalah untuk majlis makan malam di rumah bersama bos Vision iaitu Mr Hart. Wanda dan Vision agak serabut untuk sembunyikan kuasa mereka dan dalam masa yang sama juga menyediakan makan malam dengan tergesa-gesa. Ketika sedang mengajukan soalan pada Wanda dan Vision, Mr. Hart tercekik dengan makanan dan Vision menggunakan kuasanya untuk selamatkan Mr. Hart. Semua kejadian ini berlaku di dalam sitcom WandaVision dimana seseorang sedang menyaksikan melalui televisyen. 
Di dalam episod ini, terdapat iklan yang memaparkan pembakar roti jenama Stark Industries ToastMate 2000. 
Episod 2 : Don't Touch That DialTarikh Tayangan : 15 Januari 2021

Berlatarbelakangkan zaman 1960, Wanda dan Vision mendengar bunyi pelik di luar rumah mereka. Mereka berdua membuat persiapan untuk persembahan bakat untuk kawasan kejiranan mereka. Wanda dan Agnes meluangkan masa bersama dengan ahli jawatan kuasa persembahan tersebut yang diketuai oleh Dottie manakal Vision pula menyertai mesyuarat keselamatan kejiranan. Di mesyuarat tersebut, Vision tidak sengaja telah tertelan gula-gula getah. Wanda pula berkenalan dengan seorang jiran baru bernama Geraldine, dan mula sedar beberapa perkara pelik berlaku, mainan helikopter berwarna merah dan kuning sedangkan di dunia mereka berwarna hitam putih, suara dari radio yang bercakap padanya, dan juga warna darah merah. 
Disebabkan gula-gula getah yang tersekat pada badan Vision, Vision kelihatan bagaikan mabuk dan tidak sengaja pamerkan kuasanya. Wanda menggunakan kuasanya untuk membuatkan semuanya kelihatan seperti magik biasa dan pulihkan Vision dengan membuang gula-gula getah tersebut. Mereka pulang ke rumah dan Wanda secara tiba-tiba telah mengandung. Kemudian, ketika mereka melihat pemelihara lebah muncul dari lubang di tengah jalan, Wanda mengubah realiti kepada sebelum figura itu muncul. Seterusnya, latar belakang dan zaman berubah kepada warna dan berubah kepada zaman 1970-an. 
Sebuah iklan pada episod ini memaparkan iklan jam berjenama Strücker. 
Episod 3 : Now in ColorTarikh Tayangan : 22 Januari 2021

Berlatarbelakang zaman 1970-an, Dr. Nielson mengatakan bahawa Wanda sudah 4 bulan mengandung dan semuany baik-baik sahaja sebelum pulang untuk bercuti bersama isterinya. Ketika Vision menghantar Dr. Nielson keluar dari rumahnya, dia melihat jirannya Herb yang memotong bahagian pagar. Wanda dan Vision mengecat ruangan untuk anak mereka dan berbincang tentang nama yang bakal diberi pada anak mereka sebelum Wanda secara tiba-tiba menjadi mengandung 6 bulan.  Ketika Wanda mula merasa sakit, kuasa yang ada pada Wanda menyebabkan barang-barang di rumah bergerak sendiri dan juga menghentikan kuasa pada seluruh bandar. Geraldine tiba dan membantu Wanda untuk melahirkan kembar Billy dan Tommy. 
Vision kemudiannya terserempak dengan Agnes dan Herb yang sedang berbual di luar. Mereka bercerita tentang Geraldine, yang mana dia baru sahaja datang ke bandar ini dan tidak mempunyai rumah atau keluarga. Di dalam rumah, Wanda menyoal siasat Geraldine selepass dia mendedahkan bahawa dia tahu tentang Ulton yang membunuh kembar Wanda, Pietro. Wanda kemudiannya melihat bahawa Geraldine memakai loket dengan lambang pedang (sword). Apabila Vision kembali, Geraldine telah tiada. Di luar dari kawasan Westview, Geraldine telah dihantar keluar daripada dinding statik dan dikelilingi oleh ejen S.W.O.R.D. 
Sebuah iklan di dalam episod ini memaparkan tentang sabun berjenama Hydra. 
Episod 4 : We Interrupt This ProgramTarikh Tayangan : 29 Januari 2021

Kapten Monica Rambeau, ejen S.W.O.R.D, telah kembali daripada kejadian BLIP, dan menyedari bahawa ibunya telah meninggal kerana kanser. Tiga minggu kemudian, Monica kembali untuk kerja dan telah dihantar pada Pengarah Tyler Hayward untuk membantu ejen FBI Jimmy Woo tentang kehilangan orang di Westview, New Jersey. Mereka kemudiannya menyedari kehadiran static CMBR (Cosmic Microwave Background) telah mengelilingi bandar tersebut dalam bentuk hexagon dan Monica telah diserap masuk ke dalam hexagon tersebut. Dalam masa 24 jam, S.W.O.R.D telah menyediakan kawasan di luar Westview dan menghantar drone dan ejen untuk menyiaat. 
Dr. Darcy Lewis membuat kajian tentang kejadian ini dan menyedari tentang kewujudan signal untuk sitkom WandaVision. Mereka menggunakan maklumat melalui sitkom tersebut untuk melihat apa yang terjadi di dalam bandar tersebut, dan melihat bahawa penduduk asal telah menjadi "pelakon" di dalam sitkom tersebut termasuklah Monica yang menjadi watak Geraldine. Darcy dan Jimmy tidak berjaya dalam menggunakan radio untuk menghubungi Wanda. Apabila Monica menyebut tentang Ultron, Wanda telah mengusirnya keluar dari bandar. Wanda kemudiannya melihat Vision dalam rupa ketika dia mati sebelum kembali dalam rupa sitkom. 
Episode 5 : On a Very Special EpisodeTarikh Tayangan : 5 Februari 2021 

Berlatarbelakangkan zaman 1980-an dan awal 1990-an, Wanda dan Vision bersusah payah untuk menghentikan Billy dan Tommy daripada menangis. Agnes datang dan menawarkan diri untuk membantu, tetapi Vivion mula menyoalkan tentang kelakukan Agnes. Vision dan Wanda kemudiannya terkejut apabila Billy dan Tommy secara tiba-tiba muncul dengan usia 5 tahun. Kemudian, seekor anjing tiba di rumah mereka, dan anak-anak mereka bertanya sama ada boleh atau tidak untuk membela anjing tersebut. Agnes pula mencadangkan anjing tersebut diberi nama Sparky. Wanda juga secara tidak sengaja hampir memperlihatkan kuasanya pada Agnes, menyebabkan Vision risau, dan kemudiannya sekali lagi Billy dan Tommy menaikkan usia mereka kepada 10 tahun. 
Di tempat kerja, Vision membaca satu emel daripada S.W.O.R.D dan ianya memberitahu tentang keadaan sebenar di Westview. Dia kemudiannya menyedarkan seorang penduduk Westview dan sedar bahawa sebenarnya Wanda yang sedang mengawal bandar ini. S.W.O.R.D kemudiannya menghantar drone dari zaman 1980-an ke dalam Westview yang menyebabkan Sparky melarikan diri. Hayward mengarahkan drone tersebut untuk membunuh Wanda, tetapi Wanda muncul dari luar kawasan penghalang dan membawa drone tersebut dan memberi amaran pada Hayward untuk tidak mengganggu dia lagi. Agnes kemudiannya menjumpai Sparky yang telah mati. Vision kemudiannya bertanya pada Wanda tentang perbuatannya, tetapi perbualan mereka diganggu apabila tiba-tiba "Pietro" datang ke rumah. Darcy yang sedang menonton siaran tersebut turut terkejut dan mengatakan bahawa Pietro telah dibawa watak oleh orang lain. 
Sebuah iklan di dalam episod ini memaparkan tentang tisu kertas berjenama Lagos. 
Episod 6 : All-New Halloween Spooktacular!Tarikh Tayangan : 12 Februari 2021

Membawakan latarbelakang zaman hujung 1990-an dan awal 2000, Wanda ingin menyambut perayaan Halloween pertama bersama Tommy dan Billy sebagai keluarga, tetapi Vision menyatakan bahawa dia perlu menjaga kawasan bersama jiran-jirannya yang lain. "Pietro" menawarkan diri untuk menjadi pengganti untuk Vision dan membawa mereka untuk trick-or-eating, menyebabkan kacau bilau dengan kuasa kelajuan yang dia ada dan Tommy juga turut mempunyai kuasa tersebut. Di masa yang sama, Vision pergi ke kawasan lebih jauh dari rumah mereka dan melihat penduduk Westview yang kelihatan kaku termasuklah Agnes. Vision kemudiannya bercakap dengan Agnes yang sebenar. Agnes kemudiannya memberitahu Vision bahawa dia sebenarnya telah mati. 
Diluar kawasan Westview, Hayward mengarahkan Monica, Darcy dan Jimmy untuk meninggalkan kawasan tersebut kerana tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menyerang Wanda. Mereka dihantar keluar tetapi secara senyap, mereka kembali. Mereka menggodam komputer Haywarda dan melihat bahawa Hayward telah menjejak tanda Vibranium pada Vision. Vision mencuba untuk keluar daripada dinding statik, tetapi badannya mula berpecah-pecah. Billy menyedari tentang kejadian ini dan memberitahu Wanda. Wanda mula menggunakan kuasanya untuk meluaskan kawasan hexagon tersebut. Vision, Darcy dan beberapa ejen S.W.O.R.D turut memasuki kawasan hexagon yang telah membesar itu. 
Sebuah iklan di dalam episode ini memaparkan iklan yogurt berjenama Yo-Magic. 
Episod 7 : Breaking the Fourth WallTarikh Tayangan : 19 Februari 2021

Berlatarbelakang pada pertengahan dekad 2000, Wanda memutuskan untuk menghabiskan harinya untuk dirinya sendiri dan Agnes bersetuju untuk menjaga Tommy dan Billy. Wanda kemudiannya melihat beberapa kawasan di dalam rumahnya mula berubah dan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Vision yang sebelum ini telah rebah, mula sedar dan melihat ejen S.W.O.R.D yang berada di dalam bahagian hexagon menjadi ahli sarkas. Dia kemudiannya membebaskan Darcy dan Darcy menceritakan segala-galanya tentang kematian Vision dan bagaimana semuanya berlaku. Di luar kawasan Westview, Monica dan Jimmy berjumpa dengan seorang pegawai S.W.O.R.D dan mendapatkan kenderaan yang dikatakn boleh membawa mereka masuk ke dalam hexagon tersebut. 
Walaubagaimanapun, mereka gagal dan kemudian Monica memutuskan untuk masuk sendiri ke dalam hexagon. Dia berjaya melepasi dinding statik tersebut dan mempunyai kuasa baru. Apabila Monica bertemu dengan Wanda, Agnes datang dan menyuruh Monica pulang dan membawa Wanda ke rumahnya. Wanda mencari anak-anaknya di rumah Agnes di kawasan bawah tanah dan melihat kawasan pelik. Agnes kemudiannya memperkenalkan diri sebagai seorang ahli sihir iaitu Agatha Harkness, dan mendedahkan bahawa dialah yang menghantar dan mengganggu Wanda, termasuklah dengan menghantar "Pietro" dan membunuh Sparky

Sebuah iklan di dalam episod ini memapakarkan tentang Nexus antidepressants. 
Episod 8 : Previously OnTarikh Tayangan : 26 Februari 2021

Di Salem pada tahun 1693, sekumpulan akhir sihir diketuai oleh Evanora iaitu ibu kepada Agatha mencuba untuk membunuh Agatha kerana dia mempraktikkan ilmu sihir gelap, tetapi dia telah menyerap kuasa sihir mereka. Di waktu sekarang, Agatha cuba mengetahui bagaimana Wanda mengawal Westview dan memaksa Wanda untuk menceritakan kejadian di dalam hidupnya. Agatha kemudiannya menyedari bahawa Wanda mempunyai kebolehan sihir sejak kecil lagi dan ia diperkuatkan dengan Mind Stone. Wanda juga ketika kecil suka menonton pelbagai sitkom. Selepas kejadian BLIP, Wanda datang ke pangkalan S.W.O.R.D untuk mengambil semula badan Vision, tetapi Hayward menghalang daripada memberikan Vision kepada Wanda. 
Disebabkan tidak merasakan apa-apa pada tubuh Vision, Wanda terus memandu ke kawasan Westview dimana Vision telah membeli tapak rumah untuk Wanda dan Vision tinggal sehingga ke hari tua. Dipengaruhi kesedihan, Wanda mewujudkan realiti baru dengan menciptakan rumah dan juga Vision versi baru, seterusnya mencipta kawasan hexagon yang meliputi keseluruhan bandar Westview. Agatha kemudiannya menyimpulkan bahawa Wanda memiliki sihir legenda yang dikenali sebagai 'chaos magic' dan sihir itu sepatutnya dimiliki oleh Scarlet Witch. Di dalam babak kredit, Hayward mengaktifkan "The Vision", dimana kini secara keseluruhannya berwarna putih dengan tubuh badan Vision sebenar

Episod 9 : The Series FinaleTarikh Tayangan : 5 Mac 2021 

Agatha mencuba untuk menyerap kuasa "chaos magic" pada Wanda tetapi telah diganggu oleh The Vision, yang mencuba untuk membunuh Wanda sebelum Vision ciptaan Wanda datang. Kedua-dua Vision bertarung di dalam Westview manakala Agatha pula membebaskan penduduk Westview daripada kawalan Wanda, mereka merayu supaya Wanda membuka dinding statik. Wanda cuba membuka tetapi setelah Vision dan anak kembarnya mula berpecah-pecah dia menutup kembali. Walaubagaimanapun, Hayward dan S.W.O.R.D dapat masuk ke kawasan Westview ketika dinding itu terbuka seketika. Monica pula membebaskan "Pietro", yang mana merupakan seorang pelakon bernama Ralph Bohner daripada kawalan Agatha dan membantu kembar untuk menghentikan S.W.O.R.D. Vision mengembalikan memori pada The Vision. 
Wanda pula meletakkan 'rune' sektiar kawasan dinding hexagon untuk menghalang Agatha daripada menggunakan sihirnya sendiri. Wanda kemudiannya mengurung Agatha sebagai Agnes. Wanda mengucapkan selamat tinggal buat Vision dan anak kembarnya sebelum meruntuhkan dinding hexagon dan kembalikan semuanya kepada asal. Wanda kemudiannya menghilangkan diri jauh dari Westview. Pada babak kredit pertengahan, Hayward telah ditangkap manakala Manica telah diberitahu oleh Skrull bahawa kawan kepada ibunya ingin berjumpa. Di dalam kredit terakhir, Wanda di lihat berseorangan diri di suatu tempat asing, dan kemudiannya memperlihatkan dia dalam bentuk 'astral' sedang membaca Darkhold dan mendengar kembarnya sedang memanggil pertolongannya. 
BACA JUGA : APA SETERUSNYA DALAM MCU SELEPAS AVENGERS ENDGAME?
SIRI WANDAVISION (2021)
Sebagai penggemar dan peminat Marvel Cinematic Universe, aku pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti filem, siri dan pelbagai lagi yang berkait rapat dengan MCU. Walaupun WandaVision (2021) ini ditayangkan hanya di Disney+ dan di Malaysia Disney+ masih belum tersedia, tetapi aku mengusahakan sendiri untuk mengikuti cerita ini

Untuk ulasan dan pendapat aku lebih lanjut tentang siri Wandavision ini, nantikan artikel lengkap yang bakal diterbitkan nanti
SEKIAN
Sumber : Wikipedia | Marvel Studios

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/03/sinopsis-penuh-siri-wandavision-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vivo Mengacah Kehadiran Siri Vivo X60 Untuk Pasaran Tempatan

Vivo Mengacah Kehadiran Siri Vivo X60 Untuk Pasaran Tempatan

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 158 hits
Vivo Malaysia hari ini dilihat telah memuat naik satu poster acah di laman Facebook mereka yang memberi bayangan bahawa mereka bakal membawa masuk siri Vivo X60 ke pasaran Malaysia tidak lama lagi Buat masa ini Vivo tidak pula berkongsi lan...
Siri Anime Netflix The Way Of The Househusband Akan Disiarkan April Ini

Siri Anime Netflix The Way Of The Househusband Akan Disiarkan April Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 165 hits
Apa yang akan berlaku apabila seorang yakuza legenda yang sangat ditakuti meninggalkan dunianya untuk menjadi sebentar menjadi seorang surirumahtangga Siri anime asli Netflix The Way of the Househusband yang berdasarkan manga popular yang d...
Siri Oppo Reno5 5g Memang Sesuai Untuk Kegunaan Pengkarya Video

Siri Oppo Reno5 5g Memang Sesuai Untuk Kegunaan Pengkarya Video

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 162 hits
Siri OPPO Reno sebelum ini sering dikenali dengan kehebatan kamera Jika sebelum ini OPPO memfokuskan kepada mod penggambaran kali ini mereka telah menaik tarafkan kebolehan kameranya ini untuk menghasilkan rakaman yang lebih menarik Pelbaga...
Siri Oneplus 9 Akan Dilancarkan Pada 23 Mac Ini Dengan Sistem Kamera Hasselblad

Siri Oneplus 9 Akan Dilancarkan Pada 23 Mac Ini Dengan Sistem Kamera Hasselblad

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 161 hits
Siri OnePlus 9 akan dilancarkan tidak lama lagi OnePlus turut mengikuti strategi Samung iaitu melancarkan peranti mereka lebih awal daripada biasa OnePlus dijangka akan melancarkan tiga peranti iaitu OnePlus 9 OnePlus 9R dan OnePlus 9 Pro S...
Tubi Juga Akan Menghasilkan Filem Dan Siri Tv Sendiri

Tubi Juga Akan Menghasilkan Filem Dan Siri Tv Sendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 161 hits
Ada banyak perkhidmatan penstriman di luar sana tetapi 99 memerlukan langganan Tubi yang mungkin ramai tidak gunakan adalah unik kerana ia menawarkan penstriman pelbagai kandungan secara percuma dan boleh diakses di Malaysia Ia menjadi temp...
Rakyat P Pinang Diseru Beri Sokongan Penuh Program Imunisasi Daftar Segara

Rakyat P Pinang Diseru Beri Sokongan Penuh Program Imunisasi Daftar Segara

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 127 hits
Pada 25 Februari 2021oleh PENTADBIROleh B SuffianSemua rakyat Pulau Pinang diseru memberikan sokongan penuh terhadap Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata sokongan itu boleh dilakukan dengan m...
Satu Hari Penuh Beraktiviti Di Bandar Klang

Satu Hari Penuh Beraktiviti Di Bandar Klang

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 225 hits
Bandar Klang yang dikenali sebagai Bandar Di Raja terkenal dengan sejarah dan budayanya yang mampu menambat hati penduduk tempatan dan juga pelancong asing Dari keindahan alam semulajadi sehinggalah kawasan peninggalan bersejarah setiap tar...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools