Satu Hari Penuh Beraktiviti Di Bandar Klang


 
Bandar Klang yang dikenali sebagai Bandar Di-Raja terkenal dengan sejarah dan budayanya yang mampu menambat hati penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Dari keindahan alam semulajadi sehinggalah kawasan peninggalan bersejarah, setiap tarikan di Bandar ini harus anda kunjungi! Daerah Petaling kini dikenali sebagai lokasi pemprosesan barang-barang import dan eksport yang terbaik di Asia menerusi Pelabuhan Klang. Tourism Selangor mengesyorkan senarai aktiviti menarik untuk sebuah pengalaman yang tidak dapat anda lupakan di Bandar Klang!

 

8.00 a.m.         : Sarapan pagi di Chong Kok Kopitiam

9.00 a.m.         : Jelajah Bandar Klang melalui Program Royal Klang Town Heritage

Walk Tour

12.00 p.m.       :Makan tengahhari di Archana Curry House

1.00 p.m.         : Berjalan di sekitar Little India di Jalan TunkuKelana

2.00 p.m.         : Membeli-belah di GM Klang

5.00 p.m.         : Bersantai di Café 1986, Botanic untuk minum petang

6.00 p.m.         : Menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Harapan

7.00 p.m.         : Makan malam di Restoran Faridah Nasi Ayam & Kambing Bakar

8.30 p.m.         :Bersiar di sekitar Pasar Malam Teluk Pulai pada waktu malam



1)     Sarapan pagi di Chong Kok Kopitiam

Mulakan hari anda dengan bersarapan di salah sebuah kedai makan yang cukup terkenal di Klang. Sering dikunjungi ramai penduduk tempatan, restoran ini sering menjadi pilihan warga Klang dan juga para pelancong luar. Oleh itu, anda haruslah mengambil peluang untuk datang ke sini dan mencuba kopi buatan mereka yang digemari ramai, roti kukus atau roti bakar disaluti mentega dan kaya, dan juga telur separuh masak!

 

2)     Jelajahi Bandar bersejarah Klang melalui Program Royal Klang Town Heritage Walk Tour

Semasa berada di Klang, kami sangat menggalakkan anda untuk menjelajahi seluruh Bandar untuk sebuah perjalanan yang lebih menarik! Anda juga boleh menyertai lawatan berpandu yang disediakan oleh Tourism Selangor secara percuma, di mana anda akan dibawa ke pelbagai lokasi menarik dan bersejarah di sekitar Bandar Klang!



3)     Makan tengahhari di Archana Curry House

Sering kali disarankan oleh penduduk Bandar ini, pastikan anda singgah ke salah sebuah restoran terbaik dengan menu autentik yang terdapat di Klang. Archana Curry House ini telah giat menjalankan perniagaan mereka selama lebih dari 15 tahun. Terkenal dengan hidangan khasnya, nasi daun pisang yang disajikan dengan ayam peratal, ia adalah salah satu menu yang mesti anda cuba!





4)     Berjalan di sekitar Little India yang terunggul di Jalan Tunku Kelana

Bersiar-siarlah disekitar Jalan Tengku Kelana yang sering dipenuhi dengan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai jenis pilihan barangan. Faktor ini telah menjadikan lokasi ini sebagai salah sebuah tempat kegemaran pelancong!
Antara yang menarik perhatian ialah deretan kedai yang menjua pakaian tradisional, tekstil, makanan ringan di bahu jalan dan gerai jualan lain yang turu tmempromosikan kebudayaan kaum India di Malaysia.

 

5)     Membeli-belah di GM Klang

Jika anda sedang mencari sebuah lokasi terbaik untuk berbelanja,GM Klang adalah pilihan ramai! Masuklah ke dalam pasar borong besar yang menawarkan aneka jenis barangan termasuk pakaian, makanan,barangan hiasan rumah, barang-barang perkahwinan dan juga barangan elektronik. Bukan sahaja mereka menyediakan anda dengan produk-produk yang berkualiti, malahan harganya juga adalah sangat berpatutan untuk semua!

 

6)     Bersantai di Café 1986, Botanic untuk minum petang

Kepada sesiapa yang mengatakan Bandar Klang ini kurang memilik kafe berestetik, inilah masanya untuk buktikan mereka salah. Bagi mereka yang ingin berada di kafe yang sesuai untuk bersantai serta dihidangi makanan yang lazat, jangan lupa untuk singgah ke Café 1986 ini. Menyajikan anda dengan pelbagai jenis makanan dari makanan Barat mereka sehinggalah pencuci mulut yang digemari ramai, sudah pasti ianya akan menambat hati anda!

 

7)     Menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Harapan

Terletak berdekatan dengan Medan Muara Ikan Bakar yang terkenal, Tanjung Harapan kini terkenal sebagai salah satu tempat berehat pilihan ramai pada waktu petang! Kebanyakan orang ramai yang mengunjungi tempat ini sanggup memandu jauh hanya untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang sungguh luar biasa. Pemandangan laut yang cukup menenangkan serta angin sepoi-sepoi bahasa tentu akan membuatkan anda melupakan sementara segala masalah anda!

8)     Makan malam di Restoran Faridah Nasi Ayam & Kambing Bakar

Adakah anda sedang mencari nasi ayam yang lazat di Klang? Jangan bimbang kerana Restoran Faridah sudah pasti akan menepati cita rasa anda!Jangan ketinggalan untuk mencuba menu utama mereka iaitu nasi ayam dan kambing bakar! Oleh kerana restoran ini terletak berhampiran dengan Pasar Raya Matahari, anda tidak akan ada masalah untuk mencari lokasinya.

 

9)     Bersiar-siar di sekitar Pasar Malam Teluk Pulai pada waktu malam

Berjalan-jalanlah di sepanjang pasar malam yang terkenal di mana anda pasti akan berasa teruja dengan makanan-makanan Melayu, Cina dan India yang dijual di sini! Dengan pelbagai pilihan makanan yang ada, kini lokasi ini sering dikunjungi oleh para pelancong untuk mendapatkan seleksi makanan tempatan yang terbaik di tengah-tengah Bandar! Di pasar malam ini juga terdapat pelbagai jenis gerai yang menjual pakaian dan barang keperluan rumah.

Percutian pendek anda ke Bandar Klang tidak akan lengkap tanpa melawati kawasan-kawasan indah yang disenaraikan! Ambillah peluang ini untuk menerokai Bandar Di-Raja ini yang sudah pasti akan menambat hati anda dengan bangunan bersejarahnya yang memiliki senibina luar biasa.  Tourism Selangor memberi jaminan senarai aktiviti ini pasti akan bermanfaat apabila anda berkunjung ke Bandar Klang Kelak!
Kesemua senarai produk dan pilihan destinasi di atas dinyatakan hanya sebagai syor dari pihak Tourism Selangor. Untuk informasi lanjut tentangp roduk-produk pelancongan menarik di Negeri Selangor, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : Find Your Zen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/02/satu-hari-penuh-beraktiviti-di-bandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Satunya Kes Jangkitan Baru Covid 19 Di Singapura Alami Simptom 9 Hari Setelah Pulih Dari Gatal Tekak

Satu Satunya Kes Jangkitan Baru Covid 19 Di Singapura Alami Simptom 9 Hari Setelah Pulih Dari Gatal Tekak

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 202 hits
SINGAPURA Satu kes jangkitan tempatan dicatatkan dalam kalangan 11 kes baru COVID 19 yang dilaporkan di Singapura pada Rabu Kes 60277 itu adalah seorang wanita rakyat Singapura yang bekerja di Aibel iaitu sebuah syarikat yang menawarkan per
Selepas Ceo Kwsp Bertukar Hari Ini Keluar Satu Berita Gembira Untuk I Sinar Kategori 2

Selepas Ceo Kwsp Bertukar Hari Ini Keluar Satu Berita Gembira Untuk I Sinar Kategori 2

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 271 hits
Kuala Lumpur Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i Sinar tanpa syarat Isnin depan menurut sumber yang rapat dengan perb incangan tersebut
Satu Jam Penuh Debaran Juruterbang Kongsi Pengalaman Bawa Vaksin Covid 19

Satu Jam Penuh Debaran Juruterbang Kongsi Pengalaman Bawa Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 260 hits
Juruterbang pesawat Airbus 330 300 Kapten Hamdan Che Ismail ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Foto BernamaSEPANG 21 Feb Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi Kapten Hamdan Che Ismail sepanjan...
Pasaran Saham Eropah Menutup Perdagangan Pada Hari Selasa Tanpa Satu Dinamik

Pasaran Saham Eropah Menutup Perdagangan Pada Hari Selasa Tanpa Satu Dinamik

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 248 hits
Pelabur berhenti setelah pertumbuhan pasaran aktif di mana petunjuk utama telah meningkat sekitar 4 sejak awal bulan Fokusnya adalah pada situasi dengan perlambatan pertumbuhan jangkitan koronavirus dan kemasukan ke hospital akibat perintah...
Ramalan Jangkitan Di Malaysia Melonjak 20 000 Kes Setiap Hari Bermula Mac

Ramalan Jangkitan Di Malaysia Melonjak 20 000 Kes Setiap Hari Bermula Mac

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 378 hits
Sekarang ni kes Covid19 di Malaysia dah mencecah 4 angka gais Ini pun dah buat semua orang risau apatah lagi kalau ianya melonjak ke 5 atau 6 angka Kalau korang nak tahu ramalan kes Covid19 di Malaysia pada bulan Mac ini adalah sehingga 20 ...
Abang Foodpanda Bawa Panda Jalan Jalan Pada Hari Terakhir Bekerja Raih Perhatian Warganet

Abang Foodpanda Bawa Panda Jalan Jalan Pada Hari Terakhir Bekerja Raih Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 735 hits
Andaikan panda itu boleh dipelihara di rumah pasti ramai yang akan mula menjadikan panda sebagai haiwan kesayangan mereka Masakan tidak kecomelan dan kegebuan panda ini memang sangat menggodakan dan membuatkan kita rasa nak picit picit saha...
Berkat Hari Jumaat Scha Selamat Bersalin Tambah Lagi Geng Mommy Kakak Lara

Berkat Hari Jumaat Scha Selamat Bersalin Tambah Lagi Geng Mommy Kakak Lara

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 308 hits
Alhamdulillah akhirnya penantian Awal Ashaari dan Scha Al Yahya untuk memberi adik kepada anak sulungnya Lara dipermudahkan setelah kelahiran bayi kedua di pagi Jumaat yang penuh berkat Kelahiran bayi kedua ini cukup ditunggu tunggu oleh Aw...
Selepas 15 Hari Bersalin Czer Masuk Semula Bilik Ot Dr Terpaksa Buang Ovari Kanan

Selepas 15 Hari Bersalin Czer Masuk Semula Bilik Ot Dr Terpaksa Buang Ovari Kanan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 314 hits
Benarlah orang kata saat mengandung melahirkan dan menjaga anak besar sangat pengorbanan ibu Malah rezeki setiap orang juga lain lain Ada yang mudah bersalin tak kurang juga menahan sakit kontraksi berjam jam Dalam hati seorang ibu hanya me...
Demonstrasi Di Myanmar Masuk Hari Kelima Semakin Merebak

Demonstrasi Di Myanmar Masuk Hari Kelima Semakin Merebak

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 199 hits
Meskipun sehari sebelum Tahun Baharu Lunar yang dirayakan oleh majoriti rakyat Myanmar namun suasana tunjuk perasaan anti junta tentera tidak menunjukkan tanda tanda akan reda malah semakin merebak ke beberapa buah bandar utama Tunjuk peras...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap