Sinopsis Drama Sara Kirana


Sinopsis Drama Sara Kirana (TV1)
Drama Sara Kirana sudah pun disiarkan di TV1 setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam bermula 6 April 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Sara Kirana ini adalah Mia Ahmad, Hafreez Adam, Jaslin Puasa, Eyka Farhana, Akmal Ahmad, Kuza, Rahhim Omar dan ramai lagi. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Sara Kirana karya novelis Ramlah Rashid. Selain itu drama 13 episod ini diarahkan oleh Amie Maziah dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis dan watak - watak pelakon dalam drama Sara Kirana ini okey..
Watak PelakonMia Ahmad sebagai MaisaraHafreez Adam sebagai Zahrin
Jaslin Puasa sebagai ZulfakarEyka Farhana sebagai EllyAkmal Ahmad sebagai AdlinKuza sebagai ZulaikaRahhim Omar sebagai Hj SalamSinopsis Drama Sara Kirana Lakonan Mia Ahmad dan Hafreez Adam
Perkahwinan Maisarah dengan Zulfakar telah diaturkan oleh Hj. Salam dan Zulaika, ibu bapa Zulfakar kerana rupa Maisarah seiras dengan anak bongsu mereka Zaliza yang telah meninggal dunia. Kehadiran Maisarah dalam keluarga tersebut menjadikan penawar kepada pasangan suami isteri Hj. Salam. Namun kehidupan Zulfakar dengan Maisarah tidak ubah seperti tuan dengan pembantu rumah. Semua urusan yang dilakukan oleh Maisarah kepada suaminya tidak pernah dihargai malah sering dimarahi. Meskipun begitu, Maisarah tetap taat kepada suaminya dan tidak pernah melaporkan keburukan suaminya ketika ditanya oleh ibu mertuanya itu. Memandangkan Zulfakar tidak mencintai isterinya, dia mula menjalinkan hubungan semula dengan Elly iaitu bekas kekasihnya yang telah menjadi isteri orang. Perhubungan sulit pasangan ini bertambah intim kerana Zulfakar dan Elly bekerja di tempat yang sama. Rumah tangga Zulfakar dengan Maisarah yang terus tidak bahagia. Dalam masa sama hubungan Zulfakar dengan Elly bertambah mesra. Elly terus mempengaruhi Zulfakar bahawa dia tidak sesuai memperisterikan Maisarah. Hingga satu hari Zulfakar menceraikan Maisarah. Akhirnya Maisarah dengan dibantu oleh Zahrin, adik Zulfakar keluar dari rumah bekas suaminya. Sejak itu Zahrin kerap membantu Maisarah dan mengambil berat kebajikannya. Maisarah mula menulis novel mengisi masa lapangnya. Zulfakar masih terus menjalinkan hubungan intim dengan Elly yang masih bersuami. 

Ibu bapa Zulfakar yang baru pulang dari umrah terkejut mengetahui perceraian anak mereka. Justeru mereka mendesak Zulfakar rujuk semula dengan Maisarah. Zahrin juga turut berusaha memujuk abangnya tetapi masih gagal. Zahrin melanjutkan pelajaran ke Australia setahun. Maisarah bertekad untuk berdikari memajukan dirinya. Dia diterima bekerja di syarikat penerbitan milik Adlin, bekas suami Elly. Maisarah kecewa karyanya diplagiat namun dia terus menulis. Adlin turut berkongsi masalahnya dengan Maisarah. Zulfakar dan Elly berkahwin namun ada bibit persengketaan kerana Elly sibuk dengan urusan di luar rumah hingga mengabaikan Zulfakar. Dia mula menyesal dan teringatkan Maisarah yang selalu memberikan layanan baik kepadanya. Dalam masa sama Zahrin pulang dari Australia dan terkejut mengetahui abangnya berkahwin semula dengan Elly. Maisarah mula mengubah penampilan diri dan menghasilkan banyak novel terbaharu. Zahrin berusaha mencari Maisarah dan akhirnya bertemu di salah satu majlis pelancaran novel Sara Kirana yang dihasilkan oleh Maisarah. Zahrin memujuk supaya Maisarah menerimanya sebagai teman hidup yang baharu tetapi Maisarah tidak selesa kerana dia pernah menjadi kakak ipar kepada Zahrin. Ketika itu Zulfakar dan Elly sering bertengkar kerana masing-masing tidak sehaluan. Zulfakar lebih banyak berada di rumah, sementara isterinya Elly selalu keluar rumah.Apabila Zahrin mengumumkan dia hendak berkahwin dengan Maisarah, kedua ibu bapanya terkejut dan tidak setuju dengan cadangan tersebut. Namun akhirnya mereka pula yang cuba memujuk Maisarah menerima Zahrin sebagai suami. Zahrin dan Maisarah dikahwinkan dalam satu majlis yang meriah. Zulfakar sebagai bekas suami Maisarah cemburu dan menyesal kerana menceraikan Maisarah untuk beristerikan Elly. Elly pula sering keluar berfoya-foya di luar tanpa menghiraukan suaminya. Ketika itu Zulfakar mula mengganggu Maisarah ketika Zahrin menghantar isterinya ke rumah orang tua mereka apabila Zahrin sebagai doktor terpaksa bekerja waktu malam. Meskipun begitu, Maisarah tetap tidak melayaninya dan memaklumkan kepada Zulfakar supaya menghormati suaminya. Satu hari Zahrin kemalangan dan koma. Maisarah setia menunggu di hospital. Zulfakar banyak membantu Maisarah yang sarat mengandung membuatkan Elly cemburu. Begitu juga Zahrin yang sudah sedar dan kini terpaksa menggunakan kerusi roda di rumah. Zahrin masih perlu ke hospital secara berkala untuk rawatan susulan fisioterapi dan dihantar oleh Zulfakar. Zahrin merasa cemburu apabila Maisarah lambat pulang dari tempat kerja. Zulfakar pula sentiasa mencari kesempatan untuk menemui Maisarah sehingga dia pernah berusaha mendapatkan buah delima yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang mengandung. Tindak tanduk Zulfakar menimbulkan perasaan cemburu yang lebih kuat daripada Zahrin terhadap isterinya yang selalu dijagai oleh abangnya yang juga bekas suami isterinya itu. Lalu apakah kesudahannya..
Lagu Tema / OST Sara Kirana➤ Kisah Ku Inginkan nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Judika
Jom Baca Ini Juga ➔ Novel Sara Kirana Karya Ramlah Rashid
~ Blog Miss Banu Story ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2019/04/sinopsis-drama-sara-kirana-tv1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sinopsis Sara Kirana

Sinopsis Sara Kirana

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 752 hits
SINOPSIS SARA KIRANAKisah Maisarah isteri yang patuh dan taat pada suaminya Zulfakar dicerai tanpa sebab Sara yang kecewa bangkit semula sebagai Sara Kirana seorang penulis novel Dia dibantu oleh Zahrin adik Zulfakar yang selama ini menyimp...
Drama Sara Kirana Lakonan Mia Ahmad Dan Hafreez Adam

Drama Sara Kirana Lakonan Mia Ahmad Dan Hafreez Adam

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 1737 hits
Para PelakonMia Ahmad Hafreez Adam Jaslin Puasa Eyka Farhana Akmal Ahmad Kuza Rahhim Omar Sinopsis Drama Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya Zulfakar Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan Melayari kehidup...
Drama Sara Kirana

Drama Sara Kirana

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 768 hits
Nantikan drama bertajuk Sara Kirana adaptasi daripada novel karya Ramlah Rashid Menampilkan lakonan Mia Ahmad Hafreez Adam Jaslin Puasa dan Eyka Farhana Drama arahan Amie Maziah ini akan disiarkan RTM mulai 6 April ini setiap Khamis hingga ...
Senarai Pelakon Dan Sinopsis Drama Nur 2

Senarai Pelakon Dan Sinopsis Drama Nur 2

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 975 hits
Senarai Pelakon Dan Sinopsis Drama Nur 2 Seperti yang semua sedia maklum drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli telah menjadi fenomena kepada peminat peminat drama melayu pada tahun lepas Kali ini drama Nur kembali dengan naskah baru...
Sinopsis Drama Nur 2 Lakonan Syafiq Kyle Dan Amyra Rosli

Sinopsis Drama Nur 2 Lakonan Syafiq Kyle Dan Amyra Rosli

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 1238 hits
SINOPSIS NUR 2Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak kanak mengaji di rumah lama milik Nur Pada mulanya niat baik mereka itu tidak me...
Novel Sara Kirana Karya Ramlah Rashid

Novel Sara Kirana Karya Ramlah Rashid

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 838 hits
Kali ini giliran novel Sara Kirana karya novelis Ramlah Rashid yang diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod dan disiarkan setiap Khamis hingga Ahad jam 7 malam di TV1 Drama Sara Kirana ini sudah bersiaran sejak 6 April yang lalu Berba...
Sinopsis Drama Kamar Kamariah

Sinopsis Drama Kamar Kamariah

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 2964 hits
Sinopsis Drama Kamar Kamariah NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Kamar Kamariah yang bakal mengisi slot Akasia di TV3 Bakal dibintangi oleh Fizz Fairuz Nabila Huda Syafie Naswip Aidil Aziz dan ramai lagi Drama 13 episod ini diarahkan o...
Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku

Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 3772 hits
Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Bukan Cinta Aku yang bakal bersiaran di slot Akasia Bakal menampilkan pelakon seperti Janna Nick Syafiq Kyle Baim Wong dan Mimi Lana Drama terbitan Layar Ceritera Sdn Bh...
Sinopsis Drama Nur 2

Sinopsis Drama Nur 2

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 718 hits
Sinopsis Drama Nur 2 Slot Samarinda TV3Drama Nur 2 sudah pun bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 2 April 2019 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam Drama Nur 2 masih mengekalkan pelakon asal drama ini seperti Amyra Rosli Sya...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly