Sinopsis Dan Ulasan The Penthouse War In Life
Hallo! Lama tak buat review Drama Korea kan? So, kali ni Iday nak story sikit drama yang Iday tengah tengok sekarang iaitu drama The Penthouse: War in Life.
Drama ni masih ditayangkan dan bagi Iday, ini antara drama korea terbaik untuk tahun 2020. Jadi Iday nak bagi sedikit ulasan la kenapa bagi Iday drama ni best.
Tapi Iday bagi amaran siap-siap, mungkin ada sedikit spoiler dalam ulasan ni. So, baca at your own risk ye!
Sinopsis The Penthouse: War in Life
Drama korea The Penthouse: War in Life berlaku di sekitar Hera Palace, sebuah apartment mewah 100 tingkat.
Drama ini mengisahkan tentang beberapa wanita yang sanggup lakukan apa saja untuk capai apa yang diorang nak. Ada 3 watak utama dalam drama ni iaitu :
Shim Su-Ryeon seorang wanita jelita bergaya dan paling berpengaruh dalam drama ni. Then dia pulak kahwin dengan lelaki yang bina Hera Palace ni iaitu Joo Dan-Tea. Diorang ni tinggal tingkat paling atas dekat Hera Palace.
Oh Yoon-Hee pula watak seorang wanita yang hidupnya biasa-biasa, datang dari keluarga yang susah. Dia memang berusaha keras bagi memastikan anak dia, Bae Ro-Na berjaya. Macam-macam la dia sanggup buat dalam drama ni.
Cheon Seo Jin pula watak antagonis, datang dari keluarga yang kaya dan berkahwin dengan doktor pakar, Ha Yoon-Cheol. Watak Cheon Seo Jin ni memang watak yang dibenci oleh penonton sebab sangat sombong dan jahat.
Drama ni sebenarnya mengisahkan tentang Shim Su-Ryeon yang ingin membalas dendam pada suaminya Joo Dan-Tea dan Cheon Seo Jin. Dua-dua ni dah la berselingkuh, then bekerjasama buat something yang Shim Su-Ryeon berdendam sampai mati. Benda yang diorang buat tu, kalau orang normal kena memang dah bunuh diri la. Memang jahat.
Kebetulan Oh Yoon-Hee pon berdendam dengan Cheon Seo Jin, jadi diorang berpakat untuk balas dendam.
So, ini sinopsi secara ringkas tentang drama The Penthouse: War in Life , ini pula ulasan Iday tentang drama ni. Amaran ada spoiler okay.
Ulasan The Penthouse: War in Life
1. Bagi Iday, drama ni memang drama yang paling menyakitkan hati sebab semua watak antagonis dalam drama ni macam sejenis "selamba je buat benda jahat, tanpa rasa bersalah"
2. Kim So-Yeon sebagai Cheon Seo Jin memang bawa watak jahat paling berkesan. Dia cantik tapi ada vibe jahat tu. Dalam drama ni, dia memang ada isu dengan Oh Yoon-Hee, tak tahu la dengki ke apa. Tapi memang in character sangat. Sampai kita yang tengok ni rasa nak bagi penampar je.
3. Watak Joo Dan-Tea pon sama cuma macam terbawa-bawa watak dari drama dia sebelum ni, Defendant. Tapi dia berlakon memang power. Dia punya jahat dalam drama ni memang tak boleh bincang. Macam psychopath pon ada.
3. Watak sampingan lain pon memang memang pandai berlakon. Setiap watak ada kisah masing-masing dan bila tengok tu macam tak bosan. Takde pon part yang rasa macam nak skip, semua scene penting dan buat kau nak tahu lebih lagi.
4. Bukan setakat tentang mak-mak bapak-bapak tapi ada juga tentang sekolah dan masalah buli. Budak-budak pon jahat sebab ikut perangai mak ayah diorang sebenarnya. Then diorang punya buli tu memang menyakitkan hati. Mentang-mentang mak bapak kaya kan.
5. Drama ni kan tentang orang kaya, so costumes dan prop tu memang convincing la. Dan diorang ni pon ada level kaya jugak. Yang paling kaya tu family Joo Dan-Tea la.
5. [Ini SPOILER] Dan yang bestnya, korang kena teka siapa pembunuh dalam drama ni. Nanti ada satu watak mati kena bunuh tetapi kita as penonton memang tak tahu siapa pembunuh. So, drama ni akan slow-slow tunjuk siapa pembunuh sebenarnya. Dahla cara mati pon dasyat gila, kena tolak dari tingkat atas Hera Palace.
6. Dan paling best, jalan cerita drama ni sejenis yang kau tak sangka. Buat penonton rasa teruja, apa akan berlaku pada episod akan datang. Sebab tu, rating drama ni memang tinggi.
Sekarang pon baru episod 11 dan jumlah episod ada 20. Tadi tengok info, drama ni akan ditayangkan sehingga 4 Januari 2021.
Kalau nak tengok drama ni, boleh check senarai website dalam artikel di bawah :
Senarai Website Untuk Tonton Drama Korea Online
Selamat menonton!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sayaiday.com/2020/12/sinopsis-ulasan-the-penthouse-drama-korean.html