Sinopsis Buku Ilmiah Panduan Penulisan Sinopsis


Untuk mengetahui penceritaan sebenar mengenai sesuatu buku, ianya boleh dilakukan dengan membaca sinopsis buku ilmiah.
Namun, tahukah anda cara untuk membuat penulisan sinopsis berkaitan buku tersebut?
Berikut diterangkan panduan untuk penulisan sinopsis buku yang berbentuk ilmiah.
Maksud Sinopsis Apakah yang dimaksudkan dengan sinopsis?
Sinopsis bermaksud ringkasan yang memberikan gambaran kepada pembaca mengenai sesebuah karya atau penulisan.
Perkara Penting Dalam Sinopsis Buku Ilmiah Antara perkara penting yang perlu ada dalam sinopsis buku ini adalah seperti berikut:
Perkara utama yang diterangkan dalam buku tersebut Isi-isi penting yang dibangkitkan Resolusi (Pengakhiran) Contoh Sinopsis Buku Ilmiah Tajuk buku: Belajar melalui bermain : Prinsip utama kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.
Penulis: Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali
Sinopsis
Buku setebal 113 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis yang arif dalam dunia pendidikan iaitu Dr. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali. Dr. Sharifah mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan kurikulum. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis Aliza Ali pula kini bertugas di Universiti Tunku Abdul Rahman sebagai pensyarah pendidikan awal kanak-kanak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang latihan guru prasekolah swasta dan pembangunan bahan pendidikan awal kanak-kanak.
Buku ini mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan bab- bab tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain, hubungan bermain dengan perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada perspektif teori, kurikulum berasaskan pendekatan bermain, bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana pengajaran dan pembelajaran melalui bermain,
ruang pembelajaran, bahan dan alat permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan kanak-kanak menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Pendidikan tadika adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak, selepas pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu, guru tadika haruslah memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain.
Sehubungan itu tugas-tugas menyampaikan aktiviti ini memerlukan kepakaran. Aktiviti yang dijalankan perlulah mempunyai perancangan yang teliti. Kaedah belajar sambil bermain menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak. Ini jelas dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor di mana dengan adanya keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan kanak-kanak itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima.
Perkembangan fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti pergerakan lokomotor kreatif. Pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.
Buku ini memuatkan 27 cadangan aktiviti yang boleh dicuba oleh para guru dan ibu bapa. Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berusia di antara 4-6 tahun sama ada secara individu atau pun berkumpulan. Di antara aktiviti menarik yang dicadangkan bermain secara individu ialah Bilang dan Padan, Konsep Sifar dan Bilang dan Tambah. Manakala permainan secara kumpulan adalah seperti Menepuk Tikar, Istana Impian dan Mari ke Pasar.
Buku ini terhasil melalui kajian dan disampaikan dengan cara yang mudah difahami dan penerangan yang jelas. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh para pendidikan, pelajar kursus pendidikan awal kanak-kanak dan prasekolah. Maklumat di dalam buku ini sesuai dijadikan panduan kepada pendidik untuk melaksanakan aktiviti belajar melalui permainan. Buku ini turut sesuai dimiliki oleh ibu bapa yang tercari-cari idea untuk membina minda anak-anak melalui permainan.
Baca juga: Sinopsis Buku SPLKPM: Format & Cara Menulis Sinopsis


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sinopsis-buku-ilmiah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sinopsis-buku-ilmiah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Laporan Program Format Penulisan Sebagai Panduan Anda

Contoh Laporan Program Format Penulisan Sebagai Panduan Anda

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 220 hits
Pada artikel kali ini kami akan terangkan kepada anda bagaimana untuk menulis laporan program yang baik Kami juga akan tunjukkan contoh laporan program yang mengikut format untuk anda jadikan panduan dalam penulisan anda Oleh itu untuk meng...
Garis Panduan Kemasukan Guru Bahasa Inggeris Dari Singapura Dikemas Kini

Garis Panduan Kemasukan Guru Bahasa Inggeris Dari Singapura Dikemas Kini

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 118 hits
Selebriti Nur Fazura Sharifuddin memperkenalkan koleksi tudung kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan sedang mengemas kin...
Maklumat Penyata Keputusan Stpm 2023 Dan Panduan Kepada Calon Untuk Melakukan

Maklumat Penyata Keputusan Stpm 2023 Dan Panduan Kepada Calon Untuk Melakukan

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 130 hits
MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN STPM TAHUN 2023 DAN PANDUAN KEPADA CALON UNTUK MENYEMAK KEPUTUSAN Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa 23 Julai 2024 mulai jam 11 30 pagi Semua calon boleh men...
Panduan Dan Cara Belajar Hukum Tajwid Asas Mudah

Panduan Dan Cara Belajar Hukum Tajwid Asas Mudah

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 216 hits
Jom Belajar Hukum Tajwid Hukum Tajwid adalah satu disiplin ilmu yang penting dalam pembacaan al Quran Ia melibatkan aturan dan panduan khusus mengenai bagaimana setiap huruf dan kalimah dalam al Quran harus dibaca dengan betul Bagi mereka y...
Panduan Dan Cara Trip Ke Dabong Supaya Dapat Tiket Murah

Panduan Dan Cara Trip Ke Dabong Supaya Dapat Tiket Murah

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 158 hits
Cara Trip Ke Dabong Melakukan trip ke Dabong menggunakan Jungle Train atau Ekspres Rakyat Timuran merupakan pengalaman yang unik dan penuh dengan keindahan Dengan persiapan yang betul anda boleh menikmati perjalanan ini tanpa perlu mengelua...
Panduan Dan Cara Semak Keputusan Stpm 23 Julai 2024

Panduan Dan Cara Semak Keputusan Stpm 23 Julai 2024

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 248 hits
Majlis Peperiksaan Malaysia dalam kenyataannya berkata sebanyak 41 548 calon telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun 2023 yang lalu di 657 buat pusat peperiksaan di seluruh negara Sebanyak 16 387 petugas peperiksaan telah dilantik bagi ...
Senarai Garis Panduan Beri Nama Anak Oleh Jpn

Senarai Garis Panduan Beri Nama Anak Oleh Jpn

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 152 hits
Senarai Garis Panduan Beri Nama Anak Oleh JPN Senarai Garis Panduan Beri Nama Anak Oleh JPN Pemberian nama kepada anak adalah satu tanggungjawab yang penting bagi setiap ibu bapa Nama bukan sahaja menjadi identiti tetapi juga membawa makna ...
Hadits Arbain Nawawi 4 Proses Penciptaan Manusia Dan Penulisan Takdir

Hadits Arbain Nawawi 4 Proses Penciptaan Manusia Dan Penulisan Takdir

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 226 hits
Jauh sebelum dunia kedokteran maju seperti sekarang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah menjelaskan proses penciptaan manusia Bagaimana tahapan tahapannya dalam rahim beliau sabdakan dalam hadits Arbain Nawawi ke 4 ini Lebih dari i...
Serlahkan Bakat Menulis Anda Menerusi Sayembara Penulisan Kreatif Dbp 2024

Serlahkan Bakat Menulis Anda Menerusi Sayembara Penulisan Kreatif Dbp 2024

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 276 hits
Dewan Bahasa Pustaka membuka peluang besar kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas menghasilkan karya bermutu yang menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan dalam konteks kesejah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan