Sinopsi Filem Orphan Siapa Esther
Ramai duk share filem Orphan yang keluar tahun 2009 ni best. Kat facebook k.fiezz, ada 2-3 orang kawan yang bagi review pasal filem Orphan ni. K.fiezz dah perasan filem Orphan ni kat Netflix tapi k.fiezz tak berani nak tengok sebab tengok kategori dia Horror. K.fiezz kalau cerita Horror ni, tak berani. Mata nak tengok tapi takut. Acane tu. Haha.
Bila baca review kawan kat facebook yang dah tengok filem Orphan ni & baca komen-komen kat status tu, member cakap cerita ni tak ada hantu pun. Dia seram kategori lain bukan seram sebabkan hantu.
SINOPSIS FILEM ORPHANSalah satu scene dalam Orphan. Seram nak letak gambar poster filem Orphan ni sebab muka si Esther. haha. K.fiezz letak gambar ni je lah.
Filem ini berkisarkan pasangan suami isteri yang mengambil anak angkat perempuan berusia sembilan tahun bernama Esther, setelah kematian anak ketiga semasa dalam kandungan. Pasangan Kate & John Coleman dah ada 2 orang anak kandung lelaki & perempuan yang bernama Daniel & Max Coleman. Anak lelaki, Daniel normal & anak perempuan Max kurang upaya (bisu & pekak).
Tak lama selepas Esther masuk ke dalam keluarga diaorang, Kate mula perasan ada sesuatu mengenai Esther.
Apakah itu? Jeng Jeng Jeng..
Ulasan Filem Orphan
Cerita ni masa mula-mula happy je uolls. Cuma Kate ni macam ada masalah minum rasanya lepas kejadian kematian anak ketiga dia & John. Selepas berbincang dengan John, diaorang sepakat untuk ambil anak angkat yang dah besar untuk di beri kasih sayang sebab tak dapat berikan pada anak ketiga diaorang.
Kate & John pergi ke rumah anak yatim dan mencari anak angkat yang bersesuaian dan berjumpa dengan Esther, budak perempuan yang berusia 9 tahun.
Ketua Sister yang jaga rumah anak yatim tu ada beri sikit background pasal Esther ni yang sepatutnya boleh dijadikan hint tapi sebab diaorang happy nak ambil Esther jadi anak angkat, diaorang abaikan sahaja. Ketua Sister ni tak tahu sangat pun pasal Esther ni cuma dia sampaikan apa yang ada dalam fail.
Selepas beberapa minggu, Esther mula tinggal dengan keluargan Coleman. Pada mulanya semua berjalan lancar sampai terjadi satu kejadian, Esther menolak kawan sekolah dia jatuh dari gelongsor di taman mainan. Max nampak kejadian tu tapi dia tak cakap pada sesiapa. Kat sini Kate dah mula syak sebenarnya tapi dia tak ada bukti. Bila dia tanya pada Max, Max cakap tak nampak. Lepas kejadian ni Ketua Sister telefon Kate untuk minta laporan gigi & kesihatan Esther. Masa ni Kate cerita kejadian yang baru terjadi pada sister rumah anak yatim tu.
Tak lama selepas tu Ketua Sister ni datang berjumpa dengan pasangan Coleman dan beritahu background Si Esther ni selepas dia siasat sikit latarbelakang Esther ni & apa jadi pada semua keluarga angkat yang pernah menjaganya. Walaupun tak ada bukti yang menunjukkan setiap kejadian tu ke Esther tapi ada unsur yang mencurigakan. Bila si Esther ni dengar apa yang Sister tu beritahu pada pasangan ni, dia buat rancangan untuk singkirkan Ketua Sister. Dia gunakan Max yang kecil tu untuk bantu dia.
Ada lagi kejadian lain si Esther ni buat yang Max nampak tapi dia tak boleh beritahu pada Kate & John sebabkan takut & Esther ni ugut. Si Daniel pun sama kena ugut dengan Esther sebab ada sekali dia ternampak Esther & Max turun dari rumah pokok dia. Masa tu sebenarnya Esther ni ada sorok sesuatu kat rumah pokok tu. Masa dia & max turun tu, dia perasan Daniel ada kat kawasan situ. Tapi dia tak jumpa Daniel terus, lepas semua dah masuk tidur dia masuk bilik Daniel & tanya apa yang Daniel ni nampak. Sampai terkencing budak tu kena ugut dengan Esther sebab dia nak potong 'anu' nya kalau Daniel cerita kat Kate & John.
Kate dah mula syak Esther ni 'sesuatu' bila rumah anak yatim yang dia & John ambil si Esther ni telefon bertanyakan samaada Ketua Sister ada berjumpa diaorang ke tidak sebab Ketua Sister dah hilang. Bila laporan polis dibuat & polis jumpa mayat Ketua Sister ni di satu kawasan.
Kate cuba berbincang dengan John yang dia rasa ada sesuatu tak kena dengan Esther ni tapi si John ni tak percaya. Sebabnya si Esther ni depan John, baik bukan main. Sopan je. Bila terjadi kejadian yang tak diingini dan hampir mencederakan Max, si Kate ni yang dipersalahkan sebab John ingatkan Kate ada minum alkohol malam sebelum kejadian Max hampir cedera tu. Siap si John ni ugut, kalau Kate tak nak masuk pusat pemulihan untuk atasi masalah alkohol , John akan bawa anak-anak dengan dia.
Esoknya si Kate ni cari info latar belakang Esther & dia terjumpa yang mungkin boleh membantu untuk buat background check Esther. Masa ni juga terjadi sesuatu kat Daniel di rumah pokok dia angkara si Esther ni juga. Daniel hampir juga dibunuh, nasib baik adik dia datang selamatkan.
Di Hospital pun, Esther ni mencuba lagi nak bunuh Daniel sebab tak nak rahsia dia bocor. Pun adiknya Max dah syak sesuatu. Tengah dia panggil mak & ayah dia yang tengah bergaduh masa tu untuk tengok dalam bilik abang dia, tetiba Doktor & Nurse berlari ke bilik Daniel.
Si Kate ni memang marah giler lah dengan Esther sebab dia tahu tu memang kerja Esther. Tapi laki dia si John tetap percaya si Esther ni. Hmmmm...Si Kate kena tahan di hospital sebab Doktor terpasksa bagi ubat penenang lepas dia mengamuk kat Esther.
Di rumah pula, Esther pakai baju Kate & cuba goda John siap mekap macam orang dewasa. Bila John tak layan, dia naik bilik & mengamuk. Masa ni baru John ternampak lukisan-lukisan di kertas yang mengerikan dan lukisan di dinding dalam bilik Esther. Lukisan-lukisan ni Esther guna dakwat dalam gelap baru nampak. Waktu siang dan lampu terbuka, nampak macam lukisan biasa je.
Masa Kate di hospital, dia dapat panggilan dari tempat yang kenal si Esther ni dan Doktor yang menelefon tu beritahu siapa sebenarnya si Esther ni?
Kelam kabut Kate balik rumah nak selamatkan suami & anak dia.
Jadi persoalannya siapa Esther ni?Betul ke dia kanak-kanak perempuan sebab cara dia lawan dengan kate nampak matured dari umur sebenar. jeng jeng jeng.
Dapat ke Kate selamatkan John & Max, kena tengok lah sendiri.haha. Kat atas ni banyak dah k.fiezz reveal jalan cerita dia. haha. Tak thrill lah cerita sampai ending dia. hehe.
Nak tahu apa kesudahannya, sila tengok okey di Netflix.
Ada ternampak trailer Orphan 2 yang dah keluar tahun 2019. Tak sabar nak tunggu masuk kat Netflix.
Note - Filem ni ada adegan 18sx, jadi hati-hati kalau tengok dengan anak-anak.
Moral of the story -
Untuk k.fiezz, Kate & John tak perlu pun ambil anak angkat untuk berkongsi kasih sayang kononnya bila anak ketiga diaorang mati dalam kandungan. Patutnya bagi saja kasih sayang & perhatian pada dua orang anak diaorang tu. Dalam erti kata lain, kita syukur dengan apa yang ada.
Bukan lah kata semua anak angkat ni jahat ke apa tapi anak orang dengan anak sendiri, tak sama. Kita tak tahu latar belakang anak angkat ni. Sebaiknya kalau nak ambil anak angkat, ambil lah dari baby yang kita boleh bentuk & didik ikut cara kita. Itu pun tak boleh nak ikut 100% sebab gen berbeza.
Rating-
K.fiezz bagi 9/10 sebab overall ceritanya best & mendebarkan bila si Esther ni buat jahat sebab seorang pun tak tahu kecuali Max. Tak padan umur 9 tahun tapi jahat bukan main. Sampaikan ayah angkat dia memang percaya 100% kat Si Esther ni dari bini sendiri. Padan lah muka pun kat John ni masa ending tu. Backup sangat anak angkat kesayangan tu. Eh apa ni tercerita. Tengok lah sendiri. Haha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/06/Sinopsis-Filem-Orphan-Siapa-Esther.html