Singkir Super Kip Razlan Sedia Dikritik


Kuala Lumpur: Dihujani dengan kritikan daripada netizen di laman sosial berhubung tindakan pasukan PETRONAS Sepang Racing Team (SRT) menggugurkan pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali tidak mudah melatah.
Malah dia membaca semua komen dan kecaman yang dilontarkan kepadanya namun keputusan sudah pun dibuat dengan pelumba dikenali sebagai Super KIP itu tidak akan lagi kelihatan di kancah saingan kejuaraan motosikal dunia tahun depan.
Ia bukan keputusan mudah kerana Razlan mengakui bahawa Khairul seorang pelumba yang berbakat apabila dua kali menamatkan perlumbaan sebagai juara di GP Argentina dan Jerman pada 2016
“Saya faham kekecewaan dan kecaman daripada orang ramai. Pasukan Malaysia tapi tiada pelumba tempatan.
“Saya terima kritikan itu dan saya membaca semua maklum balas daripada mereka. Tapi kita perlukan pelumba yang boleh memberikan saingan kompetitif.
“Saya harap peminat bersabar. Untuk membentuk seorang pelumba memerlukan masa dan ketika ini kita ada tiga pelumba yang sedang berlumba di CEV (Adam Norrodin di Kejuaraan Moto2 Eropah, Syarifuddin Azman di Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia dan Muhammad Sharul Ezwan Sharil (European Talent Cup).
“Mereka akan beraksi di Kejohanan Dunia bila sampai masanya. Saya tidak mahu membawa mereka kerana terdesak, saya mahu mereka benar-benar bersedia untuk memberikan cabaran bersaing di peringkat lebih besar,” katanya.

Kata Razlan, PETRONAS SRT sudah memberi Super KIP peluang menunjukkan peningkatan kerana situasi yang dialami oleh pelumba dari Perak itu yang memilih menjalani pembedahan untuk memotong jarinya pada Ogos lalu bagi membolehkannya beraksi dengan baik, tapi keputusan tetap sama, tidak berubah.
“Sebagai pasukan profesional, kita ada sasaran. Sasaran yang diletakkan kepada KIP bukan tinggi. Sebab kita faham situasinya. Kami bertolak ansur dengan sasaran daripada kelompok 15 terbaik ke kelompok 20 terbaik sehinggalah kami katakan ‘jangan sehingga (penamat) tercorot’.
“Kita sudah buat yang terbaik. Malah kekadang itu lebih lagi dari rakan pasukan dia (John McPhee). Tapi tak nampak tanda-tanda dia boleh bangkit. Takkan kita nak pelumba yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-22, ke-18, ke-19.
“Jika dulu kita ada satu pasukan saja iaitu Moto3. Tetapi bila pasukan ini sudah besar, ada Moto3, Moto2 dan MotoGP dan bila pelumba lain tunjukkan peningkatan dan tetapi pelumba tempatan kita tidak begitu. Maka bagi saya, kita sudah tak tahu apakah yang perlu dilakukan lagi, jadi kita membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya,” katanya.
Namun mungkin ada sedikit sinar buat pelumba berusia 22 tahun itu untuk kembali dalam saingan dunia namun ia datang dengan bersyarat, iaitu Super KIP perlu menunjukkan peningkatan pada baki empat perlumbaan saingan dunia nanti.
Itu adalah salah satu peluang untuk Super KIP jika benar pelumba itu mahu kekal dalam perlumbaan permotoran dan kembali berlumba di Kejuaraan Eropah FIM CEV.
“Kalau dia boleh tunjukkan sedikit peningkatan, kita boleh pertimbangkan. Bukannya seperti buka laci ambil wang RM1 juta dan berikan kepada KIP untuk dia ke CEV Moto2. Jadi pelumba itu kena lakukan sesuatu,” katanya.-HM
Moto3: Khairul Idham Pawi digesa beri komitmen tinggi

The post Singkir Super KIP, Razlan sedia dikritik appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/21/singkir-super-kip-razlan-sedia-dikritik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Ekonomi Digesa Sedia Peruntukan Anti Rasuah Sprm

Semua Ekonomi Digesa Sedia Peruntukan Anti Rasuah Sprm

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR 20 OKT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menggesa semua ekonomi agar menyediakan peruntukan daripada belanjawan tahunan untuk menampung usaha usaha antirasuah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata in...
Kemelut Politik Siapa Sedia Berkompromi Siapa Pula Sedia Berkorban Prof Sivamurugan

Kemelut Politik Siapa Sedia Berkompromi Siapa Pula Sedia Berkorban Prof Sivamurugan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 433 hits
KUALA LUMPUR UMNO seharusnya membuat keputusan yang rasional dan praktikal dalam rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas dalam menangani kemelut politik semasa negara agar tidak dilihat bersifat beremosi kerana setiap gerak...
Mengadap Istana Kali Kedua Anwar Sedia Persembah Nama Ahli Parlimen Pada Masa Sesuai

Mengadap Istana Kali Kedua Anwar Sedia Persembah Nama Ahli Parlimen Pada Masa Sesuai

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 812 hits
KUALA LUMPUR 28 Safar 1442H Jumaat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mempersembahkan semua nama 121 Ahli Parlimen yang menyokongnya berserta surat pengesahan daripada setiap presiden parti kepada Yang di Pertuan Agon...
Nama Dipetik Netizen Sharnaaz Ahmad Sedia Beri Kerjasama Pada Sprm

Nama Dipetik Netizen Sharnaaz Ahmad Sedia Beri Kerjasama Pada Sprm

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 279 hits
Hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan terdapat dua selebriti bakal dipanggil untuk siasatan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian Sehubungan dengan itu nama be...
Isu Pembelian Vellfire Mahfuz Dr Ismail Sedia Berhadapan Saman Oleh Sanusi

Isu Pembelian Vellfire Mahfuz Dr Ismail Sedia Berhadapan Saman Oleh Sanusi

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 331 hits
312 total views 312 views today Dua pemimpin Parti Amanah Negara sedia berhadapan saman yang bakal difailkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan pembelian kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire milik Syarikat Air D...
Ubuntu 20 10 Groovy Gorilla Kini Sedia Dimuat Turun

Ubuntu 20 10 Groovy Gorilla Kini Sedia Dimuat Turun

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 284 hits
Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi yang popular dibawah kategori sumber terbuka berasaskan Linux Terbaru pembangunnya telah mengeluarkan sistem operasi versi terbaru Ubuntu iaitu Ubuntu 20 10 Groovy Gorilla Ubuntu 20 10 ini bukanlah...
3 000 Polis Johor Sedia Bertugas Pada Pru15 Ayob Khan

3 000 Polis Johor Sedia Bertugas Pada Pru15 Ayob Khan

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 316 hits
JOHOR BAHRU Lebih 3 000 anggota polis di negeri ini akan bertugas pada Pilihan Raya Umum ke 15 yang diramal akan diadakan pada bila bila masa Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka semua diletakkan dalam keadaan siap...
Saya Sedia Maafkan Dr M Dengan Syarat Kata Najib

Saya Sedia Maafkan Dr M Dengan Syarat Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 546 hits
October 16 2020 11 34 PMNajib Razak mengakui beliau cukup marah dengan Dr Mahathir Mohamad yang sering kali mengeluarkan kata kata kesat dan tuduhan tidak berasas terhadapnya PETALING JAYA Najib Razak sedia memaafkan Dr Mahathir Mohamad jik...
Syahmi Sazli Sedia Terima Jika Mael Totey The Movie Dikecam Pelakon Saya Golongan Oku

Syahmi Sazli Sedia Terima Jika Mael Totey The Movie Dikecam Pelakon Saya Golongan Oku

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 734 hits
Ditanya mengenai kemungkinan filem Mael Totey The Movie bakal menerima kecaman hebat YouTuber popular dan pelakon Syahmi Sazli berkata secara jujurnya dia sudah bersedia untuk menerima kecaman terhadap filem sulungnya yang akan ditayangkan ...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Building An Online Marketing Plan

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Jemaah Penanggal Kampung Lenggong

Luna Maya Dilamar Maxime Bouttier Di Tokyo Ini Perjalanan Cinta Mereka

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama

What S So Hard About Building Trains