Mengadap Istana Kali Kedua Anwar Sedia Persembah Nama Ahli Parlimen Pada Masa Sesuai



KUALA LUMPUR, 28 Safar 1442H, Jumaat – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mempersembahkan semua nama 121 Ahli Parlimen yang menyokongnya berserta surat pengesahan daripada setiap presiden parti kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada masa yang sesuai.
Beliau menegaskan, bukan kuasa polis, ahli politik atau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk memaksa dirinya mendedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang menyokongnya itu.
Ketidaktentuan politik takkan berakhir dengan Anwar jadi PM, kata Mahathir

“Terserah kepada diri saya selaku presiden parti dan ia adalah keputusan saya untuk mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan keputusan polis, ahli politik atau Menteri Dalam Negeri,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Anwar masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 3 petang sebelum keluar semula kira-kira jam 5.10 petang.
Anwar menegaskan bahawa beliau dipanggil ke Bukit Aman kerana ‘desakan politik’.
Kalau tak minta maaf, cari di Padang Mahsyar, kata Najib kepada Mahathir

“Ini jelas merupakan gangguan politik, dan ada arahan politik yang diberikan kepada polis. Cara pertanyaan dan permasalahan itu semata-mata berkisar tentang Ahli Parlimen, siapa mereka dan nama mereka. Ini sama sekali bukan urusan orang lain untuk diketahui.
“Tidak masuk akal untuk mempertanyakan apa yang dibahas secara terperinci antara saya dan Agong,” katanya, sambil memaklumkan beliau memberi kerjasama penuh kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk membantu siasatan.
Katanya, sebanyak enam laporan polis dibuat terhadapnya berhubung dakwaan beliau memperoleh 121 sokongan Ahli Parlimen dari UMNO, Armada BERSATU dan orang perseorangan sebelum ini.
“Memang saya memberi kerjasama penuh namun saya sudah nyatakan kepada pihak polis bahawa saya selaku presiden sudah menerima surat pengesahan daripada presiden parti lain yang menyokong saya,” katanya.
Antara saya dengan Agong, Anwar kata orang lain tak perlu tahu perincian [ VIDEO ]

The post Mengadap Istana Kali Kedua: Anwar sedia persembah nama Ahli Parlimen pada masa sesuai appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/17/mengadap-istana-kali-kedua-anwar-sedia-persembah-nama-ahli-parlimen-pada-masa-sesuai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kemuka Jumlah Sokongan Ahli Parlimen Tanpa Nama Istana Negara

Anwar Kemuka Jumlah Sokongan Ahli Parlimen Tanpa Nama Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan...
Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 496 hits
oleh Dr KamarulSudah bertebaran rata dakwaan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad bahawa Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi kononnya menjanjikan sokongan 30 Ahli Parlimen UMNO kepada Dato Seri Anwar Ibrahim Antara lainnya berita ini te...
Terkini Istana Negara Sahkan Anwar Ibrahim Tidak Serah Bukti Sokongan Ahli Parlimen

Terkini Istana Negara Sahkan Anwar Ibrahim Tidak Serah Bukti Sokongan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 557 hits
Apa yang berlaku sebenarnya Apa yang diserahkan Presiden PKR kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah sebenarnya Persoalan ini timbul apabila Berita Harian ada naikkan satu berita yang menyatakan pihak Istana Negara tidak menerima se...
Macam Kena Kencing Aje Anwar Kata Saya Hanya Persembah Dokumen Sokongan 38 Ahli Parlimen Pkr

Macam Kena Kencing Aje Anwar Kata Saya Hanya Persembah Dokumen Sokongan 38 Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 631 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau sudah mengemukakan senarai nama penuh ahli Parlimen yang menyokongnya ketika menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa l...
Anwar Mengadap Agong Selasa Depan Sedia Persembah Jumlah Majoriti Yang Kukuh Dan Meyakinkan

Anwar Mengadap Agong Selasa Depan Sedia Persembah Jumlah Majoriti Yang Kukuh Dan Meyakinkan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 353 hits
474 total views 474 views today Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa akan mengadap Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini Dakwanya Seri Paduka Baginda sen...
Annuar Musa Minta Anwar Dedahkan Nama Nama Ahli Parlimen Umno Kemaruk Kuasa

Annuar Musa Minta Anwar Dedahkan Nama Nama Ahli Parlimen Umno Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional menyifatkan mana mana Ahli Parlimen UMNO yang memberi sokongan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kemaruk kuasa Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa berkat...
Dakwa Kerajaan Tsmy Sudah Jatuh Anwar Ibrahim Yakin Terima Sokongan Lebih 120 Ahli Parlimen

Dakwa Kerajaan Tsmy Sudah Jatuh Anwar Ibrahim Yakin Terima Sokongan Lebih 120 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 329 hits
Hari yang penuh dengan kontroversi buat rakyat Malaysia serta ahli politik apabila Dato Seri Anwar bin Ibrahim selaku ahli politik daripada pihak pembangkang menghadap Yang di Pertuan Agong bagi menunjukkan jumlah serta sokongan ahli parlim...
Anwar Mohon Agong Sahkan Senarai Majoriti Ahli Parlimen

Anwar Mohon Agong Sahkan Senarai Majoriti Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon Yang di Pertuan Agong meneliti senarai lebih 120 ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada beliau sebelum memperkenankan permohonan pembentukan kerajaan baharu ba...
Pertemuan Anwar Tiada Kena Mengena Dengan Sokongan Ahli Parlimen

Pertemuan Anwar Tiada Kena Mengena Dengan Sokongan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 382 hits
Selepas menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi semua pihak masih menantikan apakah intipati sebenar pertemuan itu Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin agenda pertemuan tersebut adalah...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice