Singkir Mb Atau Ph Tersungkur


Oleh Malike Brahim




 TEMPOH enam bulan berkuasa bukan jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu bertahan satu penggal di Perak. Petanda krisis dalam PH semakin ketara.

 Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak beberapa hari lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad mendakwa ada usaha melobi wakil rakyat UMNO oleh exco kerajaan negeri untuk menyokong undi tidak percaya kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar. Namun, kerajaan PH menafikannya dan mendakwa itu adalah tohmahan palsu dan gimik murahan

Bukan hanya menteri besar tidak mampu bertahan, bahkan kerajaan PH sendiri boleh tumbang bila-bila masa. Dengan 29 kerusi bukan kedudukan kukuh untuk PH boleh memerintah hingga tamat satu penggal. UMNO dan Pas bila-bila sahaja boleh mengambil alih kuasa jika ada kompromi kerana masing-masing mempunyai 27 dan tiga kerusi. Jika dua parti ini bersetuju berpakat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, nescaya PH tidak memerintah di Perak

Usaha menyingkirkan Ahmad Faizal bergantung kepada pengaruh UMNO. Tanpa sokongan UMNO, semua itu tidak menjadi. Ahmad Faizal satu-satunya wakil rakyat daripada Bersatu dalam PH dandipilih sebagai Menteri Besar yang menang dengan majoriti 39 undi sahaja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chendering.

Dari segi komposisi parti, ternyata tiada jaminan untuk Ahmad Faizal kekal sebagai menteri besar. DAP ada 18 kerusi, Amanah (enam kerusi) dan PKR (empat kerusi) yang mana mereka memerlukan tiga lagi kerusi untuk menyingkirkan Ahmad Faizal melalui undi tidak percaya. Sebab itu, mereka perlu melobi wakil rakyat UMNO

Justeru, UMNO adalah penentunya. Pas semestinya tidak menyokong PH kerana berseteru dengan DAP. Mahukah UMNO membantu DAP, Amanah dan PKR dalam usaha menyingkirkan Ahmad Faizal

Alang-alang membantu menyingkirkan Ahmad Faizal, elok UMNO bersekongkol dengan Pas menumbangkan PH. Jika ini berlaku, maka krisis politik 2009 di Perak bakal berulang. Untuk mengelak krisis ini berulang, usaha menyingkirkan Ahmad Faizal melalui undi tidak percaya dikatakan lebih bermaruah berbanding penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu. Atas faktor itu, sokongan UMNO itu diperlukan

Jika Ahmad Faizal disingkirkan, siapakah penggantinya? Calon yang diuar-uarkan ialah Dr. Abdul Aziz Bari daripada DAP. Mahukah istana menerima pencalonan Abdul Aziz sebagai menteri besar? 
Sekiranya pencalonan beliau ditolak, adakah Mohammad Nizar sebagai calon kedua?

DAP sebenarnya masih mempunyai agenda ‘tertangguh’ kerana wakil rakyatnya tidak boleh dilantik sebagai menteri besar selepas PRU-12 (2008) dahulu kerana tiada wakil rakyat Melayu beragamaIslam. Justeru, Mohammad Nizar dilantik sebagai menteri besar. Kini DAP sudah mempunyai Abdul Aziz yang mahir dalam perlembagaan dan bekas profesor. Jadi, DAP merasakan sudah tiba masanya wakilnya menduduki kerusi menteri besar.

Ketika ini, krisis politik Perak umpama retak menunggu belah. Mohammad Nizar sukar untuk dilantik sebagai menteri besar kerana krisis politik 2009 dahulu turut membabitkan penyokongnya dengan istana dan berlarutan hingga ke mahkamah

Oleh itu, Mohammad Nizar bukanlah pilihan kerana sejarah hubungannya dengan istana tidak baik.
Yang pasti ada risikonya jika Ahmad Faizal disingkirkan. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Jawatan menteri besar yang diimpikan oleh DAP, tetapi kerajaan PH tumbang.

Silap percaturan, UMNO dan Pas menguasai kerajaan Perak. Nasib PH umpama ayam menang, kampung tergadai

Dari sudut pengamatan penulis, UMNO boleh bersetuju dalam hal di atas mahu pun untuk menolaknya. Jika bersetuju, apakah manfaatnya kepada UMNO? Sesungguhnya, Ahmad Faizal masih ada roh atau DNA UMNO. Keluarganya orang kuat UMNO. Bapa mentuanya Datuk Radzi Manan ialah Ketua Bahagian UMNO Kampar. Datuk Nolee Ashilin Radzi adalah iparnya yang kini wakil rakyat Tualang Sekah

Radzi ada pengaruh bagi memastikan menantunya kekal sebagai menteri besar sentiasa terjamin. Daripada menyingkirkan Ahmad Faizal, Radzi boleh mengemukakan kepada UMNO untuk bersatu dengan Pas mengambil alih kuasa daripada PH

Difahamkan hubungan Ahmad Faizal dengan anggota Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak adalah baik dan SUK sinonim dengan UMNO. Lagi pun, sebelum ini beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Ipoh Timur sebelum menyertai Bersatu

Sejarah silam dan faktor kekeluargaan itu menyukarkan usaha menyingkirkan Ahmad Faizal walaupun dikatakan kurang berkesan dan gagal melaksanakan peranannya sebagai menteri besar. Idea dan pandangannya juga kerap berbeza dengan exconya

Hal ini menyebabkan politik Perak dalam dilema dan menjurus kepada krisis besar. Jika ini benar berlaku, jelas kerajaan PH Perak tidak stabil. Andai kata krisis politik dalam PH berterusan, bukan hanya Ahmad Faizal boleh tersingkir, tetapi kerajaan PH pun boleh tersungkur

*Dr. Malike Brahim ialah Perunding Kanan Global Political Analyst and Academic Consultant (GoPAC).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/singkir-mb-atau-ph-tersungkur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fikiran Menentukan Positif Atau Negatif

Fikiran Menentukan Positif Atau Negatif

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 406 hits
Hidup ini mengikut apa yang kita fikirkan Banyak perkara akan berubah mengikut apa yang kita fikirkan Jika kita yakin pada apa yang dilakukan maka itulah yang akan berlaku atau diperoleh Sebaliknya jika kita rasa ragu dan tiada keyakinan ma...
Bayi Selalu Berkahak Nafas Bunyi Lendir Kerap Ruam Panas Atau Susu Petanda Awal Mungkin Ekzema

Bayi Selalu Berkahak Nafas Bunyi Lendir Kerap Ruam Panas Atau Susu Petanda Awal Mungkin Ekzema

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 1639 hits
Kebanyakan anak anak ekzema masa lahir normal tapi selang beberapa bulan mula menunjukkan tanda tandanya Bagaimanapun di peringkat awal ibu bapa tak sedar kerana ia hanya merah merah di bahagian kulit dan tak teruk pun Namun bila keadaan in...
Inilah Caranya Mencari Barang Sihir Yang Ditanam Atau Tersembunyi Semoga Bermanfaat Rileks Media

Inilah Caranya Mencari Barang Sihir Yang Ditanam Atau Tersembunyi Semoga Bermanfaat Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 650 hits
Sebelum saya nak kongsikan teknik nak mencari barang sihir ini saya nak tegaskan bahawa teknik kaedah yang saya nak kongsikan ni tiada sebarang keajaiban pun Takde yang istimewa Cara ini lebih kepada mengharap seratus peratus bantuan dari A...
Cara Menebus Dosa Kepada Ibu Bapa Atau Orang Yang Telah Tiada Lagi Mohon Dapat Menjadi Iktibar Rileks Media

Cara Menebus Dosa Kepada Ibu Bapa Atau Orang Yang Telah Tiada Lagi Mohon Dapat Menjadi Iktibar Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1210 hits
Dosa sesama insan hanya diampun setelah kita meminta ampun kepada insan tersebut tapi macam mana kalau orang yang kita nak minta ampun dah menin ggal dunia Ini caranya ikut cara yang Rasulullah ajar ni Dalam Islam berbakti kepada orang tua ...
Mca Ada Atau Tidak Tiada Beza Terserah Mca Hendak Keluar Bn

Mca Ada Atau Tidak Tiada Beza Terserah Mca Hendak Keluar Bn

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 371 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan tiada bezanya sama ada MCA berada di dalam Barisan Nasional atau sebaliknya Katanya hal demikian kerana setiap kali pilihan raya hanya UMNO yang gigih bekerja sedangkan MCA ...
Penjawat Awam Gemuk Tun M Keliru Atau Terlupa

Penjawat Awam Gemuk Tun M Keliru Atau Terlupa

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 521 hits
Gambar Hiasan Jika Tidak jadi Penjawat Awam Mungkin Mereka akan menoreh getahPERKHIDMATAN AWAM GEMUK Dr Mahathir yang meletak jawatan pada 2003 selepas 22 tahun memerintah tidak gembira falsafahnya tidak diikuti oleh pengganti beliau dalam ...
Sudirman Said Belum Tahu Prabowo Sandi Hadir Atau Tidak Di Reuni Alumni 212

Sudirman Said Belum Tahu Prabowo Sandi Hadir Atau Tidak Di Reuni Alumni 212

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 339 hits
Ketua Umum 212 Slamet Ma arif menyebut Prabowo Subianto akan hadir di acara reuni di kawasan Monas pada Minggu besok Menurut dia kehadiran Danjen Kopassus dalam acara itu sebagai tamu kehormatan
Hadiah Untuk Si Manja Baby Atau Newborn Dari Lovingly Signed

Hadiah Untuk Si Manja Baby Atau Newborn Dari Lovingly Signed

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 510 hits
Hadiah untuk si manja Baby atau newborn dari Lovingly Signed Sudah lama tak mempunyai anak kecil Paling kecil pun sekarang dah berumur 4 tahun Cukuplah tu rezeki yang Allah berikan Anugerah paling berharga Dahulu kalau disahkan mengandung t...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Resipi Lengkap Ayam Gulai Padang Memang Sedap Gerenti Jadi

Pergilah Di Tempat Kamu Lebih Dihargai

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31