Singkap Sisi Gelap Insiden Ekstrem Ketenteraan Lelaki Korea Akui D P Realistik
Meskipun hanya 6 episod, “D.P” berjaya memaparkan realiti menyakitkan yang berlaku dalam ketenteraan Korea.
[Amaran SPOILER]
Nampak melampau tapi kebanyakan babak ‘ganas’ yang ditayangkan membangkitkan pelbagai rasa dalam diri lelaki Korea yang berusia 20 ke 30 tahun. Antaranya ialah menyeksa pelatih sedang tidur, menolak kepala pelatih sehingga terkena paku, tentera senior membaca surat daripada ibu pelatih yang dipenuhi ratapan sedih, dipaksa beronani, berkumpul ramai-ramai dan memukul pelatih, membuka seluar dalam pelatih secara paksa dan membakar bulu pada badan. Kejam kan semuanya?
Respon segelintir lelaki yang pernah melalui pengalaman ini,
Ia sama seperti apa yang saya lalui di kem tentera dahulu lantas saya menutupnya.
PTSD hingga rasa nak mati apabila memikirkannya.
Ketenteraan Korea langsung tak berubah.
Bukan sekadar rekaan, norma buruk yang berterusan diamalkan di dalam sistem ini sudah lama mendapat perhatian ramai. Daripada pelanggaran hak manusia, perkhidmatan makanan yang teruk hingga kematian pegawai wanita turut menjadi isu yang hebat diperbincangkan sebelum ini. Bahkan presiden Moon Jae-in sendiri memilih untuk masuk campur dan meminta budaya ini diubah dan diperbaiki.
Lagi pula, drama seperti ini akan mengetengahkan isu buruk yang berlaku di ketenteraan Korea pada mata dunia.
Kata seorang pegawai tentera,
Ianya agak sukar kerana negara luar turut memberikan perhatian terhadap drama yang menampilkan kekejaman ekstrem di dalam situasi berkenaan.
Kata seorang pegawai lain pula,
Saya sedang menonton drama ini bersama anak saya yang kini bersekolah rendah, dia menatap saya dengan wajah terkejut. Jadi, saya berasa agak malu.
Seorang bekas Komander Peperangan iaitu Jeon In-bum turut berkongsi pendapatnya di laman media sosial mengenai “D.P.”,
Kami menghadapi pelbagai situasi ekstrem yang boleh berlaku dalam unit yang paling tidak tersusun pada 10 ke 15 tahun lalu. Bagaimana sekiranya ia berlaku dalam unit yang saya jaga? Merisaukan.
Berlatar belakangkan pada tahun 2014, ada yang menceritakan beberapa insiden buruk yang berlaku di dalam kem ketenteraan Korea pada ketika itu. ‘Insiden Prebet Yoon’ di mana dia dipukul tanpa belas kasihan oleh senior lain dan ‘insiden Sarjan Lim’ di mana dia melarikan daripada kem dengan bersenjata kerana tidak tahan dibuli pada saban hari. Sampaikan ada pepatah yang popular pada ketika itu iaitu, ‘Kalau tahan, awak prebet Yoon, kalau tak tahan, awak Sarjan Lim’.
Sekadar pengetahuan, “D.P.” diadaptasi daripada webtoon popular mengisahkan seorang tentera muda bernama Ahn Jun-ho (Jung Hae-in) yang menjalani khidmat ketenteraan wajib seperti lelaki lain di Korea. Namun, dia kemudiannya sedar bahawa kehidupan di markas tentera adalah seperti neraka. Kemudian, pada suatu hari, dia menerima tawaran untuk menyertai unit ‘D.P. (Deserter Pursuit)’, di mana unit ini bertugas untuk mengejar kadet yang melarikan diri daripada latihan mereka.
Dahsyat kan drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/d-p-dipuji-realistik-singkap-sisi-gelap-insiden-ekstrem-ketenteraan-korea/