Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010


Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010 | Taman Botani atau dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah ni bukan lokasi asing bagi umi sebab pernah sampai melawat ke sini dulu, tapi tak ingat dengan siapa. Memang tempat ni cukup popular dulu dan jadi tempat yang sering dikunjungi sambil nikmati keindahan hutan rimba.

Pada tahun 2010, ahli keluarga sebulat suara untuk berkumpul dan berhimpun sempena hari keluarga Haji Hamid Dan Hajah Ramlah (Allahyarhamah abah dan mak) sebab abang Chaq, abang yang sulung menaja sepenuhnya penginapan di chalet kat sini. 


Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010
Lepas makan pagi di Restoran Azira, kami terus menghantar Kak Cik Iman ke UiTM untuk kuliah face to face yang akan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahhari. Dalam perjalanan tu dah terfikir nak menziarahi Mazlene kawan sekerja masa di Travelynne & Tours dulu tapi bila call dan mesej tak berjawab dan berbalas.


Jadinya kat DH, takkan la nak tunggu dekat UiTM tu, jadinya kami terus ke Taman Botani yang meningalkan kenangan manis waktu mengadakan hari keluarga tahun 2010 dulu. Lama sungguh tu dan tak pasti apakah ada kesempatan untuk berhimpun seperti itu lagi memandangkan bonda pun tidak sihat.


Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010

Waktu kami sampai kat pintu gerbang tu dah terfikir, "eh ok lagi ke tempat ni?" atau dah rundown sebab hampir 3 tahun MCO dan kemungkinan tidak terjaga tu sangat besar kan. 
Alhamdulillah, mujur tidak bila kami sampai kat parking, kelihatan ramai orang yang bergambar di dataran.  

Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010

Jadinya kami pun sempat juga bergambar kat sini sebelum menaiki bas  yang membawa penumpang sambil menikmati keindahan Taman Botani


Bas ini berakhir berdekatan chalet yang pernah kami inap masa Hari Keluarga dan pusing balik. Bas ini akan berhenti menurunkan penumpang yang ingin turun untuk membuat aktiviti seperti flying fox dan sebagainya

Kami turun dan mula explore Taman Botani ni sambil menikmati kehijauan dan ketenangan taman

Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010

Sempat juga umi merasa melalui jambatan gantung walau ada pengunjung yang tak henti-henti nak bergambar. Memang agak penat sebenarnya sebab stamina dah tak ada, apatah lagi kami semua hanya berselipar. 
Memang tak duga pun nak singgah kan, asalnya hanya nak hantar KC Iman

Bila tak prepared tu memang tak seronok sangat nak berlebihan buat aktiviti apatah lagi nak berjalan banyak

Memang rasa rugi tak masuk ke kawasan aktiviti tapi bila pakai selipar ni memang tak boleh nak cergas dan terasa penatnya

Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010


Bagi anda yang nak kena sini mungkin boleh datang awal pagi dan habiskan masa seharian di sini sebab banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama kawan dan ahli keluarga


Antara tarikan yang sempat umi google di website TBNSA adalah Camar Rimba, Skytrek, RISEM, Flyfishing, Taman Buah-buahan Tropika, Empangan Sungai Baru, Empangan Sungai Air Kuning, Taman Kaktus, Kampung Idaman, Kampung Budaya, Kayak dan banyak lagi

Antara kemudahan yang terdapat di sini selain bas yang kami naiki untuk keliling Taman Botani adalah  surau, tempat letak kenderaan, wakaf atau pondok rehat


Terdapat banyak tarikan selain taman dan kebun antaranya Taman Haiwan, Taman Hiasan, Rumah Iklin Sederhana Empat Musim, Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman, Taman Kaktus, Taman Buah-buahan Tropika, Taman Padi, Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan, Empangan/Tasik dan Kampung & Chalet


Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010


KADAR HARGA KEMUDAHAN DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM
CAJ KONSERVASI (WAJIB)
RM 3.00 - Dewasa (12 hingga 54 tahun)
RM 1.00 - Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun)
RM 1.00 - Warga Emas (55 tahun ke atas)
PERCUMA bagi pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)


CAJ KONSERVASI
RUMAH IKLIM SEDERHANA EMPAT MUSIM
RM 5.00 - Dewasa (12 tahun dan ke atas )
RM 3.00 - Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun)
PERCUMA Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)


Jangan risau sebab tiada caj untuk tempat letak kenderaan pun.


Mungkin kalau ada peluang ke area sini, mungkin kami boleh singgah lagi tapi kenalah memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.


Terima kasih sebab membaca dan apakah next story umi lepas ni


Catatan Pengalaman : 5 Februari 2023




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/03/singgah-taman-botani-shah-alam-gamit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Butik Chenta Lunar Shah Alam Lengkapi Gaya Hari Raya Korang Tahun Ini

Butik Chenta Lunar Shah Alam Lengkapi Gaya Hari Raya Korang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 294 hits
Hi Korang Macam mane persiapan raya tahun ni dah prepare ke Ermm kak lily warna tema pun tak fikir lagi mungkin pakai apa yang ada agaknya Tapi nak jugak merasa baju raya baru juga kan hehehehe biasa lah orang perempuan memang can tuh Seper...
Explain Shah Alam Stadium Deal Selangor Govt Told

Explain Shah Alam Stadium Deal Selangor Govt Told

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 165 hits
In July the Selangor government said it had appointed MRCB to carry out the Shah Alam stadium project in a private public partnership PETALING JAYA The Selangor state government has been urged to explain the terms of a deal for redevelopmen...
Dinner Di Pak Long Kopitiam Plaza Shah Alam Selangor

Dinner Di Pak Long Kopitiam Plaza Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 172 hits
Assalamualaikum semua Maaaf mama kesibukan beberapa hari ini Tentu ramai juga yang sibuk macam mama kan Almaklumlah anak baru mulakan persekolahan bagi sesi 2023 24 ni Anak sedara mama seorang masuk darjah 1 seorang prasekolah dan keduanya ...
Itinerari Trip Bercuti Ke Korea Selama 6 Hari Tahun 2023

Itinerari Trip Bercuti Ke Korea Selama 6 Hari Tahun 2023

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 249 hits
Cuba cari tempat bercuti naik flight tak jauh sangat Cuba cari tempat sejuk sesuai untuk jalan jalan Cuba cari tempat sesuai untuk trip sesuai semua family Lepas beberapa hari terus decide untuk bercuti di Seoul Korea untuk tahun 2023 Semua...
Buffet Ramadan 2023 Iftar Di Concorde Shah Alam

Buffet Ramadan 2023 Iftar Di Concorde Shah Alam

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 264 hits
Selamat Berpuasa pembaca kesayangan Hotel Concorde Shah Alam turut memeriahkan kedatangan bulan Ramadan dengan menyediakan juadah buffet bertemakan IFTAR DI CONCORDE bermula dari 23 Mac 2023 hingga 21 April 2023 Pelbagai jenis masakan tradi...
Water Cuts In Klang And Shah Alam Overnight

Water Cuts In Klang And Shah Alam Overnight

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 250 hits
Air Selangor said it will be sending out tankers to affected areas PETALING JAYA A total of 55 areas in Klang and Shah Alam will experience water cuts because of a burst main the Selangor water supply company Air Selangor said tonight The d...
Kid S Friendly Buffet Ramadhan 2023 Selera Nusantara Dewan Bankuet Mbsa Shah Alam

Kid S Friendly Buffet Ramadhan 2023 Selera Nusantara Dewan Bankuet Mbsa Shah Alam

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 402 hits
KID S FRIENDLY BUFFET RAMADHAN 2023 SELERA NUSANTARA DEWAN BANKUET MBSA SHAH ALAM Mummy faham perasaan mak pak yang ada anak kecil Risau dan takut nak ke Buffet Ramadhan Sebab takutkan anak tak boleh behave dan juga cepat boring KID S FRIEN...
Umno Terpalit Dengan Nama Busuk Hingga Hari Ini Akibat Mengizinkan Tun Mahathir Menunggang Parti Umno Lebih 22 Tahun

Umno Terpalit Dengan Nama Busuk Hingga Hari Ini Akibat Mengizinkan Tun Mahathir Menunggang Parti Umno Lebih 22 Tahun

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 294 hits
Cukup cukuplah Tun Mahathir1 Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan 2 Pertama keti...
Muhyiddin To Face Another Corruption Charge In Shah Alam On Monday

Muhyiddin To Face Another Corruption Charge In Shah Alam On Monday

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 195 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin is set to face another corruption charge at the Shah Alam court next Monday This is according to Bersatu deputy president Ahmad Faizal Azumu Speaking to supporters outside the Kuala Lumpur court complex to...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti