Singgah Di Cheonggyecheon Di Seoul Di Korea Selatan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Okay, setelah melawat The National Folk Museoum of Korea, kembara Mummy di bumi Korea Selatan diteruskan dengan melawat Cheongyecheon.
Ia adalah projek pemulihan dan pengindahan sungai sehingga menjadi lokasi pelancongan. Kawasan sungai ni menjadi meriah semasa Pesta Tanglung Tahunan (Annual Lantern Festival) di mana dikatakan 35000 tanglung akan berada di sini. Wah wah wah.
Tedi rasa teruja nak menyaksikan Festival Tanglung tu tetapi apabila memikirkan akan ada ramai manusia di sana, malas pula rasanya.
Selain sungai yang mungkin sekadar parit tu, nak kata parit pun bukan juga, mungkin saliran air, kawasan Cheongyecheon ni juga ada banyak monumen. Erm, bagus betul mereka ni, letak monumen dah jadi kawasan pelancongan. Bukan susah sangat ye tak? Kurang-kurang pelancong ada subjek untuk bergambar. Padahal kalau monumen yang sama diletakkan di Malaysia, pun sama juga.
Tapi projek pengindahan sungai ni memang bagus kerana ia memberikan pelancong peluang berjalan di tebing sungai sambil bergambar dengan monumen-monumen yang disediakan. Berjalan jauh pun tidak terasa penatnya ye tak? Agaknyalah.
Mojeongyo BridgeJambatan Mojeongyo adalah salah satu jambatan pertama yang ditemui di hujung barat Sungai Cheonggyecheon berhampiran Cheonggye Plaza dan Gwanghwamun Square. Scented Fruit pernah dijual di lokasi ini pada masa lalu. Apa bendanya Scented Fruit tu? Setiap tahun akan diadakan Festival Tanglung di sini. # Sunday, 11 May 2014, 16:14 # 20140511 # 20140511-IDAZZ-ILCE5000 Korea Selatan (636).JPG # SONY ILCE-5000 # https://goo.gl/maps/PV2CJenhDuEf3PpUA #Papan tanda menunjukkan arah ke Cheonggye Plaza dan paling penting tandas di National Information Society Agency. # Sunday, 11 May 2014, 16:20 # 20140511 # 20140511-IDAZZ-ILCE5000 Korea Selatan (654).JPG # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 #Nak merasakan macam mana keadaan di sana? Lawat je Streetview di bawah:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2020/05/singgah-di-cheonggyecheon-di-seoul-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29