

Nama Jalan Ampas pertama kali disebut di dalam filem Seniman Bujang Lapok, (1961).
Kepada siapa yang tak tahu, pada tahun 1945, selepas Perang Dunia ke-2, di Singapura, lahirnya sebuah produksi filem yang sangat gah – Malay Film Productions Ltd. Di studio inilah, pelakon, penyanyi dan pengarah lagenda yang hebat sepanjang zaman, P Ramlee dan pelakon-pelakon lagenda lain yang seangkatan, menempa nama.
No. 8, Jalan Ampas.
Hebatnya Jalan Ampas ni dulu, sehinggakan ia pernah digelarkan sebagai ‘Hollywood Filem Melayu’. Fuhhh!

Bila pengambaran sedang berlangsung, lampu pada papantanda ‘Silent’ akan menyala.
Logo Shaw Brothers
Lokasi dimana, Jamil dalam filem Madu Tiga (1964), terjun sebab lari dari dikejar isteri-isterinya.
Selain Seniman Bujang Lapok, lokasi Studio Jalan Ampas juga dapat dilihat dengan jelas dalam filem Mogok (1957).
Mungkin, kalau di Malaysia, studio ini sudah dijadikan muzium. Maklumlah, Malaysia kan suka simpan barang lama. Lama juga kami bersantai dekat sini. Banyak kesah yang diceritakan oleh Uncle Joe, sampai disediakan makan minumlah ceritanya.
Uncle Joe Hogan, memberi penjelasan.
Oleh sebab masa yang sangat, kami terpaksa meninggalkan Jalan Ampas dengan segera. Maka berangkatlah kami ke Kampong Glam. Di Kampong Glam pula, terletaknya Arab Street yang menempatkan Restoran Zam Zam yang terkenal dengan muratabaknya. Sebelum berjalan kaki ke Arab Street, sempatlah kami singgah Pusat Warisan Melayu (pekarangan je), Muscat Street dan Masjid Sultan.
Muscat Street


Restoran Zam Zam
Masjid Sultan
Masjid Sultan ni adalah masjid pertama dan terakhir yang kami singgah sepanjang berada di Singapura. Untuk pengetahuan semua, dekat Singapore, ada banyak masjid. Bukan satu dua ketul je. Untuk info dan lokasi masjid sekitar Singapura, klik sini.
Murtabak kambeng
tak ingat nasik apa da ni.
Sudah kenyang, kami ke lokasi terakhir, Bugis Street. Shopping! Siapa yang tabah shopping last minute di Jalan TAR, Kuala Lumpur ketika musim perayaan, boleh lah masuk Bugis Street ni. Banyak lagi tempat tak pergi. Mungkin, lain kali kami akan masuk lagi, untuk cerita yang lain pula. Tata!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |