Singapura Hapus Sejarah Melayu Buka Pulau Itu Rileksmedia


PADAM… Setelah berjaya ‘tipu’ generasi muda Singapura pasca-pemisahan Malaysia pada 1965, pemerintah republik itu kini bertindak lebih dahsyat dalam usaha padam sejarah negara tersebut. Kali ini media tempatan melaporkan, pihak berkuasa Singapura semalam secara rasmi melancarkan logo peringatan sempena genap 200 tahun ketibaan Sir Thomas Stamford Bingley Raffles ‘buka’ pulau itu pada 6 Februari 1819 lalu.
Logo berbentuk geometrik tujuh bulatan yang cukup pelik dan tidak menarik itu kononnya direka khas bagi gambar evolusi Singapura daripada pulau jajahan British sehingga berkembang jadi negara maju di rantau Asia Tenggara.
Stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan, melalui logo itu, rakyat Singapura diharap kenang semula kisah kemajuan dicapai sebuah negara kecil, yang dahulu lebih dikenali sebagai satu titik merah.
Bulatan di logo itu pula mencerminkan transformasi Singapura susuri jejak masa, bukan sahaja sepanjang 200 tahun lalu, malah sejak 500 tahun lepas sebagai lokasi strategik dari segi geografi dan perdagangan antarabangsa.
Malangnya, apa tidak didedahkan kepada rakyat negara itu khususnya yang lahir selepas 1965 ialah pulau seluas 722 kilometer persegi itu asalnya dibuka oleh putera raja Srivijaya berketurunan Iskandar Zulkarnain, Sang Nila Utama.
Baginda yang diberi gelaran Sri Maharaja Sang Utama Parameswara, Batara Sri Tri Buana pada 1324 dikatakan buka Singapura secara kebetulan ketika buru rusa di sebuah pulau lain sebelum ternampak pula pulau dikenali Temasek.

Sang Nila Utama membuat keputusan untuk lawat pulau tersebut namun dalam pelayaran ke sana, kapal baginda dipukul ribut kuat dan dimasuki air. Demi elak karam, pengiring baginda campak semua barang yang berat ke laut.
Malangnya kapal itu masih dimasuki air dan karam sedikit demi sedikit. Atas nasihat nakhoda kapal, baginda buang mahkota kerajaan yang berat ke dalam laut, dan ribut berhenti serta-merta malahan selamat berlabuh di Temasek.
Baginda mendarat di muara sungai Singapura sekarang dan menuju ke hutan untuk buru haiwan liar sebelum tiba-tiba ternampak binatang pelik yang berbadan warna merah tetapi berkepala hitam manakala dadanya pula putih.
Ia kelihatan sangat cantik dan bergerak dengan pantas hilang ke dalam hutan. Sang Nila Utama yang tergamam kemudian bertanyakan tentang haiwan itu kepada Bendahara, lalu diberitahu yang ia kemungkinan seekor singa.
Merasakan ini petunjuk baik, baginda putus untuk bina sebuah bandar baharu di Temasek dan dinamakan Singha Pura iaitu Kota Singa bersempena dengan nama binatang yang dijumpai baginda dalam perkataan bahasa Sanskrit.
Sang Nila Utama perintah Singapura selama 48 tahun dan mangkat pada 1372 dimakamkan di Bukit Larangan (kini Fort Canning Hill). Cicit baginda, Paduka Sri Maharaja Parameswara diusir Majapahit dan buka Melaka pada 1401.
Bagaimanapun, kajian terbaharu di Singapura menunjukkan singa tidak pernah pun hidup di pulau itu apatah lagi ia bukan haiwan asli di benua Asia dan apa yang mungkin dilihat oleh Sang Nila Utama ialah seekor harimau malaya.
Patung Francis Light di pekarangan Muzium Pulau Pinang di George Town. – Gambar hiasan Ironi, selepas Singapura dinyah keluar Persekutuan Malaysia, kisah lama ini sengaja dipadam dalam sukatan buku teks sejarah semua sekolah di republik itu sebagai usaha hapuskan segala warisan kebanggaan masyarakat Melayu.
Pemerintah negara itu sebaliknya mendakwa konon Raffles yang dapat jajah Singapura; hasil penipuan terhadap Hussein Mua’zzam Shah ibni Mahmud Shah Alam, konon ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau diiktiraf British.
Walhal apa yang berlaku, baginda sekadar jadi boneka penjajah kerana berbalah kuasa dengan adik tirinya, Abdul Rahman dilantik sebagai Sultan Johor setelah kemangkatan ayahanda mereka, Sultan Mahmud Shah III pada 1812.
Sultan Hussein dianggap pengkhianat Melayu kerana ‘gadai’ Singapura kepada British, dan hanya dibayar gaji 5,000 pound setahun, akhirnya mangkat dalam keadaan hina pada 1835 malah disemadikan di Masjid Tengkera, Melaka.
Ketika ini, PAP yang perintah Singapura sejak 1965, semakin agresif padam segala legasi imej Melayu di pulau itu termasuk tukar nama tempat kepada perkataan dalam bahasa Cina kerana konon ia kelihatan lebih antarabangsa.
Keadaan yang sama turut berlaku di Pulau Pinang apabila DAP setelah berjaya kuasai negeri di Utara Semenanjung Malaysia itu sejak Pilihan Raya Umum 2008, ubah sejarah konon Sir Francis Light buka pulau tersebut pada 1786.
Bahkan ada tokoh DAP (yang parti itu sendiri asalnya diasaskan PAP) akhir-akhir ini dakwa Kuala Lumpur dibuka Yap Ah Loy, waima pakar sejarah tempatan mengesahkan ia diwujudkan Sutan Puasa pada 1850. – Mynewshub.TV

sumber : mynewshub
The post Singapura Hapus Sejarah Melayu Buka Pulau Itu! – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/singapura-hapus-sejarah-melayu-buka-pulau-itu-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Kesal Ph Bertindak Hapus Aim Rileksmedia

Pemuda Umno Kesal Ph Bertindak Hapus Aim Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 236 hits
SEDIH Pakatan Harapan tidak wajar bubar Amanah Ikhtiar Malaysia yang terbukti berjaya keluarkan ratusan ribu rakyat daripada dibelenggu kemiskinan sejak ditubuh pada 1987 Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merujuk...
Mahfuz Saran Industri Buka Peluang Kerjasama Dengan Pusat Tahfiz Rileksmedia

Mahfuz Saran Industri Buka Peluang Kerjasama Dengan Pusat Tahfiz Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 245 hits
TANAH MERAH Pihak industri disaran memberi ruang untuk bekerjasama dengan pusat thafiz bagi melatih pelajar dalam bidang kemahiran sekali gus membantu pusat itu melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing Ketika membuat saranan itu Timbalan...
Najib Bongkar Mahathir Gadai Ktmb Singapura Rileksmedia

Najib Bongkar Mahathir Gadai Ktmb Singapura Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 284 hits
BONGKAR Setelah Datuk Seri Najib Razak dedah Pakatan Harapan akan jual aset negara termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad beliau teruk diserang netizen pro PH kelmarin Ini termasuk dakwaan liar mereka yang jelas berbaur fitnah kononnya bekas...
Melayu Jangan Lupa Sejarah Yang Diberi Kerakyataan Jangan Biadap

Melayu Jangan Lupa Sejarah Yang Diberi Kerakyataan Jangan Biadap

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 263 hits
SENJATA ORANG MELAYU ADALAH FAKTA SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN NEGARA TANAH MELAYU Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Ismail Mina Ahmad menyeru rakyat di negara ini agar memelihara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan Kredit
Sejarah Melayu Ditindas Mereka Tidak Malas

Sejarah Melayu Ditindas Mereka Tidak Malas

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 873 hits
Pengkhiatan Orang Luar Sudah Lama Pada Melayu Islam Kini tinggal Tanah Melayu belum terlaksana DENGAR HUJAH Orang Melayu Sebenarnya Tak Malas Sebenarnya Melayu Yang Kena TINDAS FAKTA KAJIANHubungi WhatsApp 0134863830 untuk dapatkan Judul Se...
Bagaimana Melayu Singapura Dipinggirkan Kerajaan Pap Tanpa Menukar Perlembagaan

Bagaimana Melayu Singapura Dipinggirkan Kerajaan Pap Tanpa Menukar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 671 hits
FAKTA Bagaimana Melayu Singapura Dipinggirkan Kerajaan PAP Tanpa Menukar Perlembagaan Orang Melayu ni Paranoid Kalau kita Ratifikasi ICERD Hak hak Istimewa Bumiputera masih terjamin Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2 3 majoriti tet...
Lantik Juruperunding Audit Bertauliah Analisis Cadangan Hapus Tol Rileksmedia

Lantik Juruperunding Audit Bertauliah Analisis Cadangan Hapus Tol Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kerja Raya akan melantik juruperunding audit bebas bertauliah pada awal Januari depan bagi membantu kerajaan membuat analisis data dan cadangan berhubung isu penghapusan kutipan tol Menterinya Baru Bian berkata anal...
Maszlee Nafi Mahu Masukkan 1mdb Dalam Subjek Sejarah Rileksmedia

Maszlee Nafi Mahu Masukkan 1mdb Dalam Subjek Sejarah Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menafikan laporan media yang mendakwanya menyebut kes 1Malaysia Development Berhad akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah di sekolah Setiausaha Akhbarnya Shahrul Aman Mohd Saari berk...
Singapura Harap Isu Maritim Dibincang Secara Konstruktif Aman Rileksmedia

Singapura Harap Isu Maritim Dibincang Secara Konstruktif Aman Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 306 hits
SINGAPURA Menteri Kewangan Singapura yang juga bakal Perdana Menteri republik itu telah melahirkan harapan agar kedua dua negara dapat membincangkan isu maritim secara konstruktif dan aman selaras dengan undang undang antarabangsa Ini akan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri