Singapura Akan Anggap Rokok Elektronik Sebagai Isu Dadah Pm Wong


Singapura Akan Anggap Rokok Elektronik Sebagai Isu Dadah – PM Wong
SINGAPURA, 17 Ogos (Bernama) — Singapura akan menganggap penggunaan rokok elektronik atau vape sebagai isu dadah serta mengambil tindakan lebih tegas dengan mengenakan hukuman lebih berat terhadapnya, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.
Wong, yang juga Menteri Kewangan berkata setiap generasi bimbang tentang pengaruh negatif yang menjejaskan golongan muda dan rokok elektronik telah muncul sebagai satu kebimbangan yang serius.
Beliau berkata kebanyakan vape bukan sekadar rokok elektronik, tetapi dicampur dengan bahan menyebabkan ketagihan dan berbahaya seperti etomidate, dan keadaan ini boleh menjadi lebih buruk pada masa masa hadapan.
“Setakat ini kita telah menganggap rokok elektronik seperti tembakau, paling berat kita kenakan denda, tetapi itu tidak lagi mencukupi.
“Kita akan menganggap ia sebagai isu dadah dan mengenakan hukuman yang jauh lebih berat. Ini termasuk hukuman penjara dan hukuman lebih berat bagi mereka yang menjual rokok elektronik dengan bahan berbahaya,” katanya pada Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) yang diadakan di Ibu Pejabat Institut Pendidikan Teknikal (ITE), di sini. Beliau berkata bagi mereka yang ketagih kepada rokok elektronik, kerajaan akan menyediakan pengawasan dan pemulihan untuk membantu mereka berhenti.
Wong menambah kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan di seluruh negara dan melancarkan kempen pendidikan awam secara besar-besaran — bermula di sekolah, institusi pengajian tinggi dan semasa perkhidmatan negara.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan akan menerajui usaha itu, namun ia merupakan satu gerakan menyeluruh seluruh kerajaan.
Sebelum ini diumumkan bahawa etomidate akan diklasifikasikan sebagai dadah terkawal Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Sementara itu, Wong ketika berucap dalam Bahasa Melayu, berkata Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) yang diumumkan penubuhannya tahun lepas, akan mempunyai kampus tersendiri di Rochor.
Kampus itu akan terletak bersebelahan kampus Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan pelajar SCIS boleh mengambil kursus sains sosial di SUSS sebagai sebahagian daripada pengajian mereka.
Beliau turut memaklumkan bahawa Taman Warisan Melayu yang akan dibuka semula tahun depan akan mempunyai galeri dan program baharu sebagai sebahagian inisiatif untuk melestari dan memupuk warisan Melayu Singapura.
NDR diadakan dalam tiga segmen iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Bahasa Inggeris.
BACA: Insentif Khas Akan Diberi Kepada SMK Dr. Burhanuddin Jika Catat Sifar Buli – Fadhlina
Sumber: BERNAMA
The post Singapura Akan Anggap Rokok Elektronik Sebagai Isu Dadah – PM Wong appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/17/singapura-akan-anggap-rokok-elektronik-sebagai-isu-dadah-pm-wong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trump Bertemu Putin Di Alaska Anggap Sebagai Ujian Keserasian

Trump Bertemu Putin Di Alaska Anggap Sebagai Ujian Keserasian

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 277 hits
Trump Bertemu Putin Di Alaska Anggap Sebagai Ujian Keserasian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin akan bertemu pada Jumaat di Alaska dalam satu sidang kemuncak berisiko tinggi yang mungkin m...
Peniaga Vape Di Seluruh Pahang Di Beri Tempoh Sehingga 31 Disember Ini Untuk Habiskan Stok Rokok Elektronik

Peniaga Vape Di Seluruh Pahang Di Beri Tempoh Sehingga 31 Disember Ini Untuk Habiskan Stok Rokok Elektronik

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 880 hits
KUANTAN Pengusaha kedai vape di seluruh Pahang diberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk menghabiskan stok rokok elektronik mereka sebelum larangan sepenuhnya di seluruh negeri berkuat kuasa tahun hadapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan ...
Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat Pm Agc

Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat Pm Agc

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 646 hits
Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat PM AGC Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak timbul sebarang isu kehilangan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Perdana...
Isu Zara Qairina Kpm Rayu Orang Ramai Elak Himpunan Boikot Smka Tun Datu Mustapha

Isu Zara Qairina Kpm Rayu Orang Ramai Elak Himpunan Boikot Smka Tun Datu Mustapha

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 363 hits
KUALA TERENGGANU Kementerian Pendidikan merayu orang ramai supaya tidak mengadakan perhimpunan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan Kinarut Sabah atau memboikot sekolah berkenaan Ketua Pengarah Pendidikan D...
Mb Pahang Dakwa Kerajaan Negeri Sedia Berunding Isu Tanah Aina Tapi Biarlah Di Buat Dengan Cara Yang Betul

Mb Pahang Dakwa Kerajaan Negeri Sedia Berunding Isu Tanah Aina Tapi Biarlah Di Buat Dengan Cara Yang Betul

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 634 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri sedia berunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik susulan permohonan maaf yang dikemukakan oleh pemilik dan pengasas Tanah Aina Puan Sri Shariffa S...
Cari Je Siapa Yang Memula Post Dulu Yana Samsudin Komen Isu Plot Twist Kes Zara Qairina

Cari Je Siapa Yang Memula Post Dulu Yana Samsudin Komen Isu Plot Twist Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 424 hits
Pelakon dan pengarah ternama Yana Samsudin tampil memberikan pandangan tegas terhadap isu tular kandungan yang dikatakan berasal daripada 8220 diari 8221 Allahyarham Zara Qairina Mahathir Yana menegaskan bahawa penyebaran sebegitu adalah su...
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026