Singa Peliharaan Bebas Merayau Dalam Rumah
MULTAN, Pakistan – Seorang lelaki membiarkan singa jantan peliharaannya untuk merayau bebas dalam rumah malah tidur di atas katilnya, lapor akhbar Daily Mail.
Zulkaif Chaudhary, 33, membeli singa kesayangan yang dinamakan Barbar itu kira-kira enam bulan lalu dan membiarkan anak singa tersebut bergerak bebas dalam banglo keluarganya.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Barbar kini berusia lapan bulan dan mempunyai berat badan 76 kilogram (kg). Singa itu memakan kira-kira 8kg daging mentah setiap hari.
Zulkaif mempunyai seorang anak berusia 2 tahun dan keluarganya melayan Barbar umpama seekor anjing peliharaan.
“Barbar umpama anak saya sendiri. Saya sangat sayangkan singa dan merasakan mahu memelihara seekor singa di rumah. Saya tidak pernah berbincang dengan keluarga mengenainya, saya membeli Barbar dan kemudian baru maklumkan kepada mereka.
“Saya tidak bimbang Barbar akan menyerang kami, anak lelaki saya juga bermain dengannya. Saya tidak pernah dan tidak akan merantai Barbar tetapi menyediakan ruang peribadi untuknya, siap dengan pendingin hawa,” katanya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Dia mendakwa mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa untuk memelihara singa itu di rumah. Zulkaif membeli singa itu pada harga £3,200 (RM17,000) hujung tahun lalu dan enggan mendedahkan siapakah penjualnya.– Agensi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianupdate.com/2019/06/singa-peliharaan-bebas-merayau-dalam-rumah/