Sindiran Ecrl Bawa Pada Pendedahan Terdahulu Najib Cuba Tutup 1 Mdb




MMMS


2 hari lepas terbaca pasal komen cytro walajib sindir pasal kerajaan madani teruskan project ECRL dan teruskan perdagangan dengan China. Dia orang kalau bab sembang mesti tulis half bake data, ini data dan source dari Mahkamah lagi, yang ECRL di gunakan untuk tutup lubang 1MDB. 😏




Fathi Aris Omar


 Apabila siap, terowong sepanjang 16.39 km di dalam perut Banjaran Titiwangsa akan menjadi laluan rel bawah tanah terpanjang di Asia Tenggara.








Sebagai laluan ECRL, ia menghubungkan Bukit Tinggi, Pahang ke Gombak, Selangor. Tetapi bukan sahaja menghubungkan Kelantan dengan Selangor, ia juga menghubungkan ECRL dengan 1MDB.


Dalam keseronokan membayangkan perjalanan pantas dari Kota Bharu ke Klang, tentunya dengan panorama indah, kita terlupa projek ini asal-asalnya untuk menutup lubang hutang skandal 1MDB.


Namun pastinya DS Najib Razak menafikan projek prasarana ini ibarat gali lubang hutang ECRL yang lebih besar untuk tutup lubang hutang 1MDB.


Awal tahun ini, seminggu selepas semakan addendum, bekas perdana menteri tidak mengaku projek China ini untuk bailout (selamatkan) 1MDB tetapi mengaku hantar Jho Low berurusan di sana.


Di mahkamah, apabila terus disoal, Najib mendakwa Jho Low digunakan untuk "membina kekayaan dengan cepat" walau nama pemuda suka berjoli itu sudah busuk pada tahun rundingan, 2016.


Apa Najib cakap? "Because my intention is to generate wealth for Malaysia as quick as possible, because he has connections, that’s why we used him. But there is no basis to the claim that I wanted to use China to settle 1MDB’s debt, no.”


Najib kini sedang dibicarakan kes kedua, menyeleweng dana 1MDB lebih RM2 bilion ke akaun banknya dari 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014. Beliau bersalah kes pertama.


Pembabitan Jho Low, yang sudah terbongkar sebagai dalang utama skandal, bagi membantu seorang pegawai khas Najib menimbulkan pelbagai persoalan bagi urusan projek sepenting ini. 


Apatah lagi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin diajar untuk bercakap (diberi "talking points") oleh Jho Low ketika lawatan ke China pada 29 Jun 2016. 


Najib tidak sahkan "talking points" ini, termasuk projek ECRL dengan kos lebih tinggi daripada nilai sepatutnya, tetapi mengaku Amhari tidak dimaklum akan berbincang dengan siapa di sana. Lihat [1]


Najib mungkin lupa yang Amhari pernah memberitahu mahkamah bahawa ECRL dan dua projek paip gas (satu di Semenanjung, satu lagi di Borneo) memang untuk tutup hutang 1MDB dan anak syarikatnya SRC International. 


Berbeza daripada amalan biasa urusan penting kerajaan dengan kerajaan, pegawai tinggi kedua-dua negara sepatutnya hadir. 


Tetapi urusan ECRL dikendali berbeza. Hanya Jho Low dan Amhari hadir bagi pihak Malaysia. Kebanyakan masa berunding, kata Amhari, diserah kepada Jho Low kerana boleh bercakap Mandarin.


Mengulas "talking points" itu pada September 2019, Amhari berkata memang Najib cukup sedar projek prasarana yang hendak diberikan kepada syarikat milik China itu bertujuan selamatkan 1MDB. 


Apa katanya? "The sentence ‘while simultaneously completely resolving 1MDB and SRC (International) debts’ clearly meant that Datuk Seri Najib intended to send the message that this cooperation would also aid 1MDB and SRC International through the bailouts of 1MDB’s debts." 


Apabila diminta pendakwa mengulas laporan mesyuarat tersebut, Amhari juga berkata suruhanjaya negara itu SASAC perlu mengendalikan hutang 1MDB, yang membengkak hujung 2014.


Apa katanya? "Based on this document, during the meeting with officers from SASAC on June 29, 2016, among the issues raised was concerning the debts of 1MDB and SRC International where SASAC and China’s SOEs will finalise the agreement to settle the issue of debts from 1MDB and SRC International before the end of August 2016." Lihat [2] 


Seingat saya, Sarawak Report pertama kali mendakwa urusan awal ECRL-1MDB ini. 


Kira-kira sebulan selepas rundingan Jho Low- Amhari, laman web itu melaporkan: Outrage! – Najib’s secret deal with China to pay off 1MDB (and Jho Low’s) debts! – shock exclusive (26 Julai 2016). 


Pemimpin pembangkang kemudian mengulangi dakwaan Sarawak Report dengan menyatakan kos melambung itu, RM60 bilion bagi jarak 620km, bermakna ECRL perlukan RM96.8 juta setiap km. 


Seperti pendedahan-pendedahan lain juga, riuh-rendahnya berselang-seli dengan rasa keliru, cuba memahami dan kurang peduli. Itu sebabnya 1MDB dianggap skandal tetapi sukar diperinci. 


Tetapi, buat mereka yang masih berharap, akan muncul cahaya di hujung terowong ECRL. Skandal tidak boleh dikambus dalam kegelapan terowong. 


Tiba-tiba, pada Mac 2023, mahkamah Kuwait mendapati Jho Low dan anak bekas pemimpin negara itu bersalah mengubah wang haram ECRL. Jho Low dihukum 10 tahun penjara! Lihat [3]  


Anak bekas perdana menteri itu bersalah kerana menggunakan nama syarikatnya bagi membantu Jho Low memindahkan US$7 bilion (RM30.9 bilion) ke syarikat miliknya (Jho Low) pada 2017. 


Duit itu datang dari China, sepatutnya sebahagian hutang Malaysia untuk membina ECRL, tetapi dilarikan untuk masuk ke syarikat Jho Low.


Mahkamah juga mendapati US$1.2 bilion (RM5.3 bilion) masih dalam simpanan syeikh Kuwait itu. Lihat [4] 


Lima tahun lalu, Sarawak Report sudah cuba mendedahkan ada usaha-usahq Jho Low mencuci wang haram ECRL-1MDB di Kuwait. Kita tidak pasti sehingga mahkamah Kuwait jatuh hukuman 2023.


Dengan tajuk How Jho Low created a new front for 1MDB kickbacks in Kuwait (9 Mei 2020), portal itu memuatkan beberapa keping gambar termasuk Jho Low ketika berkomplot di sana. Turut dimuatkan beberapa imej dokumen pakatan itu.


Beberapa tahun kemudian, laman web kendalian Clare Rewcastle Brown menunjukkan bagaimana duit dari China dipindahkan ke Kuwait. Lihat [5] 


Maklumat ini hasil keputusan mahkamah di negara itu seperti berita [3] dan [4] di atas. Lihat juga [6] 


"The judgement therefore spells out exactly how the Chinese state machinery colluded with Najib to raise his $8 billion windfall from the ECRL project, much of which was to start funnelling through Kuwait to fund 1MDB’s outstanding debts .... along with the increasingly lavish lifestyles of the conspirators themselves."


(tambahan terkini sehingga 1.30 tengah hari)


RUJUKAN


[1]  Najib: China never settled 1MDB debts; I used Jho Low for 2016 ECRL talks there as wanted quick riches for Malaysia (Malay Mail, 15 Januari 2025) 


[2]  ECRL, two pipeline projects meant to bail out 1MDB, says Najib’s ex-aide (Malay Mail, 4 September 2019)


[3]  1MDB scandal: Mega projects signed with China, with funds laundered in Kuwait, says court (The Edge, 15 Mei 2023) 


[4]  Frankly Speaking: 1MDB recovery should include Kuwait (The Edge, 3 April 2023)


[5]  How Najib framed his 1MDB cover up scheme at the highest levels in China (Sarawak Report, 4 April 2023)


[6]  Kuwaiti ‘criminal conspiracy’ netted over one billion dollars from Malaysia through Najib/Jho Low (Sarawak Report, 29 Mac 2023) 


AMARAN diberi, Najib tidak peduli
https://www.facebook.com/share/p/1YkwDw5vUp/


DUNIA digegar skandal 1MDB pada 2015
https://www.facebook.com/share/p/1DHkR9ovEF/


SPRM anggar RM40 bilion lesap ****
https://www.facebook.com/share/p/156onDzTdD/
.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/sindiran-ecrl-bawa-pada-pendedahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Sindir Pmx Bawa Cucu Ke Pejabat Orang Kuat Isma Kena Kecam Tutup Ruang Komen

Gara Gara Sindir Pmx Bawa Cucu Ke Pejabat Orang Kuat Isma Kena Kecam Tutup Ruang Komen

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 16 hits
ADA PHD TAPI BODO GAK NOHHHH HarapandailyApril 22 2025Setiausaha Agung Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia Dr Ahmad Sanusi Azmi kena kecam gara gara menyindir Perdana Menteri yang membawa cucu ke pejabat pada hari minggu lalu Dilihat suda...
Pendedahan Semalam Tepat Najib Jumpa Trump 30 Minit Tidak Bincang Isu Rohingya Sebaliknya Gadai Kepentingan Negara

Pendedahan Semalam Tepat Najib Jumpa Trump 30 Minit Tidak Bincang Isu Rohingya Sebaliknya Gadai Kepentingan Negara

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 113 hits
Rafizi Ramli Sejak saya mendedahkan bahawa perjumpaan Dato Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bukanlah satu rangka lawatan rasmi atas jemputan Presiden Trump seperti yang mahu digambarkan oleh media propaganda B...
Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 102 hits
BENDERA MALAYSIA TANPA BULAN SABIT INI KERJA SIAPA Tulisan semua bahasa cina ni kerja satu china ke dan akhbar SIN CHEW DAILY bertanggungjawab KEMENTERIAN DALAM NEGERI BERTINDAK Jalur Gemilang tanpa bulan sabit tidak boleh diterima AgongINI...
Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 153 hits
Pernah tak tengah masak tiba tiba api dapur gas korang jadi warna oren Lepas tu tengok tengok belakang kuali dah hitam legam macam baru lepas barbeku Haha memang stres Tapi jangan terus fikir nak beli dapur baru Cikla baru je tahu satu trik...
Hiburan Mulut Ditekup Amp Cuba Ditarik Dalam Semak Wanita Dicab L Semasa Joging Waktu Malam

Hiburan Mulut Ditekup Amp Cuba Ditarik Dalam Semak Wanita Dicab L Semasa Joging Waktu Malam

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 98 hits
Seorang wanita berdepan detik cemas dan menakutkan apabila menjadi mangsa serangan seksual ketika sedang beriadah pada waktu malam Menurut laporan wanita berusia 20 tahun itu telah menjadi mangsa cabul selepas seorang individu cuba menarikn...
Pasaran As Cuba Untuk Stabil Pada Tahap Sokongan Utama

Pasaran As Cuba Untuk Stabil Pada Tahap Sokongan Utama

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 103 hits
S P 500 Pasaran berusaha mengekalkan sokongan Indeks utama AS pada hari Selasa Dow 0 8 NASDAQ 2 2 S P 500 1 6 S P 500 pada 4983 julat 4800 5700 Ia adalah satu lagi sesi yang tidak stabil untuk pasaran saham Pergerakan yang kuat bermula seju...
Badan Asyik Lenguh Lenguh Masa Hamil Cuba Urutan Ni Di Rumah

Badan Asyik Lenguh Lenguh Masa Hamil Cuba Urutan Ni Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 106 hits
Kehamilan datang dengan banyak perubahan dan kadang kadang badan pun mula rasa tak selesa dan asyik lenguh lenguh badan Sesekali bantu diri ibu hamil untuk lebih relaks dan legakan badan yang tak selesa Salah satunya adalah urutan sendiri y...
Pas Cuba Memperbodohkan Rakyat Konflik Besar Pas Bersatu Di Perak Apa

Pas Cuba Memperbodohkan Rakyat Konflik Besar Pas Bersatu Di Perak Apa

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 75 hits
Bukan main gah lagi malam tadi dan gempar seluruh Malaya apabila Pas mengumumkan bekas Ketua Wanita Umno Perak dan Exco Wanita Umno Malaysia Datuk Dr Wan Noarshikin Wan Nordin menyertai parti itu Borang permohonan menyertai Pas pula diserah...
Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 75 hits
Debat Anwar Najib kata Anwar banyak mana pun projek mega tidak akan ada gunanya kalau tiada prinsip intigriti Namun sedar tak Anwar dan najib untuk dapat prinsip intigriti itu dan nak tegakkan prinsip intigriti itu nak dapat dari mana sumbe...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

Aktiviti Lawatan Ke Ahmad S Fried Chicken Ppim 21 04 2025

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025