Sindiket Ah Long Ganas Berbahaya Tumpas


SINDIKET AH LONG GANAS, BERBAHAYA TUMPAS
Oleh Abu Hanifah Muhammad
JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket Ah Long selepas menahan 12 individu dalam beberapa serbuan sekitar Johor Bahru, Batu Pahat, Selangor dan Kuala Lumpur dari 15 hingga 23 Ogos lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek itu berumur 23 hingga 46 tahun dan turut merampas 43 keping sim kad telefon bimbit, 14 unit komputer riba, 52 telefon bimbit pelbagai jenis, lima kenderaan dan lima unit external hardisk.
“Turut dirampas empat plastik lut sinar berisi cat merah, dua botol berisi 1.5 liter cat merah dan satu unit pemprosesan pusat (CPU).
“Semakan kad sim itu mendapati nombor yang digunakan ada terlibat dengan kes di Selangor, Perak, Kedah, Kuala Lumpur, Sarawak, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sabah.
“Mereka membeli sim kad ini secara pukal dan tiada pendaftaran di kedai. Sim kad tersebut digunakan dalam kegiatan ini. Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam hal ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Katanya, modus operandi mereka apabila peminjam gagal melunaskan hutang, Ah long menjadikan mereka sebagai pekerja yang akan menyimbah cat merah, menconteng dan membaling molotov cocktail bagi menyebabkan kebakaran di rumah peminjam lain yang gagal melunaskan hutang.
Mereka ujarnya, akan menghantar video serta gambar setelah membaling cat merah dan cocktail selain dipaksa sindiket itu untuk merantai rumah peminjam yang gagal membayar pinjaman serta meninggalkan nota ugutan bertujuan menakut-nakutkan mangsa.
Menurutnya, sindiket itu yang mempunyai rangkaian di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang dipercayai bekerjasama dengan Ah Long di Singapura menyasarkan pekerja Malaysia di Singapura.
“Segala urusan mereka dilakukan menerusi atas talian dengan semua pinjaman dilakukan secara transaksi. Peminjam langsung tidak berjumpa dengan Ah Long tersebut dan apabila gagal membayar, mereka ditawarkan bekerja dengan Ah Long tersebut.
“Hutang mereka akan dipotong selepas melakukan kerja-kerja yang disuruh Ah Long. Susulan itu kita menubuhkan satu task force bagi mengesan dan menangkap 12 suspek itu pada bulan lalu,” katanya.
Semua suspek katanya, disiasat di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang mendatangkan bencana di bawah Seksyen 427, 435 dan 436 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca). – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/sindiket-ah-long-ganas-berbahaya-tumpas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imigresen Tumpas 2 Sindiket Dokumen Palsu

Imigresen Tumpas 2 Sindiket Dokumen Palsu

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 218 hits
KUALA LUMPUR 3 Muharram 1441H Sabtu Jabatan Imigresen Malaysia percaya mereka berjaya menumpaskan dua sindiket pemalsuan dokumen di sekitar Kuala Lumpur yang didalangi warga asing hasil serbuan ke atas dua lokasi berasingan pada Khamis 20 O...
Dua Sindiket Proses Edar Dadah Rm5 16 Juta Tumpas

Dua Sindiket Proses Edar Dadah Rm5 16 Juta Tumpas

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR 11 SEPT Dua sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah di Kuala Lumpur dan Selangor tumpas dengan penahanan 17 individu dalam operasi polis di Lembah Klang pada Selasa dan Rabu lepas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Na...
Sindiket Macau Scam Pedaya Warga China Tumpas

Sindiket Macau Scam Pedaya Warga China Tumpas

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 226 hits
SINDIKET MACAU SCAM PEDAYA WARGA CHINA TUMPAS JOHOR BAHRU Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket Macau Scam selepas melakukan satu serbuan di sebuah hotel di Kluang hari ini Menerusi serbuan dilakukan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Jo...
Non Citizen Spouses Children Can Now Enter Malaysia To Apply For Long Term Pass

Non Citizen Spouses Children Can Now Enter Malaysia To Apply For Long Term Pass

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 325 hits
COVID 19 Due to Covid 19 the government had locked the country s borders and only recently allowed Malaysian citizens and those with a long term social visit pass to enter Many Malaysians with non citizen spouses and children were separated...
Lepas Abah Pak Long Mail Pula Panjat Kuaters Atm Jengah Keluarga Askar

Lepas Abah Pak Long Mail Pula Panjat Kuaters Atm Jengah Keluarga Askar

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 358 hits
Tindakan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi rakyat di Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang di Setapak Kuala Lumpur semalam telah tular di media sosial dan mendapat respon yang pelbagai daripada warganet Pada hari in...
It Had Been A Long Time Covid 19

It Had Been A Long Time Covid 19

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum semua I m back after dah lama gila tak blogging Even my last post was on November 2018 Hehe Many things happened to me throughout all that time I m back because of all the boredness due to Perintah Kawalan Pergerakan and I d...
Inspired Creativity Inspired Life Huawei Celebrates Merdeka Malaysia Day With Month Long Promotions

Inspired Creativity Inspired Life Huawei Celebrates Merdeka Malaysia Day With Month Long Promotions

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 465 hits
HUAWEI wants to celebrate Merdeka and Malaysia Day with all Malaysians this year by inspiring creativity in them for an inspired life And they re doing so with a month of unbelievable deals fantastic lucky draw prizes and everyone s favorit...
Bisa Berbahaya Bagi Kesehatan Begini Kata Ahli Tentang Mimpi Buruk Yang Harus Segera Ditangani

Bisa Berbahaya Bagi Kesehatan Begini Kata Ahli Tentang Mimpi Buruk Yang Harus Segera Ditangani

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 312 hits
Ternyata menurut ahli ada beberapa mimpi buruk yang dikategorikan lebih berbahaya dari yang lainnya
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej