Sin Onn Tiku Waterfall Tawau Sabah
Sin Onn Tiku Waterfall Tawau Sabah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Kali ni Murni nak berkongsi pengalaman hiking & river trekking di Tawau pula. Murni agak teruja sebenarnya ikut serta aktiviti hiking kali ini, mana taknya ini adalah pengalaman pertama Murni hiking di Tawau. Trip kali ini merupakan anjuran Tungku Hikers Club (THC).
Sin Onn Tiku Waterfall Tawau SabahAktiviti hiking ni berlangsung pada 19/11/2023. Murni ke Tawau bersama-sama dengan Kak Yati dengan menaiki kenderaan Kak Yati. Seawal 6:00 pagi kami bergerak dari Lahad Datu & sampai di tempat berkumpul di Taman Melenium, Tawau dalam jam 8:00 pagi.
Usai pendaftaran peserta seramai 70 orang, dalam jam 09:30 pagi kami bertolak ke starting point Sin Onn Tiku Waterfall dengan menaiki kenderaan 4x4. Kami sampai ke starting point agak lambat sedikit sebab perlu berpatah balik ke Taman Melenium untuk ambil beberapa peserta lain (Murni dah tak ingat berapa orang haha). Jam 10:30 jugalah kami sampai ke Starting Point.
Taklimat ringkas mengenai keselamatan peserta turut disampaikan wakil dari Jabatan Perhutanan Daerah Tawau. Bacaan doa sebelum masuk hutan juga telah disempurnakan oleh Tuan Afsar dari Bebal Hikers (Penganjur Tawau). Kami juga turut ditemani 4 orang Malim Bukit Tawau (MBT).
Kami memulakan aktiviti hiking ni dalam jam 10:50 pagi. Trail sangat santai masa pergi sebab hanya perlu turun bukit, tunggu masa balik sakit jugalah kaki haha. Hendak menuju ke air terjun Sin Onn Tiku, kami perlu melalui kawasan ladang kelapa sawit, menyeberangi anak sungai, masuk ke hutan & menyusuri anak sungai.
Plan asal Murni tak nak mandi pun, tapi semua itu dusta haha. Pantang nampak air mulalah nak masuk air, tapi Murni berani kalau kawasan tu cetek sahaja almaklumlah tidak pandai berenang haha.
Usai basahkan badan sekejap, kami teruskan perjalanan menuju ke Air Terjun Sin Onn Tiku. Kalau korang berkesempatan untuk pergi ke sini, jangan lupa untuk bergambar beramai-ramai di atas pokok yang dah tumbang ni, cantik!
Kami sampai di air terjun Sin Onn Tiku dalam jam 12 tengah hari. Murni tidak berkesempatan untuk ambil gambar dengan hikers yang lain. Masa ni Murni berada di bawah tengah isi perut yang tengah laper haha. Rasa rugi pula bila tiada muka sendiri dalam gambar di atas haha
Usai makan, barulah Murni gigihkan diri untuk naik ke atas untuk bergambar. Masa ini hikers yang lain dah mulai turun ke bawah. Sempat jugalah bergambar & ambil video untuk simpanan memori yang akan datang.
Dalam jam 1 lebih kami bergerak pula menuju ke kawasan air terjun kedua pula. Air Terjun kedua ni korang boleh terjun & bermandi manda. Kami yang tidak pandai berenang hanya mampu berada di kawasan yang cetek berbatu ni saja haha. Kawasan ni sebenarnya berpacat, hanya yang terpilih saja akan merasa nikmatnya kena gigit pacat.
Aktiviti hiking & river trekking kali ini Murni kurang ambil video untuk dimasukkan dalam YouTube Channel, ada pun yang diambil hanya video pendek saja.
Kami keluar dalam jam 4 petang, kemudian singgah sebentar di restoran untuk makan. Murni & kak YAti bertolak balik ke Lahad Datu waktu Maghrib. Kami balik hari yang sama sebab keesokannya Murni perlu masuk kerja. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudakan & tujuan utama untuk menikmati keindahan alam tercapai juga.
Lokasi hiking seterusnya nanti Murni kongsikan dalam entri yang akan datang. Terima kasih sudi baca entri Sin Onn Tiku Waterfall Tawau Sabah 😘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2023/12/sin-onn-tiku-waterfall-tawau-sabah.html