Simptom Penyakit Kanser Kolorektal


Gambar oleh Utusan Borneo
HelloDoktor: Kanser kolorektal adalah kanser ketiga tertinggi didiagnosis dalam kalangan lelaki dan wanita di seluruh dunia.
Seperti kebanyakan barah yang lain, mereka yang mengalami kanser kolorektal pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang simptom.
Hal ini membuatkan proses pengesanannya pada peringkat awal menjadi sukar terutamanya jika ujian saringan tidak dilakukan secara berkala.
Bagi individu yang mengalami gejala, secara amnya, ia boleh dikategorikan kepada dua kumpulan; simptom lokal (khusus pada kolorektal) dan sistemik (menyeluruh).
Artikel ini akan membincangkan perihal simptom barah kolorektal secara terperinci supaya anda memahami proses patologi di sebalik berlakunya kanser.
Simptom lazim kanser kolorektalGejala yang muncul akibat kanser kolorektal tidak spesifik kepada keadaan kesihatan tersebut semata-mata.
Kebanyakan daripadanya turut dimanifestasikan dalam kes kesihatan yang lain seperti jangkitan, radang dan masalah autoimun.
Apa yang lebih parah adalah majoriti daripada individu yang didiagnosis tidak menunjukkan sebarang tanda.
Oleh sebab itu, ujian saringan perlu dilakukan seawal usia 45 (lebih awal jika terdapat faktor risiko).
LokalOleh sebab simptom lokal hanya melibatkan organ kolorektal (usus besar dan rektum), ia mempengaruhi tabiat buang air besar individu.
Selain daripada itu, sakit pada bahagian abdomen turut menjadi aduan lazim dalam kalangan penghidap semasa berjumpa dengan doktor.
Antara simptom lokal yang sering dialami oleh mereka yang menghidap kanser kolorektal adalah seperti berikut.
#1 Perubahan pada tabiat buang air besarApabila berbicara berkenaan dengan tabiat buang air besar, tiada panduan khusus yang boleh dijadikan rujukan berkenaan dengan istilah ‘normal’.
Setiap manusia mempunyai tabiat yang unik dan perkara ini termasuklah dengan saiz najis, warna dan sebagainya.
Apa yang penting adalah anda perlu tahu apa yang normal pada tabiat buang air besar anda sendiri.
Perubahan yang menjadi fokus kepada pengambilan sejarah pesakit berkisar tentang apa yang berlainan buat anda.
Antara perubahan karakter yang boleh dialami oleh penghidap berkaitan dengan tabiat buang air besar adalah seperti berikut:

Perubahan pada kekerapan. Perubahan kekerapan buang air besar berbanding dengan kadar normal merupakan salah satu tanda kanser kolorektal. Sebagai contoh jika anda selalu buang air besar 3 kali sehari dan kini hanya sekali sehari, ia merupakan satu perubahan yang signifikan. Begitu juga dengan individu yang mengalami peningkatan kekerapan membuang air besar dalam masa sehari.Bentuk najis berubah. Jika anda sedar bentuk najis anda berubah menjadi lebih kurus atau seperti pensel, ia juga boleh jadi tanda awal bagi kanser kolorektal. Perkara ini terjadi berikutan ketumbuhan yang menyebabkan ruang pada usus besar menjadi sempit.Perubahan pada warna najis. Bergantung kepada lokasi tumor, perubahan pada warna najis boleh jadi merah cerah atau merah gelap; kedua-duanya berlaku akibat pendarahan di dalam usus besar. Apabila kanser berlaku pada lokasi berdekatan dengan bukaan rektum, warna darah akan menjadi semakin cerah. Jika jauh daripada bukaan rektum, warnanya akan menjadi merah gelap.Sukar untuk buang air besar sepenuhnya. Bagi mereka yang masih rasa hendak buang air besar walaupun baru sahaja selesai melakukannya, ia mungkin tanda awal kanser kolorektal. Keadaan ini dikenali sebagai tenesmus.Gilir-gilir antara sembelit dan cirit birit. Apabila terdapat tumor yang menghalang pergerakan najis, kesukaran untuk ia melepasi halangan tersebut boleh menyebabkan sembelit. Walau bagaimanapun, jika ia berjaya melepasinya, najis yang masih belum memejal sepenuhnya boleh turut melepasi ruangan tersebut menyebabkan masalah cirit birit.
#2 Sakit abdomen akibat kanser kolorektalSimptom sakit pada bahagian abdomen tidak spesifik kepada kanser kolorektal.
Walau bagaimanapun, ia merupakan tanda awal atau lewat bagi kanser tersebut.
Perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh peningkatan saiz pada ketumbuhan atau pendarahan sehingga boleh menyebabkan iritasi pada lapisan abdomen.
#3 Kembung perutPerubahan pada kekerapan anda kentut juga boleh menjadi tanda kepada kanser kolorektal.
Sebagai contoh, jika normal buat anda untuk kentut 23 kali, kekerapannya boleh berubah melebihi jumlah tersebut atau kurang.
Selain daripada itu masalah kembung perut juga boleh berlaku.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai alergi terhadap makanan atau mengambil minuman bergas, keadaan ini turut boleh berlaku.
Mereka yang didiagnosis dengan penyakit radang usus turut boleh mengalami simptom kekembungan.
#4 Loya atau muntahLoya dan muntah boleh berlaku sekiranya ketumbuhan kanser terjadi pada permulaan organ usus besar. 
Halangan tersebut menyebabkan proses aliran makanan yang dicerna menjadi sukar dan ia kebiasaannya disertai dengan simptom lain seperti sakit abdomen, kembung perut dan sembelit.
Meskipun begitu, loya dan muntah bukanlah tanda mutlak bahawa anda mempunyai kanser kolorektal.
Pemeriksaan oleh doktor boleh membongkar punca di sebalik terjadinya simptom ini.
SistemikBerbeza dengan simptom lokal yang hanya tertumpu kepada organ usus besar dan rektum, simptom sistemik merupakan manifestasi gejala yang melibatkan seluruh badan.
Antara simptom sistemik yang sering dikaitkan dengan kanser kolorektal adalah seperti berikut.
#1 Hilang berat badan tanpa usahaApabila anda hilang kira-kira 5 peratus daripada berat badan asal dalam tempoh 6 hingga 12 bulan tanpa sebarang usaha, ia boleh jadi tanda awal kepada masalah kanser.
Gejala ini boleh berpunca daripada:

Penggunaan nutrien dan sumber tenaga oleh kanser.Peningkatan kadar metabolisme kesan daripada bahan kimia yang dirembeskan oleh tumor.Hilang selera makan akibat kanser
#2 Hilang selera makanSimptom hilang selera makan akibat kanser boleh berpunca dari pelbagai faktor.
Antaranya adalah kelesuan, kesan sampingan rawatan kanser, sakit, kurang beraktiviti dan kemurungan akibat kanser.
Walaupun gejala ini sering dikaitkan dengan tahap lewat kanser, mereka yang berada pada peringkat awal juga boleh mengalami masalah kurang selera makan.
#3 Kelesuan yang tidak berpuncaKelesuan kronik boleh berpunca daripada masalah kanser.
Berbeza dengan kelesuan biasa, ia tidak reda dengan hanya berehat panjang atau dengan mengambil secawan kopi.
Simptom ini boleh mempengaruhi produktiviti harian penghidap kanser kolorektal.
#4 Rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan badan sendiriWalaupun bunyinya tidak saintifik, mereka yang menghidap kanser boleh rasa tidak selesa, tidak senang bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan badan sendiri.
Perasaan tersebut boleh berlaku walaupun tiada simptom.
Jika anda rasa ‘tidak sedap badan’, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Simptom jarang kanser kolorektalWalaupun simptom kanser kolorektal lebih tertumpu kepada sistem gastrousus, terdapat juga gejala lain yang boleh dialami oleh pesakit.
Antaranya adalah:

Demam: Jika tumor pada usus besar menyebabkan organ tersebut bocor, ia boleh menyebabkan terbentuknya abses (sekumpulan nanah). Keadaan tersebut boleh menyebabkan demam.Air kencing berbuih: Simptom ini boleh berlaku sekiranya tumor berjaya merebak ke organ pundi kencing.Masalah sukar bernafas: Apabila kanser usus sudah merebak ke peparu, ia boleh menyebabkan simptom pernafasan seperti sukar bernafas, batuk dan sakit dada.Sakit kepala dan masalah neurologikal: Simptom seperti sakit kepala, penglihatan kabur, kekeliruan dan sawan boleh berlaku sekiranya kanser sudah merebak ke otak.Sakit tulang: Apabila kanser sudah merebak ke tulang, simptom seperti sakit tulang, keretakan dan paras kalsium tinggi boleh berlaku.
Komplikasi Kanser KolorektalKanser kolorektal boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi. Antaranya adalah seperti berikut.
Anemia kekurangan zat besiMereka yang menghidap kanser kolorektal kebiasaannya akan dipantau jumlah darah mereka untuk memastikan tiada anemia.
Perkara ini boleh berlaku akibat daripada pendarahan mikroskopik yang berlaku pada ketumbuhan. 
Oleh sebab salur darah kanser lebih rapuh, ia mudah menyebabkan pendarahan.
Situasi kehilangan darah kronik ini boleh menyebabkan badan tidak berupaya untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup. Maka komplikasi anemia boleh berlaku.
Usus tersumbatApabila saiz ketumbuhan menjadi semakin besar, ia boleh menghalang aliran makanan yang telah dicerna untuk dikumuhkan.
Perkara ini boleh menyebabkan pelbagai jenis simptom seperti sakit abdomen, kekembungan, loya, muntah dan sembelit.
Mereka yang mengalami komplikasi ini kebiasaannya akan ditolak masuk ke dalam bilik bedah untuk dipasangkan stent bagi membuka ruangan usus besar.
JaundisOrgan hati merupakan lokasi lazim bagi proses metastasis (kanser merebak) kanser kolorektal.
Apabila komplikasi ini berlaku, ia boleh menyebabkan masalah jaundis (kulit dan mata anda menjadi kekuningan).
KonklusiWalaupun kanser kolorektal sering disinonimkan dengan darah dalam najis, anda patut memberikan perhatian yang lebih kepada faktor perubahan corak buang air besar.
Sememangnya kanser kolon boleh membuatkan anda berasa risau untuk berjumpa dengan doktor namun diagnosis pada peringkat awal boleh memberikan potensi kesembuhan yang tinggi.
Jika anda risau, ingat, simptom yang anda alami berkemungkinan disebabkan oleh masalah yang kurang serius seperti jangkitan dan sebagainya.
Penafian: Artikel ini diterbitkan dengan keizinan pihak Hello Doktor. Untuk maklumat lanjut sila layari Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kickstory.net/2020/11/simptom-penyakit-kanser-kolorektal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemusnah Sel Kanser Semulajadi

Pemusnah Sel Kanser Semulajadi

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 194 hits
Manfaat lemon 1 Lemon panas membunuh sel kanser 2 2 3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas boleh menjadi air alkaline 3 Bermanfaat bagi tubuh diminum tiap hari sngat bermanfaat bagi siapa sahaja 4 Air lemon yang panas akan mengh...
Bahaya Anak Gemar Sosej Tingkatkan Risiko Kanser Usus Jika Kerap Sangat Makan

Bahaya Anak Gemar Sosej Tingkatkan Risiko Kanser Usus Jika Kerap Sangat Makan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 340 hits
Hampir setiap rumah boleh dikatakan pasti akan ada makanan sejuk beku dalam peti ais Makanan ini sebagai stok untuk anak anak jika waktu terdesak Ini juga makanan ekspres untuk anak jika mereka terasa lapar Menerusi kenyataan Kementerian Ke...
Apakah Itu Kanser Prostat

Apakah Itu Kanser Prostat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 302 hits
APAKAH ITU KANSER PROSTAT Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungk...
19 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut Awas Dengan Point No 7 Dan 9

19 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut Awas Dengan Point No 7 Dan 9

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 304 hits
19 Faktor Risiko yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut Seramnya Macam macam penyakit ada di dunia ni dan salah satu penyakit yang ditakuti ialah kanser Tak kira kanser apa sangat menggerunkan bunyinya Terdapat pelbagai jenis faktor risiko pun...
Sebab Berlaku Kanser Perut

Sebab Berlaku Kanser Perut

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 223 hits
Terdapat pelbagai jenis faktor risiko punca dan penyebab yang boleh mengakibatkan sakit kanser perut Ia terbahagi kepada dua iaitu faktor yang boleh diubah dan faktor yang tidak boleh diubah Walaupun risiko seseorang itu meningkat jika mere...
Khasiat Ubi Bit Bagi Pesakit Kanser

Khasiat Ubi Bit Bagi Pesakit Kanser

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 454 hits
Oktober adalah bulan Kesedaran Kanser Payudara Pinktober ingin saya kongsikan kebaikan Ubi Bit yang boleh ditambah ke dalam diet harian pesakit kanser Sedia maklum dengan pengambilan jus buah buahan dan sayur sayuran tanpa dibuang serat set...
Saya Berjaya Menewaskannya 2 Bulan Didiagnos Sanjay Dutt Dakwa Dirinya Bebas Kanser Paru Paru

Saya Berjaya Menewaskannya 2 Bulan Didiagnos Sanjay Dutt Dakwa Dirinya Bebas Kanser Paru Paru

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 269 hits
Sekitar bulan ini superstar Bollywood iaitu Sanjay Dutt mengaku dirinya menderita kanser paru paru tahap 4 yang berjaya didignos para doktor pada Ogos lalu source
Bahaya Ke Ada Ketulan Di Leher Adakah Ini Tanda Kanser

Bahaya Ke Ada Ketulan Di Leher Adakah Ini Tanda Kanser

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 409 hits
Assalamualaikum Hi korang Kenapa tu Mesti sekarang ni korang sedang alami masalah ketulan benjolan ataupun bengkak di bahagian leher kan Mesti tengah risau nih ketulan tu sebenarnya petanda korang menghidap kanser uhmm Jangan risau Selaluny...
Cegah Penyakit Berjangkit Antara Fokus Belanjawan Selangor 2021

Cegah Penyakit Berjangkit Antara Fokus Belanjawan Selangor 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 266 hits
SHAH ALAM 20 OKT Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada program pencegahan penyakit berjangkit dan sebaliknya melibatkan penerima Skim Peduli Sihat dalam Belanjawan Selangor 2021 EXCO kesihatan awam berkata dasar kesihatan menyeluruh d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba