Simple Dinner Spaghetti Aglio Olio With Crusted Chicken Parmesan
Hello Lovelies
Assalamualaikum 💕
Okay, bila sebut soal dinner ni, to be honest dari waktu lunch lagi dah fikir apa yang nak sumbat ke dalam perut malam nanti. Sebab kebiasaan kami suami isteri, lunch berbekal dengan menu yang simple tetapi dalam kategori makanan berat la contoh nasi, sayur, ayam.. Tapi untuk dinner, memang kami prefer makanan yang lebih light seperti spaghetti, bihun, sandwich.. Dan boleh dikatakan menu tu sentiasa ulang-ulang.. Dan yang paling banyak kena ulang oleh sang isteri adalah spaghetti aglio olio sebab itu favourite food sang isteri, ditambah pulak, tuan suami tak banyak soal.. So kali ini, sang isteri gandingkan spaghetti aglio olio bersama crusted chicken parmesan yang simple tapi rasanya wallahhhh sedap.. Alhamdulillah ❤
Caranya bagi daku, sangat mudah untuk disediakan, cuma kalau nak ayam tu lebih rasa rempah, boleh perap lama sikit. Kebiasaan, daku perap selama 15-20 minit macam tu saja.. Bahan perap ayam tu daku hanya gunakan tepung bestari berperisa garlic. Tepung bestari ni ada pelbagai variasi, ada yang original, ada yang pedas dan ada berperisa garlic. Semua variasi dah pernah daku cuba dan yang garlic ni sangat 'in' dengan tekak daku juga tuan suami.. Kalau di rumah mak, memang yang pedas menjadi faveret diaorang
Okay, berbalik pada ayam parmesan kita.. Untuk dimakan bersama spaghetti ni, bahagian dada ayam yang paling sesuai mengikut kehendakku. So, dada ayam tu daku akan potong nipis dan perap dengan tepung bestari.. Kalau suka potong ala-ala chicken tenders pun boleh jugak.. Ikut suka tekak nak makan dan mata yang mahu melihat.
Cukup waktu perap, satukan grated parmesan cheese dan bread crumb dalam satu bekas.. Banyak mana? Secukup korang nak balutkan pada ayam tu.. Daku memang tak bersukat sangat.. Bubuh saja ikut kemahuan hati 😆.. So salutkan dada ayam tadi dengan bahan tadi, kemudian tekan-tekan sikit kasi ayam tu penyet sikit.. Kalau korang ada tools untuk penyetkan ayam tu, boleh saja nak guna.. Macam daku, guna apa ada di rumah.. Lepas dah penyet dan penyet ayam tersebut, kita boleh bakar oven atau pan searing atau deep frying ayam tu.. Kalau nak bakar guna oven, spraykan sedikit minyak atas ayam tersebut. Macam daku, lebih suka pan searing ayam tersebut.. Kalau nak lebih crunchy, deep frying adalah the best bagiku tapi sebab daku sedang belajar menjaga makan, mengawal kalori, so daku memang sebolehnya elakkan penggunaan minyak yang banyak.. Eh kata kawal kalori, kenapa tak bakar oven saja? Ohh daku tak adalah strict sangat.. Orang kata pelan-pelan kayuh ikut kemampuan diri sendiri.. Gituuu..
So kalau pan searing ni, dengan api yang sederhana.. Tak lama pun sebab ayam tu pun nipis jer kan lepas dah terpenyek.. Agak-agak dah bertukar keperangan, bolehlah diangkat, disejukkan sikit dan dimakan bersama spaghetti aglio olio.. Terasa ke'western'nan di situ tau 😂 Kadang-kadang ada jugak daku gandingkan bersama bihun goreng singapore. Kadang-kadang ada jugak daku kepit dengan roti, salad buat sandwich.. Kadang-kadang ada jugak daku balut ayam ni dengan tortillas, terus bertukar jadi chicken wrap.. Haaa kan dah dapat pelbagai menu untuk dinner.. Mudah kan 👌
So selamat mencuba resepi.. Eh resepi ke ni? Hurm.. tak kisahlah kan, janji selamat mencuba untuk korang yang nak dinner ala western ni.. Nak buat breakfast atau lunch pun boleh.. Tak kisah, janji perut terisi, mudah menyudahkan kerja hari-hari... Inshaa Allah ❤
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nadiadania.blogspot.com/2019/04/simple-dinner-spaghetti-aglio-olio-with.html