Simpanan Tetap Seorang Muslim
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau al-Quran diwariskan, atau masjid yang ia bangun, atau rumah yang ia bangun untuk ibnu sabil, atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah meninggal" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hasan
Pengajaran:
Simpanan tetap seorang Muslim yang tak kan habis ganjarannya walaupun dia telah meninggal dunia.
Apakah jenis simpanan tetap itu
Ini antaranya yang boleh kita amalkan bersama
1. Ilmu yang bermanfaatIlmu berguna yang diajar dan disebarkan kepada orang lain: melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang mahupun telegram dan whatsapp. Tak terkecuali ialah menulis yang baik-baik di Blog
2. Anak soleh dan solehahAnak solleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya
3. Mengajar al-QuranAl-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar
4. Menghidupkan masjidMasjid yang dibangunkan
5. Rumah musafirRumah yang dibangunkan untuk musafir yang terputus bekalan
6. SungaiSungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain
7. SedekahSedekah yang kita lakukan ke atas harta semasa kita sihat dan masih hidup - diwakaf, derma, sedekah
Ayuh bersifat RAHMAH dengan berusaha melakukan amal solleh antaranya ilmu berguna yang diajar dan disebarkan - agar ia menjadi simpanan tetap yang faedah keuntungannya akan berterusan walaupun kita telah meninggal dunia
Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2016/10/simpanan-tetap-seorang-muslim.html