17 Korban Banjir S Gor Termasuk Seorang Sukarelawan



Korban banjir di Selangor kini meningkat kepada 17 orang termasuk seorang sukarelawan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata setakat 8 pagi ini, 10 mayat ditemukan di Daerah Klang, tiga di Hulu Langat dan empat di Sepang.

Beliau berkata punca kematian mereka sedang dikenal pasti sama ada disebabkan banjir atau faktor lain seperti mati akibat kekurangan ubat dan sebagainya.

“Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan mereka yang tersayang,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Susulan itu Amirudin berkata kerajaan negeri akan menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang kehilangan nyawa disebabkan tragedi itu dan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terkesan akibat bencana banjir itu.

Beliau berkata sehingga 8 pagi tadi, seramai 30,632 mangsa dari 4,672 keluarga ditempatkan di 203 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor.

“Angka sebenar mangsa dijangka meningkat disebabkan beberapa daerah masih menunjukkan peningkatan paras air iaitu di Kuala Langat, Kuala Selangor, dan Sepang serta mangsa-mangsa yang berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat termasuk di Taman Sri Muda, Kampung Baru Hicom serta Bukit Changgang.

Selain itu katanya ada mangsa yang memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing dan mereka telah dimaklumkan segala risiko namun penduduk mengambil keputusan untuk tinggal di kediaman masing-masing kerana dirasakan masih lagi selamat.

“Oleh itu selain usaha mengeluarkan mangsa banjir, kita memberi sumbangan bakul-bakul makanan untuk mereka masak untuk tempoh beberapa waktu,” katanya.

Sementara itu katanya Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit akan diwujudkan sebagai platform kepada rakyat Malaysia terutama syarikat swasta, individu dan syarikat berkaitan kerajaan untuk menyumbang kepada pemulihan kawasan yang terjejas dengan musibah banjir.

“Sebagai komitmen awal, saya akan menyumbang sebulan gaji saya kepada tabung ini sebagai tanda permulaan proses pemulihan,” katanya.

- Bernama


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/12/17-korban-banjir-sgor-termasuk-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Sukarelawan 16 Lain Maut Dalam Banjir Selangor

Seorang Sukarelawan 16 Lain Maut Dalam Banjir Selangor

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 455 hits
MALAYSIA POST KORBAN banjir di Selangor kini meningkat kepada 17 orang termasuk seorang sukarelawan kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Beliau berkata setakat 8 pagi Selasa 10 mayat ditemukan di Daerah Klang tiga di Hulu Langat dan...
Hiburan Fizi Ali Jadi Sukarelawan Banjir Kongsi Keadaan Bencana Umpama Tsunami Kecil

Hiburan Fizi Ali Jadi Sukarelawan Banjir Kongsi Keadaan Bencana Umpama Tsunami Kecil

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 246 hits
Penyampai radio khabarnya tidak ketinggalan untuk menyertai aktiviti sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di kawasan terjejas teruk akibat bencana alam itu 1 minggu laluMalas Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Jadi Punca Cerai Fizi Ali Jawab ...
Rakyat Dah Separuh Nyawa Sempat Lagi Buat Majlis Warganet Tegur Peja Lancar Sukarelawan Banjir

Rakyat Dah Separuh Nyawa Sempat Lagi Buat Majlis Warganet Tegur Peja Lancar Sukarelawan Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 256 hits
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu mengadakan upacara rasmi penubuhan skuad sukarelawan pascabanjir kementeriannya sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Kuala Lumpur semalam PETALING JAYA Tindakan Menteri Belia dan Sukan Ahma...
Hiburan Nak Rasmi Apa Lagi Netizen Pelik Kbs Ada Masa Lancar Majlis Skuad Sukarelawan Pasca Banjir

Hiburan Nak Rasmi Apa Lagi Netizen Pelik Kbs Ada Masa Lancar Majlis Skuad Sukarelawan Pasca Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 315 hits
Sedia maklum Lembah Klang telah dilanda banjir kilat yang teruk sejak beberapa hari yang lalu sehingga ada beberapa kawasan dipenuhi lumpur membuatkan orang ramai terputus hubungan serta gagal mendapat bantuan barangan keperluan Ketika saat...
Kecoh Sukarelawan Misi Banjir Mempertikaikan Perlu Bayar Tol

Kecoh Sukarelawan Misi Banjir Mempertikaikan Perlu Bayar Tol

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 333 hits
Macam macam kisah berlaku selepas musibah banjir melanda beberapa kawasan dan negeri di Malaysia ni Ragam ahli politik yang datang bersama team media ragam warga asing yang segelintir cuba mengambil kesempatan dan tak kurang ragam dari suka...
Dua Marshal Termasuk Seorang Berpangkat Datuk Serah Diri Dua Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas

Dua Marshal Termasuk Seorang Berpangkat Datuk Serah Diri Dua Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 254 hits
Tular sebuah rakaman dimedia sosial memaparkan individu menaiki motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi marshal dipercayai di Port Dickson Kejadian dikatakan berlaku pada 6 Disember 2021 kira kira jam 12 45 tengah hari hingga 2 30 petang D...
Kematiannya Dicemburui Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Mangsa Banjir

Kematiannya Dicemburui Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 301 hits
Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Mersing Ahmad Zaki Mahbar meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang membantu mangsa banjir di Bukit Changang Banting hari ini Berita hiba tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga...
Banjir Lumpur Di Bentong 3 Termasuk Kanak Kanak Lelaki Hilang

Banjir Lumpur Di Bentong 3 Termasuk Kanak Kanak Lelaki Hilang

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 308 hits
Banjir lumpur di Bentong 3 termasuk kanak kanak lelaki hilang Tiga termasuk seorang kanak kanak lelaki hilang dipercayai dibawa arus dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan P...
Banjir Di Selangor Tujuh Mayat Ditemukan Manakala Seorang Lagi Masih Hilang Setakat Petang Ini

Banjir Di Selangor Tujuh Mayat Ditemukan Manakala Seorang Lagi Masih Hilang Setakat Petang Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 294 hits
Tujuh mayat ditemui manakala seorang lagi masih hilang di kawasan banjir di seluruh Selangor setakat petang ini lapor Bernama Menurut bomba melalui ciapan Bernama empat mayat ditemui di kawasan banjir di Taman Sri Musa Shah Alam setakat pet...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran