Simpanan Kwsp Tinggal Seribu Ringgit
Covid akibatkan RM101 bilion dikeluarkan kepada 7.4 juta ahli KWSPKWSP maklumkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang RM10,000 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000 Kejatuhan simpanan ini lebih merisaukan bumiputera78% (bumiputera) telah memohon pengeluaran tersebut.4.4 juta (54%) bumiputera mempunyai kurang RM10,0002.0 juta (25%) mempunyai kurang RM1,000
My Comments :
Samada reporter silap tulis atau kira-kira KWSP ini kurang tepat.
4.4 juta + 2.0 juta = 6.4 juta ahli bumiputera mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM10,000. (Bukan 6.1 juta).
RM10,000 sama dengan US$2141.00 simpanan hari tua.
RM1,000 pula sama dengan US$214.10 simpanan hari tua.
Soalannya Tuan-Tuan so what? And then what? Siapa peduli?
Sumbangan kepada ini KWSP disebut caruman. Caruman maksudnya berkala. Ada tempoh dan jadualnya. Caruman KWSP dibuat sebulan sekali.
Sebab para pekerja dibayar gaji pun sebulan sekali. Jadi kalau tidak dapat gaji maka caruman pun tidak akan berlaku.
Contohnya kalau kerja kampong atau kerja sendiri atau kerja part tjme di sana sini - ia itu pekerjaan yang disebut "informal sector" (maksud sebenarnya tiada pekerjaan tetap) maka tidak akan ada caruman KWSP. Its as simple as that.
Untuk membolehkan pekerja membuat caruman pada tiap bulan, the first thing is
kita mesti mempunyai pekerjaan tetap yang mengikut waktu kerja tetap (eight hour working day) yang bayar gaji tetap ikut jadual. Hanya ini saja caranya untuk menambahkan simpanan hari tua kaum pekerja. There is no other way.
Pekerjaan tetap atau peluang kerja tidak jatuh daripada langit atau tumbuh atas pokok.
Pekerjaan tetap itu disediakan oleh satu lagi kumpulan yang tersangat penting dan lebih besar peranan mereka ia itu kaum majikan dan businessman. Jika tidak ada kaum majikan habis pekerja nak bekerja dengan siapa pula?
Majikan yang akan bayar gaji.
Siapakah majikan? Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)? JPA serupa pengemis miskin, yang tadah tangan minta rezeki kutipan cukai oleh Lembaga Pickpocket Negara. Cukai pula dibayar setiap tahun oleh kaum majikan juga, jika mereka dapat untung. Kalau tak untung maka kaum majikan tak boleh bayar cukai. Kalau tak cukup kutipan cukai habis siapa nak bayar gaji untuk JPA?
Jadi JPA bukan majikan yang sebenarnya.
GLC? GLC maksudnya 'Gomen's Losing Concern' ataupun perusahaan awam yang selalu bankrap. Jangan harap sangat GLC. GLC pun hidup dengan tadah tangan kepada Lembaga Pickpocket Negara. Mereka bukan majikan yang sebenarnya.
Majikan yang sebenarnya adalah ekonomi swasta negara. Supermarket, kilang, hotel, pelbagai jenis perniagan, kedai mekanik, hairdressing salon, restoran, klinik swasta, hospital swasta, pejabat peguam, akitek, akauntan, syarikat pelancongan, syarikat pengangkutan lori, van, bas, penanam padi, nelayan kecil dan bot nelayan besar, ladang kelapa sawit dan getah, dusun durian dan buah dan semua sekali. Inilah ekonomi swasta.
Inilah tempat-tempat pembiakan "kaum majikan". Dan majikan pula akan membiakan 'kaum pekerja'. Jika kita jaga kaum majikan dengan baik maka kaum majikan akan melahirkan kaum pekerja yang ramai.
Jika kita menyusahkan keadaan bagi kaum majikan maka kadar kelahiran kaum pekerja pun akan terjejas.
Simpanan KWSP RM10,000 dan RM1,000. masing-masing boleh bertukar menjadi RM100 dan RM10. Better be careful. Jangan buat kerja bodoh.
Ingat baik-baik ya gaji bulanan tidak boleh turun secara ajaib dari langit. Peluang pekerjaan pun tidak tumbuh atas pokok hutan. Keduanya adalah hasil usaha, titik peluh, kerja keras kaum majikan yang sanggup menanggung risiko besar untuk mulakan perniagaan, perusahaan, perdagangan, perladangan, perikanan dan banyak lagi.
Tidak ada cara lain untuk menjana peluang pekerjaan, untuk mendapatkan gaji bulanan yang tetap, untuk membuat caruman KWSP. Jadi saranan saya kepada kerajaan senang saja : jangan jadi bodoh. Please dont be stupid. Jangan halangi manusia daripada kerjaya mereka. Itu saja.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/simpanan-kwsp-tinggal-seribu-ringgit.html