Simpan Maklumat Ini Geng Himpunan Komunis Dah Padam Dalam Fb


ANALISISUTAMA
EDITORDecember 2, 2019

TERUS para penyokong pengganas komunis memadamkan muatnaik-muatnaik yang mengagung-agungkan pengganas komunis dari Facebook mereka bila Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan beliau risau, tidak memandang ringan dan telah meminta pihak polis membuat siasatan ke atas perhimpunan membabitkan bekas-bekas pengganas komunis dan para penyokong mereka di New Era University College.

Sangat jelas ia bukan semata-mata usaha untuk merayakan “Ulang Tahun Ke-30 Penandatangan Perjanjian Damai Hatyai” tetapi adalah “usaha untuk menghidupkan semula semangat komunisme yang lampau”. Malah, seperti disebut oleh bekas pengganas komunis, Tan Yi Yu, dalam perhimpunan itu, ia adalah untuk menegakkan kebenaran bahawa para pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan.

Tidak sukar difahami apa yang bakal berlaku jika kehendak bekas-bekas pengganas komunis dan para penyokong mereka supaya para pengganas komunis diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan tercapai. Malah, sebagaimana abu mayat Chin Peng dibawa balik atas dasar menghormati hasrat Chin Peng, apa lagi yang boleh menghalang hasrat beliau supaya patung tokoh-tokoh komunis turut diletakkan di Tugu Negara sebagai hero pejuang kemerdekaan?

Tidak menjadi masalah jika muatnaik-muatnaik mengenai perhimpunan di New Era University College dipadamkan dari Facebook penyokong pengganas komunis kerana saya sendiri sejak awal-awal lagi telah menyimpan muatnaik-muatnaik tersebut sebagai rekod peribadi. Di sini saya sertakan kandungan-kandungan muatnaik-muatnaik tersebut, dengan harapan agar ia akan dapat membantu siasatan pihak polis ke atas perhimpunan tersebut.

Penganjur perhimpunan tersebut adalah:

1. Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia (PPAKM)
2. Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (PPPM)
3. Persatuan Persahabatan Berpanjangan Malaysia (PPPTM)
4. Persatuan Pendidikan dan Budaya Tionghua Kuala Lumpur dan Selangor

Berdasarkan pengakuan Yeap Kian Kok pada 26 Jun 2017, PPAKM, PPPM dan PPPTM adalah tiga persatuan yang ditubuhkan dan dianggotai oleh bekas-bekas pengganas komunis.

Pengurus perhimpunan tersebut adalah:
1. Pengerusi Perhimpunan: Cheah Teng Hooi, 012-433 5153.
2. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perhimpunan: Wong Kam Leong, 012-322 6239.
3. Setiausaha Jawatankuasa Kerja Perhimpunan: Phang Meng Cheong: 012-252 4349.

Pemberi ucapan dalam perhimpunan tersebut adalah:

1. Profesor Dato’ Dr Abdul Rahman Embong: Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
2. Ronnie Liu Tian Khiew: Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Setiausaha DAP Selangor dan ADUN Sungai Pelek.
3. Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).
4. Indra Jaja Abdullah.
5. Tan Yi Yu.
6. Wong Pah Sam.
7. Ngeow Yinn Gee.

Profesor Dato’ Dr Abdul Rahman Embong direkodkan di dalam buku “Di Sebalik Rundingan Damai Hatyai” terbitan Alaf 21 sebagai pernah “melarikan diri ke sempadan Malaysia-Thailand dan bersembunyi di dalam hutan bersama Rejimen ke-10 PKM”.

Ronnie Liu Tian Khiew direkodkan meletakkan foto beliau memberi ucapan dalam perhimpunan itu sebagai “cover photo” Facebook beliau yang diiringi tulisan “salute to independepence freedom fighters and patriots” sebelum ia dipadamkan.

Indra Jaja Abdullah adalah bekas pengganas komunis, dan merupakan menantu kepada pemimpin komunis Melayu, Abdullah CD, begitu juga Tan Yi Yu dan Wong Pah Sam.

Lokasi perhimpunan tersebut adalah:

New Era University College.

New Era University College adalah institusi pendidikan tinggi milik Dong Jiao Zong melalui syarikatnya bernama Dong Jiao Zong Higher Learning Centre Bhd. Tapak kampus New Era University College asalnya adalah milik Merdeka University Berhad yang dimaksudkan untuk pembinaan institusi pendidikan tinggi Cina bernama Merdeka University tetapi diserahkan kepada Dong Jiao Zong setelah penubuhan Merdeka University terhalang.
Golongan yang memiliki New Era University College inilah yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sifatkan sebagai “puak ekstremis” yang “tindakan mereka tidak banyak berbeza dengan tindakan komunis dahulu” pada 30 Ogos 2000 dan yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sifatkan sebagai “rasis yang tak suka orang Melayu’ pada 12 Ogos 2019.
Timbalan Naib Canselor New Era University College, bernama Profesor Dr Lee Kam Hing, inilah yang mendesak supaya buku teks sejarah yang diguna pakai di sekolah dan di universiti sekarang diubah dalam forum bertajuk “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019.

Dan New Era University College inilah yang menimbulkan keributan kepada masyarakat tempatan apabila ia diberikan dana khas di luar bajet kerajaan dari Kementerian Kewangan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, pada 11 Januari 2019.

Bagi saya benda ini mudah saja, pemadaman muatnaik-muatnaik dari Facebook ini adalah semacam satu pengakuan bersalah, kalau tidak bersalah kenapa padam
 – Buletin Asia

DR KAMARUL YUSOFF
Penganalisis politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Buletin Asia*

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/simpan-maklumat-ini-geng-himpunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Siapa Lagi Dalang Himpunan Komunis

Siasat Siapa Lagi Dalang Himpunan Komunis

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 357 hits
Yakin isu bendera 5 bintang abu mayat Chin Peng dirancangBANGI Kerajaan Pusat digesa bertindak tegas berhubung perjumpaan bekas anggota Parti Komunis Malaya di sebuah kolej swasta di Kajang baru baru ini Ketua Perhubungan Negeri gerakan Isl...
Isu Himpunan Komunis Chin Peng Ibarat Kembar Penjajah

Isu Himpunan Komunis Chin Peng Ibarat Kembar Penjajah

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 290 hits
Mereka yang jahil sejarah saja tak peka dengan peristiwa berlaku Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang BANGI Perhimpunan bekas anggota Parti Komunis Malaya di sebuah kolej swasta di Kajang Ahad lalu telah mendedahkan bahawa masih ada ben...
Apakah Ada Keperluan Untuk Mengagungkan Pengganas Komunis

Apakah Ada Keperluan Untuk Mengagungkan Pengganas Komunis

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 685 hits
Kenapa Kau Bersungguh Agungkan Pengganas Komunis Apa yang kamu mahu sebenarnya Mengiktiraf perjuangan KOMUNIS yang selama ini merupakan tali barut negara Sebab apa kau nak mereka diagungkan walhal mereka lah yang menyebabkan peristiwa sejar...
Hanya Umno Yang Ada Hubungan Dengan China Komunis

Hanya Umno Yang Ada Hubungan Dengan China Komunis

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 506 hits
Dalam perbahasan kertas putih Pertahanan semalam Dalam kita dok bicang kan pasal pertahanan MP PAS dan UMNO tak habis habis bangkitkan pasal Komunis Bila giliran MP Jelutong si Rayer berucap Shahidan Kasim kacau lagi cuba kaitkan DAP dgn Ko...
Abu Komunis Bertatu

Abu Komunis Bertatu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 408 hits
ABU KOMUNIS BERTATU Oleh Amir SulaimanNampaknye sakan puak puak pembangkang mainkan isu ni seolah olah isu ini bawaan dari kerajaan yang memerintah Kita semua sedia maklum kjaan tidak pernah merestui perjuangan komunis perjanjian damai anta...
Ronnie Liu Akui Datuk Dan Abangnya Pejuang Komunis

Ronnie Liu Akui Datuk Dan Abangnya Pejuang Komunis

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 532 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu yang menghadiri perhimpunan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya mengakui penglibatan keluarga beliau seperti datuk dan abangnya dalam PKM sebelum ini Bagaimanapun kepimpinan terti...
Fakta Yang Disorok Komunis Tidak Pernah Membunuh Walau Seorang Pun Orang Melayu

Fakta Yang Disorok Komunis Tidak Pernah Membunuh Walau Seorang Pun Orang Melayu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 686 hits
MASIH jelas terbayang ibu dirodok dengan lembing oleh komunis Ketika itu senjata bersepah seperti kayu api Itu cerita seorang warga emas Tik Sulong 89 yang menjadi saksi bagaimana ibunya Temun Manang adik lelaki berusia dua tahun dan seoran...
Adakah Ph Mahu Tukar Kiblat Kepada Blok Komunis

Adakah Ph Mahu Tukar Kiblat Kepada Blok Komunis

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 310 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Tidak mustahil demokrasi negara menuju ke jalan mati Amir IsmaBANGI Amir gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Kabinet meng...
Komunis Berhimpun Di Banting Dan Kajang Muhyiddin Tak Perlu Berlakon Tolol Dan Serba Tak Tahu

Komunis Berhimpun Di Banting Dan Kajang Muhyiddin Tak Perlu Berlakon Tolol Dan Serba Tak Tahu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 958 hits
Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangan dan kerisauannya ekoran muncul dan tularnya isu berkenaan dengan komunis Menurut Muhyiddin trend tersebut mampu mengancam keselam...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je